Showing posts with label Pelik & Seram. Show all posts
Showing posts with label Pelik & Seram. Show all posts

"Nasi Lemak MAS Telanjang??", Chef Wan

Posted by Admin2u Saturday, 1 February 2014 0 comments
SIAPA yang tak kenal chef selebriti terkemuka Malaysia, Chef Wan?

Bukan sahaja ‘otai’ dalam bidang masakan, malah namanya sudah berdiri setanding dengan chef-chef terkemuka antarabangsa.

Baru-baru ini, Chef Wan yang menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, Thailand meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat milik Malaysia Airlines (MAS). Menggelarnya sebagai ‘telanjang’.

Dia kesal kerana menu tersebut kelihatan tidak sempurna tanpa timun, kacang dan ikan bilis. Menerusi gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, nasi lemak tersebut hanya dihidangkan bersama sambal dan telur rebus sahaja. Baginya, ia secara tidak langsung memberi gambaran negatif pada orang luar yang tidak pernah melihat nasi lemak yang sebenar sebelum ini.

Berikut merupakan ‘caption’ penuh yang ditulisnya:

“I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class. 

This Sad looking Nasi Lemak from MAS for sarapan sungguh memeranjat kan.. The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilis nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini.

Kita orang Malaysia sudah pasti la tahu akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey….what about all that international travellers. Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be.

Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations? Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm ” Telanjang la” Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul?

Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?”

Sejujurnya, penulis bersetuju dengan kata-kata Chef Wan itu. Setakat timun dan ikan bilis, berapa sangatlah jika dibandingkan dengan harga tiket yang sudah dibayar?

Sebelum ini, Chef Wan pernah menegur sebuah restoran di hotel lima bintang kerana menggunakan resepi yang kurang tepat untuk Laksa Nyonya.

Dia yang juga Duta Pelancongan Makanan Malaysia berkata, kesilapan resepi akan memberi imej buruk pada industri pelancongan di negara ini.

Sumber: Ceritera Kini

Tu Diaa... 6 Org Makan RM121.50

Posted by Admin2u Wednesday, 29 January 2014 0 comments

Nak tak nak memang kena bayar... RM121.50 utk 6 org makan di restaurant High Class Muslim food katanya... Fuh.. High Class se class harganya huhuhu..... 

Kalau Atok Idaknya nak makan kat sini lagi for the next time... Mahal gileeeeeeeeeeer.... Meh kita check 1 by 1... 

1) 6 pinggan Nasi RM18.00 means that jatuh kepada RM3.00 utk 1 pinggan.. Erk... Kat Kanteen Sekolah pun dah sekali ngn Ayam dan sayur sikit2 daaa...
2) 3 Ekor Ayam?? Ish tak logik kalau 3 Ekor ayam..sudah pasti ianya 3 ketul Ayam kan?? Okes.. (Atok guna matematik darjah 1 jah) ... Mak eh.. RM10.00 utk 1 ketul ayam ke??? Ayam Masak Masam Manis Pahit Kunyit bakor Madu ke ape???
3) 3 Ekor Ikan...RM30.00??? Fuh.. RM10.00 sekor??  Ikan sama besar ngan meja ke?? Giler Giler...
4) 2 pinggan sayur or 2 jenis sayur? Rm12.00.... means that 1 jenis sayur RM6.00 (Erk.. Tanam sendiri lagi bagus)
5) 6 Air Buah or Air Jus lah kot... RM30.00 .. jadi utk 1.. RM5.00 (Fuh bawak buah sendiri lah gini)... 
6) 1 Air Minum? Air kosong? RM1.50.. (mamak.. kasi Air Paip boleh???) ...

Total RM121.50.. Wow!!! utk 6 orang.. 
So Atok pakai Math darjah 2 (yg ni susah sikit) .. Ciss.. Sorrylah.. Atok carik Calculator lak... (Sekali Math Tingkatan 3 daa)... Jatuh kepada RM20.25 utk 1 orang...

Fuh!!! RM20.25 seorang makan tengah hