Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Pengantin tinggalkan majlis kerana bakal suami gagal jawab soalan matematik

Posted by Admin2u Sunday, 15 March 2015 0 comments

NEW DELHI: Seorang pengantin perempuan di India meninggalkan majlis perkahwinannya selepas lelaki yang bakal dikahwininya gagal memberikan jawapan kepada satu soalan matematik yang mudah.

Insiden mengejutkan tersebut berlaku pada Rabu di sebuah kampung di Rasoolabad yang terletak di bandar industri Kanpur, Uttar Pradesh.

Pengantin perempuan telah menguji tahap kemahiran pengantin lelaki dalam matematik dan apabila dia menerima jawapan salah, pengantin perempuan tersebut terus pulang sekali gus membatalkan majlis.

Soalan yang ditanyakannya adalah: “Berapakah 15 campur enam?”

Pengantin lelaki menjawab: “17”.

Keluarga pengantin lelaki telah cuba memujuk pengantin perempuan itu agar kembali dan meneruskan upacara perkahwinan, namun pujukan itu tidak mengubah pendiriannya.

Pengantin perempuan itu berkata bahawa pengantin lelaki itu telah berbohong tentang tahap pencapaian pendidikannya.

“Keluarga pengantin lelaki telah menyembunyikan maklumat tentang tahap pendidikannya yang teruk. Budak darjah satu pun boleh jawab dengan mudah,” ujar bapa pengantin perempuan, Mohar Singh.

Polis tempatan telah dipanggil untuk bertindak selaku perantara dua keluarga tersebut. Akhirnya kedua-dua pihak bersetuju memulangkan kesemua hadiah dan barang kemas perkahwinan.

Bulan lalu, seorang lagi pengantin perempuan di Uttar Pradesh telah mengahwini salah seorang tetamu di majlisnya selepas calon pengantin lelaki tiba-tiba mengalami sawan dan rebah dalam majlis tersebut.

Keluarga calon pengantin lelaki itu tidak mendedahkan tentang epileptik yang dihadapinya. Ketika calon pengantin lelaki itu dikejarkan ke hospital, pengantin perempuan bertindak meminta seorang tetamu di majlis itu menjadi suaminya.

Kebanyakan perkahwinan di India diatur oleh keluarga pengantin. Hal itu membuatkan kedua-dua calon yang hendak disatukan hanya sekadar bertemu sebentar dan langsung tidak mengenali antara satu sama lain sebelum majlis mengikat lafaz perkahwinan.


Kredit: AstroAwani

Sembelih Anak, Bapa Mengaku dlm Keadaan Sedar

Posted by Admin2u Monday, 3 February 2014 0 comments
Sedar Ketika Sembelih Anak
Saya sedar ketika saya menyembelih anak saya. Dan sebelum ini saya pernah mengelar anak perempuan saya sebanyak dua kali. Itulah pengakuan dari bapa yang menyembelih anaknya di Bangi pada hari Khamis lepas. Ya Allah kenapa jadi macam ni?

Punca Sembelih Anak
Jadi apa sebenarnya punca lelaki ini bertindak menyembelih anaknya? Yang pasti lelaki ini tidak ada rekod perubatan yang menyatakan bahawa dia sakit mental. Ujian dadah juga menunjukkan bahawa dia tidak mengambil apa-apa dadah. Dan dia juga tidak merokok.

Cuma menurut salah seorang anggota polis yang menjaga suspek, lelaki itu cuma berkata dia berasa tidak bermaya dan tidak tahu mengapa dia melakukannya. Dia seolah-olah tidak ada sebarang perasaan...Hmmmm....Memang kritikal ni. Mintak dijauhkan Allah.

p/s: Apa-apa pun punca sebenar hanya akan diketahui apabila pendakwaan ke atas beliau dilakukan di mahkamah kelak. Beliau kini ditahan reman sehingga 6 Feb untuk siasatan.

MAS Menjawab Isu Nasi Lemak Telanjang

Posted by Admin2u Sunday, 2 February 2014 0 comments
Kejadian chef wan mengupload gambar dan caption Nasi Lemak MAS Telanjang dengan bahan2nya mengundang banyak kesan dan menjadi trending dunia seharini.

Sehubungan kejadian demikian, pihak MAS telah menjawap isu ini dan memberikan jawapan kepada ASTROAWANI.

"Malaysia Airlines ingin berterima kasih kepada Chef Wan atas komen beliau tentang nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi dalam penerbangan ke Bangkok.
Kami menghargai segala maklum balas dan akan mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan kami," kata Malaysia Airlines diambil
dari web astroawani.

Lelaki Parah dihempap Wanita Jatuh Bangunan

Posted by Admin2u 0 comments
Beijing: Seorang ahli perniagaan China bertarung untuk hidup selepas seorang wanita menghempapnya setelah mangsa terjatuh dari tingkat lima sebuah pusat beli-belah.

Yu Li, 42, pergi membeli-belah bersama tiga anak lelakinya di pusat beli-belah di Changsa, Hunan sebelum kepalanya dihempap wanita itu yang terjatuh dari tingkat lima. Yu pergi ke pusat beli-belah itu untuk membeli hadiah Tahun Baru Cina bagi anak lelakinya.
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, Yu berjalan menuju ke tangga bergerak. Wanita itu mati serta-merta, manakala Yu cedera parah. “Pihak hospital memaklumkan keadaan Yu kritikal dan tidak diketahui sama ada dia akan hidup,” katanya.

Isteri Yu yang dikenali sebagai Yan memberitahu akhbar tempatan, suaminya sudah berjanji sejak seminggu lalu untuk membawa anak lelaki mereka ke pusat beli-belah. 

Yan berkata, ketika polis menghubunginya agar mengambil anak lelakinya kerana suaminya cedera, dia menyangka ia gurauan. Akhbar tempatan turut menyiarkan gambar kedua-dua mangsa terbaring di lantai selepas kejadian itu.

Anak lelaki Yu tidak cedera tetapi terkejut dengan apa yang berlaku turut diberikan rawatan sebelum diserahkan kepada ibunya. - Agensi

Kamera Intip dalam Tandas Hospital ?

Posted by Admin2u 0 comments
Kuantan: Tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang meletakkan tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 sentimeter di tandas kakitangan wanita Hospital Bentong, baru-baru ini, berkemungkinan didalangi orang dalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, tandas berkenaan yang berada di bahagian unit rawatan kecemasan hanya boleh digunakan oleh kakitangan hospital saja malah orang awam tidak dibenarkan sama sekali memasukinya bagi mengelak kesesakan atau mengganggu privasi doktor atau jururawat yang bertugas.

Katanya, perbuatan meletakkan kamera di bawah sinki dan berbentuk penyangkut baju disedari apabila seorang kakitangan wanita hospital ternampak cahaya merah seolah-olah sedang merakam gambar.

“Kita tidak menolak ada pembabitan daripada orang dalam berikutan tandas itu hanya boleh digunakan oleh kakitangan wanita saja manakala orang awam tidak dibenarkan.


“Kami menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terperinci dan sekiranya didapati ada kakitangan hospital berkenaan terbabit, pihak kami akan mengambil tindakan tegas,” katanya, ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, seorang kakitangan hospital berkenaan menjumpai tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 Sentimeter di tandas kakitangan wanita sekali gus mengundang pelbagai persoalan masyarakat seterusnya menjadi perbualan hangat di laman sosial.

Antara pihak yang menyebarkan perkara itu adalah badan pemantau jenayah, MyWatch, menerusi twitternya turut berkongsi gambar yang dimuat naik seorang individu dipercayai kakitangan hospital itu menerusi akaun Facebooknya.

Gempa Bumi Rendah Landa Ranau Sabah.

Posted by Admin2u Saturday, 1 February 2014 0 comments

KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah berukuran 4.8 pada skala Richter berlaku kira-kira 16km timur laut Ranau, Sabah pada 7.35 malam ini. 

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata pusat gempa terletak di 6.1 darjah utara dan 116.8 darjah timur, dan gegaran dilaporkan dirasai berhampiran Ranau.
Di KOTA KINABALU, Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata gegaran berkenaan dirasai di daerah itu, tetapi tidak mengundang panik dalam kalangan penduduk.

"Gegaran sangat lemah. Rasa (gegaran) sikit sahaja dan berlaku dalam lima saat. Setakat ini, pihak polis daerah tidak menerima sebarang laporan daripada orang awam mengenai gegaran itu," katanya. - Bernama

Bangsa Melayu Minta Sedekah pada Rumah Ibadat Lain ?

Posted by Admin2u 0 comments
ALOR SETAR - Gara-gara kesesakan pelik, sekali gus mencurigakan! Niat melakukan tinjauan Sambutan Tahun Baru Cina terbantut, apabila Sinar Harian menyaksikan lebih 100 orang berbagai bangsa berkumpul di sekitar rumah ibadat di Simpang Kuala, dekat sini, semalam.

Rupa-rupanya, golongan tertentu dipercayai pengemis, gelandangan, orang miskin, peminta sedekah dan bangsa asing ini berkumpul menantikan pemberian wang angpau dilakukan di hadapan rumah ibadat terbabit.

Sungguh menyedihkan, apabila segelintirnya berkerusi roda sambil membawa satu bekas minuman kosong, malah ada juga yang berpakaian lusuh sambil membawa anak kecil duduk di atas tikar mengkuang.

Penduduk tempatan yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Noridah, 40, berkata, dia bersama beberapa penduduk tempatan menyaksikan golongan terbabit dipercayai sudah berkumpul di sekitar rumah ibadat terbabit sejak malam 30 Januari lagi.

“Golongan terbabit bukannya bersembahyang di dalam rumah ibadat berkenaan, sebaliknya menunggu pemberian wang angpau. Tak kira umur, bangsa mahupun jantina semuanya ada. Peliknya, majoritinya dilihat adalah berbangsa Melayu"

“Entah datang dari mana sebahagiannya, sebab ada segelintir dilihat bukan penduduk tempatan. Bayangkan, kalau dari malam semalam (kelmarin) mereka sudah berkumpul di kiri kanan laluan ini, jadi di mana mereka tidur,” katanya.

Nah.. Bila org Melayu Mintak bantuan pada Ugama Lain... dan terpengaruh dgn kebaikan ugama lain... Ada Pendekar Melayu Marah2... Bila nak mintak bantuan pada org Melayu itu sendiri.. Banyak cekadaknya... So mana Pendekar2 Melayu yang dok pertahankan Melayu selama ini pergi???

Lantas, Sinar Harian turut duduk bersama segelintir golongan terbabit lebih kurang 30 minit untuk mengetahui keadaan sebenarnya dengan lebih lanjut, sambil menyamar sebagai peminta sedekah.

“Kalau, adik nak duit. Adik duduklah di jalan bertentangan mak cik. Bahagian sini, kami dapat beras. Sumbangan diperoleh sedikit sebanyak meringankan beban kami,” katanya ketika ditanya tujuan mereka berkumpul.

Bagaimanapun, sepasang suami isteri yang sempat diajak berbual berkata, pemberian wang kepada peminta sedekah yang berkumpul di hadapan rumah ibadat terbabit bertujuan amal.

“Aktiviti memberi wang angpau dilakukan setahun sekali bersempena Tahun Baru Cina. Ia dianggap sebagai kerja amal demi membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Katanya, sesiapa yang berkemampuan akan memberi wang kepada golongan tertentu yang berkumpul di kawasan berkenaan selepas keluar bersembahyang dari rumah ibadat terbabit.

Menurutnya, dia sekeluarga turut menghulurkan sedikit wang derma, namun hanya buat mereka yang tidak larat dan cacat sahaja kerana kebanyakannya dilihat masih mampu bekerja.

Sumber Sinar Harian.

Anak Pasangan Malaysia di Sweden Selamat Pulang

Posted by Admin2u 0 comments
SEPANG - "Kami berasa sungguh gembira berada di sini, kami masih belum tahu ke mana kami mahu pergi selepas ini," kata Aishah Azizul Raheem, anak sulung pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden.

Itu reaksinya ketika ditanya perasaannya dan tiga adiknya sebaik tiba di tanah air. Aishah, 14, dan adik-adiknya Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, tiba kira-kira 7.04 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini dari Stockholm menaiki pesawat Malaysia Airlines.

Keempat-empat beradik itu ditemani Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, seorang pegawai khas beliau serta seorang saudara keluarga itu.

Bapa mereka Azizul Raheem Awalludin, pegawai Tourism Malaysia dan ibu mereka Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji, masih direman pihak berkuasa Sweden selepas ditahan pada 18 Disember lepas kerana didakwa memukul tangan seorang daripada anak lelaki mereka yang enggan solat.

Empat beradik itu kemudiannya dibawa untuk bertemu isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor di kediamannya di Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi ini.

Dua hari lepas, empat beradik itu diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di Stockholm oleh pihak berkuasa Sweden dalam satu majlis di pejabat kedutaan dan kemudian diserah kepada seorang pegawai kedutaan yang merupakan keluarga angkat Islam Malaysia baharu mereka.

Sebelum ini, empat beradik itu ditempatkan bersama keluarga angkat bukan Islam berikutan penahanan ibu dan bapa mereka. Tahanan reman Azizul Raheem dan Shalwati telah dilanjutkan tiga kali sejak mereka ditahan pada 18 Dis lepas.

Tiada had penahanan reman di Sweden. - Bernama

Kapak Isteri Kerana Wang

Posted by Admin2u 0 comments
Kota Bharu: Sudahlah dipukul dengan menggunakan bahagian belakang kapak di kepala, lehernya pula dirantai dan dikunci dengan mangga seperti hamba.

Begitu nasib seorang suri rumah bersuamikan 'lelaki gila' berusia 26 tahun yang menghukumnya hanya kerana gagal memberikan wang seperti yang diminta dalam kejadian di Kampung Temusu, Limbat di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7 petang itu, mangsa berusia 21 tahun hanya dapat diselamatkan selepas bapa mangsa menghubungi polis.

Ibu kepada dua anak termasuk seorang anak perempuan yang baru berusia 50 hari mengalami luka di kepala, leher serta lebam di bahagian badan dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Bagaimanapun, suaminya melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis. Mengimbas detik cemas itu, mangsa berkata, sebelum kejadian, suaminya yang baru pulang ke rumah meminta wang daripadanya.

Katanya, dia memberitahu suaminya dia tidak mempunyai wang sebelum diarahkan supaya mencari wang untuknya.

"Saya pergi ke rumah rakan untuk meminjam wang, namun tidak berjaya kerana rakan juga tidak mempunyai wang.

"Kerana ketakutan, saya menghubungi bapa untuk meminta pertolongan sebelum pergi ke rumah ibu saudara yang terletak berhampiran dengan rumah rakan itu," katanya ketika ditemui di HUSM, di sini hari ini.
Menurutnya, suaminya tiba-tiba bertindak menyerangnya dengan kapak sebelum belakang senjata tajam itu mengenai kepalanya.

"Saya nekad melarikan diri menerusi pintu dapur rumah itu, namun ditendangnya sehingga terjatuh. Saya bangun dan lari masuk ke dalam rumah sebelum terjun menerusi tingkap rumah itu untuk menyelamatkan diri.

"Dia bagaimanapun berjaya menangkap saya dan mengheret saya balik ke rumah sebelum merantai leher dengan rantai besi dan dikunci dengan mangga untuk mengelakkan saya melarikan diri," katanya.

Menurutnya, bapanya yang mengetahui kejadian itu menghubungi polis untuk meminta bantuan.

"Dia melarikan diri sebelum polis tiba," katanya yang berkahwin dengan suaminya sejak tiga tahun lalu.

Mangsa berkata, suaminya sudah empat bulan tidak bekerja dan dia yang menanggung keluarga dengan mengambil upah melakukan pelbagai pekerjaan ringan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman suspek kini giat diburu untuk membantu siasatan.

"Polis sedang memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Kita minta dia menyerah diri.

"Siasatan awal suspek mempunyai dua rekod jenayah membabitkan dadah dan ugutan jenayah" katanya.

Pasangan Malaysia Di Sweden di Lanjutkan Tempoh Reman 11 Hari Lagi

Posted by Admin2u Friday, 31 January 2014 0 comments
STOCKHOLM: Pihak pendakwaan memperoleh perintah Mahkamah Daerah Solna pada Jumaat bagi melanjutkan tahanan reman Shalwati Norshal sehingga 10 Februari ini bagi membantu siasatan dakwaan memukul tangan anak lelakinya.

Mahkamah mengeluarkan perintah itu bagi membolehkan pihak pendakwaan, yang diwakili Anna Arnelle, terus menyiasat kes berkenaan.

Shalwati, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, bagaimanapun tidak hadir di mahkamah secara fizikal dan prosiding dijalankan menerusi persidangan video.

Pada Jumaat, mahkamah sama membenarkan permohonan pendakwaan bagi melanjutkantempoh tahanan reman suami Shalwati, Azizul Raheem Awalludin, selama 11 hari lagi iaitu sehingga 10 Februari.

Azizul, pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan Shalwati direman sejak 18 Disember lepas, dan penahanan mereka sudah dilanjutkan sebanyak tiga kali.
Tiada had penahanan reman di Sweden. Keempat-empat anak pasangan itu, yang sebelum ini diletak di bawah jagaan sebuah keluarga bukan Islam ketika ibu bapa mereka ditahan reman, diserah kepada Kedutaan Malaysia di sini, Khamis.

Kesemua mereka berlepas pulang ke Malaysia pada 6.30 pagi waktu tempatan pada Jumaat. 

- BERNAMA

Budak Perempuan Mati diKelar Bapa

Posted by Admin2u 0 comments
Semalam Atok dok main2 FB (Apa ko ingat ko sorg je pandai FB?? Atok Umur 70++ pun pandai gak lor).. So ternampak lah jugak posting by Personal by Someone direct yang mengenali dan melihat apa keadaan (Selepas kejadian) yang berlaku... So dipostkan gambar Keluarga kisah ni... 

Ahli Keluarga ni ramai jugak lah .. laki 2 org dan 4 org popuan.. (Lebih kurang.. Atok cari tak jmpa dah).. so mgkin yang ni lah kot kisahnya... Ayah mengelar Anak2 dia.. hurmm..Tak tau lah Atok nak kata Apa.. Setiap org mengalami keadaan yang berlainan... Semoga Kita terlindung dari segala Bala Bahaya di Dunia dan Akhirat.... Akhir kata Atok... Salam Takziah buat keluarga ni.. 

BANGI - Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di sini, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.

"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.

Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah teres dua tingkat itu.

"Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.

"Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis," katanya.

Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan.

Polis menjumpai mayat anak perempuannya yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu

"Mayatnya dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat," katanya.

Menurutnya semasa kejadian itu, ibu mangsa berada di tempat kerjanya di Cyberjaya.

Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.

"Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian," katanya.

Abd Rahim berkata polis turut merampas sebilah parang daripada lelaki itu.

Lelaki itu yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental, katanya.

Sementara itu, seorang jiran keluarga itu, yang enggan dikenali, berkata ibu mangsa kini berada di Hospital Kajang bagi menemani anak-anaknya yang cedera.

Wanita itu berkata keluarga mangsa sangat dihormati oleh jiran-jirannya kerana mereka sekeluarga rajin solat berjemaah di surau kawasan perumahan itu. - Bernama


Tambahan 01.02.2014 ----------------------

BANGI - “Salah seorang mangsa (anak suspek) yang cedera lari dan masuk ke dalam rumah saya,” kata salah seorang jiran menceritakan detik kejadian itu.

Jiran yang enggan dikenali itu berkata, melihat mangsa berumur 12 tahun itu cedera serta berlumuran darah, dia meminta isterinya membawa mangsa ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan. 

Lelaki yang berumur lingkungan 70-an itu berkata, beliau meminta tiga orang jirannya mengangkat mangsa masuk ke dalam kereta sebelum dibawa ke hospital. Menurutnya, sejurus selepas itu, dia hendak ke rumah suspek namun dihalang jiran yang mengatakan suspek berada di rumahnya sambil memegang parang.

Seorang lagi jiran yang enggan dikenali berkata, keluarga suspek dikenali oleh penduduk setempat sebagai orang baik-baik dan alim.

“Mereka selalu solat berjemaah hampir setiap waktu di surau berdekatan rumah mereka,” katanya.

Namun, beliau berkata, setiap kali solat jemaah, suspek bersama tiga anak lelakinya tidak akan solat bersebelahan jika mereka berjemaah.

“Sekiranya suspek berada di tengah saf, ketiga-tiga anak lelakinya mungkin berada di sebelah kiri atau kanan saf tersebut,” katanya ketika ditemui di rumah suspek di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, di sini, semalam.

Ditanya adakah suspek mempunyai masalah keluarga dengan anak-anaknya, lelaki berumur lingkungan 20-an itu menepis dakwaan sambil mengatakan suspek rapat dengan salah seorang anak perempuannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, semua mangsa berada dalam keadaan stabil di Hospital Kajang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).  Menurutnya, ibu jari tangan kiri mangsa berumur 10 tahun itu putus dan kini sedang dirawat di Hospital Kajang.

“Seorang lagi mangsa berumur 12 tahun mengalami kecederaan di belakang tengkuk dan sedang dirawat di HKL,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan Islam Sungai Tangkas, Kajang, semalam.

Menurut Ab Rashid, suspek kini dirawat di bawah pengawasan polis di Hospital Kajang. Polis juga sedang menunggu laporan hospital sama ada suspek mengalami masalah mental atau tidak.

Katanya, suspek tidak mempunyai rekod masalah mental dan dia direman selama seminggu bermula semalam untuk membantu siasatan. Cubaan wartawan untuk mendapat penjelasan daripada keluarga mangsa gagal kerana keluarganya enggan ditemubual serta mengelak untuk bertemu pihak media.

Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Tangkas, Kajang, kira-kira jam 3 petang semalam disaksikan keluarga serta jiran terdekat mangsa.

Sumber Sinar Harian

Kereta Terjatuh dari Parkir Pemandu Cedera Parah

Posted by Admin2u Thursday, 30 January 2014 0 comments
KOTA KINABALU - Seorang lelaki cedera parah selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya terjatuh dari parkir tingkat empat bangunan Asia City di sini awal pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 7 pagi ketika mangsa yang berumur 52 tahun itu sedang mengundurkan keretanya namun terbabas lalu terjatuh ke bawah.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata tiga tulang rusuk mangsa patah selain dia mengalami pendarahan pada paru-paru. 

Mangsa sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth 2 dan belum sedarkan diri. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata pihak mereka terpaksa mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta. - Bernama

Pelajar di Hentuk Kepala Sampai Pitam

Posted by Admin2u Wednesday, 29 January 2014 0 comments
Shah Alam: “Kepala saya dihentak kuat lebih empat kali ke meja selain dicubit dan dipukul hingga lebam di lengan,” Kata pelajar cacat penglihatan, Wan Nur Dania Wan Rohaizit, 10, didakwa menjadi mangsa dera seorang guru di Sekolah kebangsaan Seksyen 20, di sini, Khamis lalu.

Menurutnya, insiden jam 12.15 tengah hari itu bermula apabila dia tidak dapat menjawab soalan yang ditanya guru berkenaan.

“Kepala saya pening dan rasa macam nak pitam selepas dihentak. Tudung saya juga tertanggal ketika kejadian itu, tapi cikgu terus memukul menyebabkan lengan saya lebam,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.

“Saya kini trauma dan takut untuk ke sekolah,” katanya ketika ditemui, di sini, kelmarin.

Wan Nur Dania berkata, dia tidak tidak memberitahu sesiapa dan hanya mendiamkan diri ketika pulang ke sekolah jam 2.30 petang.


“Sehinggalah keesokan hari, saya beritahu ibu dan bapa,” katanya.


WAN Nur Dania menunjukkan kesan lebam pada lengan kiri.

Berikutan kejadian itu, bapanya, Wan Rohaizit Mohd Zain, 37, membuat laporan di Balai Polis Pelabuhan Klang, selepas membawa anaknya menjalani rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang. Wan Rohaizit berkata, sehari selepas kejadian itu dia ada bertemu guru yang dimaksudkan anaknya itu, tetapi cikgu terbabit memberikan alasan itu adalah teknik pengajaran yang berkesan untuk mendidik pelajar supaya cepat pandai.

Sehubungan itu, dia dan isteri membuat laporan ke Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

Bertudung Tapi Tidak Faham Makna Aurat

Posted by Admin2u Tuesday, 28 January 2014 0 comments
Entah apa yang difikirkan oleh wanita ini, atau dia tidak sedar baju yang dipakainya bakal mengundang nafsu jahat si lelaki mata keranjang.

Foto yang didakwa diambil ketika beratur di sebuah mesin ATM memperlihatkan seorang wanita yang bertudung memakai pakaian yang amat jarang hingga menampakkan colinya di bahagian belakang.

Kalau beginilah pemakaiannya, jangan disalahkan pula orang lain andainya diri menjadi mangsa kelucahan melampau. Wanita sekarang ramai yang bertudung, tetapi tidak menghiraukan hikmah bertudung yang sebenar. Sedih betul…

Sumber: http://aans1.blogspot.com
-------------------------------------
Atok: 
Atok Rasa Akak ni Lupa kot baju tu jarang... Akak ni tak perasan kot... Atau Akak ni Bukan Org Islam.. Sbb skrng ni tak pelik kalau bukan Islam suka pakai Tudung sbb Cantik..Berfesyen.. Kalau tengok pada Tudung tu.. Agak fesyen... hurmm... 

So kat sini bukan nak mengaibkan tapi nak berkongsi sbagai pengajaran. Nak pakai tak salah.. Tapi kene faham Makna Aurat... .

Aurat: 
1) Menutup Keseluruhan Tubuh kecuali Wajah dan Tapak Tangan.
2) Tidak menampakkan bentuk.. 
3) Tidak menampakkan Warna Kulit.

Oleh itu wanita diluar sana berhati2 lah k... Sama2 lah kita menjaga kesucian Agama dan Ajarannya..
-------------------------------------

Merokok Membahayakan - Bas Express Terbakar

Posted by Admin2u 0 comments

Seorang penumpang sebuah bas ekspres ditahan bagi membantu siasatan kejadian bas tersebut terbakar di Kilometer 78, Jalan Beluran-Telupid hari ini.

Ketua Polis Daerah Beluran, Deputi Superintendan V. Sivanathan berkata, penumpang itu yang berusia 42 tahun dipercayai menyebabkan kebakaran tersebut selepas dia merokok di dalam tandas bas itu yang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan.

Namun dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, kesemua 30 penumpang dan dua pemandu bas tersebut sempat menyelamatkan diri. Bas tersebut musnah terbakar sebelum pihak bomba tiba untuk memadam kebakaran.

Kuala Krai Kelantan di Landa "Salji"

Posted by Admin2u 0 comments

KUALA KRAI merupakan daerah kedua terbesar di Kelantan dan sebahagian besar bentuk muka buminya masih dipenuhi tumbuhan hijau.

Kawasan hutan yang masih luas dan belum diteroka sepenuhnya untuk aktiviti pembangunan membolehkan penduduk di daerah ini menghirup udara segar secara semula jadi.

Justeru, tidak hairanlah jika daerah yang berkeluasan kira-kira 2,329 kilometer persegi ini agak sejuk berbanding daerah lain di Kelantan selepas banjir gelombang kedua, baru-baru ini.

Kawasan bukit yang agak banyak dengan kebanyakannya mencapai ketinggian antara 153 hingga 305 meter dari aras laut menyebabkan suhu terutama di sekitar Dabong agak rendah.

Paras kawasan tertinggi melebihi 915 meter turut terdapat di kawasan Dabong yang bersempadan dengan Jeli.

Lebih dirasai di pedalaman
Suhu sejuk begitu dirasai penduduk di daerah ini terutama mereka yang tinggal di kawasan pedalaman seperti di Telekong, Dabong, Pasir Kelang dan kampung lain, yang masih mempunyai kawasan hijau dan di kelilingi bukit.

Jika kebiasaannya suhu pada waktu pagi sekitar 22 darjah Celsius, 22 Januari lalu menjunam turun hingga 17 darjah Celsius hingga mengejutkan orang ramai, bukan sahaja dari daerah ini, malah seluruh negara.

Suhu itu hampir menyamai suhu di kawasan peranginan Cameron Highlands yang menjadi tumpuan orang ramai kerana suhunya agak sejuk.

Suhu yang agak luar biasa sejak akhir-akhir ini merupakan nikmat tidak ternilai untuk penduduk Kuala Krai yang sebahagian besarnya menjalankan aktiviti pertanian untuk menyara kehidupan keluarga masing-masing.

Tumbuhan yang secara semula jadinya membebaskan oksigen ke udara dapat disedut secara terus penduduk daerah ini dan dilihat dapat menstabilkan suhu, selain mengelak pemanasan global .

Terpaksa pakai baju tebal
Bagi kebanyakan penduduk, jika cuaca berterusan begini tidak menjejaskan kehidupan harian, sebaliknya pada sebelah pagi kesejukan begitu dirasai dan ia tidak pernah terlintas di fikiran mereka akan dapat dirasai di daerah ini.

Namun di sebalik apa yang berlaku, sebagai umat Islam mereka akur, ia kuasa Tuhan dan bersyukur suhu rendah menyebabkan mereka melakukan rutin dengan lebih lancar.

Bagi penoreh getah dari Kampung Telekong dekat sini, sebelum keluar menoreh getah, mereka terpaksa memakai baju tebal melebihi sehelai kerana tidak tahan dengan cuaca sejuk.

Bagi mereka, rutin memakai sehelai baju untuk menoreh menyebabkan mereka tidak dapat menoreh dengan lancar kerana terlalu sejuk.

Musa Saman, 66, warga emas yang telah 40 tahun tinggal di Kampung Telekong tidak pernah merasai suhu sejuk melampau itu sepanjang hayatnya.

Menurutnya, dia menjangkakan suhu rendah sejak selepas banjir gelombang kedua baru-baru ini cuma dilalui seketika sahaja.

“Pakcik jangkakan suhu sejuk disebabkan musim tengkujuh belum berakhir, tidak sangka pula akan berterusan sampai sekarang.

"Disebabkan keadaan ini, sekarang setiap pagi, sebelum keluar rumah pakcik perlu memakai baju tebal,” katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, suhu sejuk juga menyebabkan kipas di rumahnya sudah dua minggu tidak digunakan.


Jimat bil elektrik
Menurutnya, bil elektrik di rumahnya dijangkakan berkurangan berbanding bulan-bulan sebelumnya.

“Bukan setakat bil elektrik boleh dijimatkan, pakcik juga menoreh hingga tidak sedar waktu telah menginjak tengah hari kerana kebiasaannya terasa bahang panas tapi sekarang dari pagi hingga petang persekitaran tetap sama, redup.

“Suhu sekarang menyebabkan pakcik tidak sedar peredaran masa sekiranya tidak melihat jam,” katanya.

Sementara itu, bapa kepada empat anak, Razali Mokhtar, 53, pula berkata, setiap hari anaknya yang masih bersekolah rendah merengek bangun pagi kerana kesejukan.

Justeru sejak dua minggu lalu, dia terpaksa memanaskan air untuk anaknya mandi sebelum ke sekolah.

“Bukan setakat mandi air panas, setiap hari anak bongsu akan memakai baju tebal ke sekolah.

“Sekarang sudah menjadi rutin masak air untuk anak mandi setiap pagi sebelum dia ke sekolah,” katanya.

Atok: Alah.. Atok nak bergurau manja pun tak boleh :) .. Tajuk tu jgn marah naaa :P 

Kereta Terbalik di Depan Rumah

Posted by Admin2u 0 comments
Alor Gajah: “Saya menjerit apabila terdengar dentuman di halaman rumah lalu berlari mencari anak kembar yang disangka bermain di luar. Pada masa sama saya nampak seorang lelaki keluar dari keretanya yang terbalik,” kata Mariah jani, 30, 

Selepas kereta dipandu seorang mekanik terbabas dan terbalik di halaman rumahnya di Kampung Rembia, Lebuh ALor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), di sini, pagi semalam.

Mariah berkata, dalam kejadian jam 11 pagi itu, PROTON Iswara dipandu Yunus Zakaria, 28, turut merempuh PROTON Saga miliknya yang baru dibeli kira-kira tiga bulan lalu.

“Nasib baik ketika kejadian anak kembar saya tiada di luar dan pemandu kereta berkenaan juga tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Sementara itu, Yunus berkata, ketika kejadian dia bersama abangnya berusia awal 30-an dari Paya Rumput mengambil sebuah kereta rosak di sekitar Alor Gajah untuk dibaiki sebelum pulang ke bengkel menaiki kereta secara berasingan.

“Setibanya di tempat kejadian, kedengaran bunyi seperti benda meletup di hadapan sebelum melihat ada percikan api dan pada masa sama kereta bergerak kiri dan kanan jalan.

“Tiba-tiba stereng kereta terus kaku menyebabkan ia terus membelok ke arah kiri lalu menyusur laju merempuh pokok dan tangga batu sebuah rumah penduduk sebelum menjunam ke bawah tebing,” katanya di lokasi, di sini, semalam.

Menurut Yunus, hatinya berdebar kerana bimbang kereta merempuh rumah penduduk namun bernasib baik kerana tersekat dan terbalik empat tayar ke atas selepas terlanggar kereta seorang penduduk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Mohammad Laham mengesahkan kemalangan membabitkan dua kenderaan dan kesemua mangsa terselamat.

Beratus Ribu Ikan Naik Ke Darat...

Posted by Admin2u Monday, 27 January 2014 0 comments
Atok cedok Ambil jer... Teringat mari kat sabah hari tu.. Sama gak.. Ikan naik kedarat katanya ada fenomena Tsunami akan berlaku... 

Tapi Atok kalau tengok benda2 mcm ni yang mana dikatakan luar biasa. Atok dok pk mari salah satu comment dari Rakan FB tentang kenapa naik kedarat... katanya Sbb Kehidupan Sara Hidup dalam Laut Tinggi... Menteri Kerajaan Laut kata kalau tak nak hidup dlm Air Pi Hidup atas darat... 

Fuh bijak2.. Mcm kenal je Ayat Menteri mcm tu... Rupanya Hidup zaman skrng.. Hidup dgn Kerajaan Yang Mengigit... tak boleh nak tengok Rakyat Senang... Ada je yang nak digigitnya.... 

Bukan masalah nya tak bersyukur.. Tapi nak bagi tau memang benar apa yang Al-Quran dan Hadis Nabi kata tentang perjalanan kepada hari Kiamat ... Ianya makin jelas dan berlaku hari ini...

(gambar ni mgkin gambar lama... banyak sungguh yang tak puas hati dgn 
Menteri Kerajaan Laut ni yer..huhuhu)


Harga Barang Murah- KPDNKK Puji Kelantan

Posted by Admin2u 0 comments
KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menyambut baik usaha sesetengah pengusaha pasar raya di Kelantan kerana menjual barangan kawalan dengan harga lebih rendah daripada yang ditetapkan kerajaan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, berdasarkan lawatan semalam, beliau bangga kerana ada di antara harga barangan kawalan dijual sangat murah ketika musim perayaan Tahun Baharu Cina.

“Saya dimaklumkan pengusaha di sini mengambil pendekatan menawarkan harga lebih rendah kerana keuntungan yang diperoleh daripada harga itu sudah mencukupi. Lagipun barangan yang diperoleh daripada pembekal juga murah.

“Saya ucapkan terima kasih kepada mereka. Ini sangat membantu kerana musim perayaan ini keperluan agak tinggi dan tindakan diambil peniaga adalah membantu kerajaan dan pengguna,” katanya kepada media, semalam sempena Lawatan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2014 di Pasar Raya Billion,di sini. Turut sama, Pengarah Pejabat PPDNKK Kelantan, Sharuddin Jali.

Skim kawalan harga berkuat kuasa di seluruh negara bermula semalam sehingga 9 Februari.

Katanya, berdasarkan pemantauan yang dibuat semalam, harga udang putih yang ditetapkan kerajaan ialah RM38 sekilogram, tetapi dijual di pasar raya RM33.88, manakala kubis bulat dicadangkan RM3.30 satu kilogram namun pengguna boleh membelinya dengan harga RM1.99 sahaja.

Barangan lain yang didapati murah ialah bawang putih, dicadangkan RM5 sekilo tetapi dijual RM 2.99.

“Saya berharap semua peniaga boleh mengambil tindakan yang sama, harga kawalan kita letak tetapi bukanlah kita mahukan peniaga tetapkan harga paling maksimum. Kalau boleh jual dengan murah itu memadai,” katanya.

Skim kawalan tersebut melibatkan 13 barangan sebagai usaha menyekat peningkatan harga melampau menjelang Tahun Baharu Cina antaranya, ayam hidup, ayam standard, telur ayam gred A, B, C, ikan bawal putih dan beberapa barangan lain.

Mengenai tindakan peniaga yang mengambil kesempatan menyorok bekalan minyak masak ketika musim perayaan, beliau menjelaskan kementerian mengarahkan penguat kuasa memantau perkara itu sepanjang masa.

Dalam masa sama, beliau beri jaminan bekalan minyak masak mencukupi untuk menampung permintaan pengguna ketika musim perayaan.

Tambahnya, beliau juga mahukan orang ramai dapat menyalurkan maklumat yang tepat kepada kementerian sekiranya terdapat peniaga mengenakan harga luar biasa untuk tindakan selanjutnya.

Ditembak Mati, Suspek Samun Ragut Enggan Serah Diri

Posted by Admin2u Sunday, 26 January 2014 0 comments
KUALA LUMPUR: Seorang daripada tiga suspek kes samun dan ragut ditembak mati sepasukan polis di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Ampang, setelah dikejar sejauh 10 km di lebuh raya itu malam tadi.

Sebelum itu, ketiga-tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Satria sebelum itu dilihat dalam keadaan mencurigakan di kawasan perumahan di Wangsa Maju kira-kira 8.30 malam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, ACP Khairi Ahrasa berkata ketiga-tiga suspek diarahkan keluar dariapada kereta untuk diperiksa tetapi sebaliknya terus memecut kenderaan itu yang dipandu seorang suspek lelaki menghala ke arah Cheras sehingga menyebabkan sebuah motosikal polis rosak teruk akibat dilanggar.


"Mereka melarikan diri dan dikejar MPV pasukan khas dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul namun mereka terus memecut laju kenderaan, melihat kepada kewajaran (keadaan) anggota polis telah melepaskan sekurang-kurangnnya empat das tembakan dan mengenai bahagian kepala suspek.



"Kenderaan itu kemudiannya berhenti secara tiba-tiba di tepi Lebuhraya MRR2 berhampiran Ampang dan dua daripada mereka diberkas manakala pemandu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala akibat terkena tembakan dan dihantar ke Hospital Ampang," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian dekat sini.


Menurut Khairi, suspek bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 5.40 pagi ini.

Beliau berkata dalam cubaan melarikan diri, kenderaan itu melanggar sekurang-kurangnya lapan buah kereta dan dua motosikal. 

Khairi berkata hasil pemeriksaan ke atas kenderaan dipandu suspek, polis menemui sebuah beg yang dipercayai disamun, peralatan menghisap dadah dan dua bilah parang.


"Beg itu merupakan beg yang telah disamun petang semalam di sekitar Wangsa Maju," katanya.


Beliau berkata kumpulan yang dianggotai lelaki dan wanita berumur 20 hingga 30 tahun itu dipercayai melakukan jenayah samun dan rompak di jalanan berdasarkan penemuan peralatan samun. -Bernama

Bagi Mereka yang Sedang Mencari Domain Website dan Server.. Atok Cadangkan Pakai Service Server dibawah ni.. Terbaik!!.. Malaysia Web Hosting

Terima Segala Posting Terbaru dari ATOK Melalui Facebook...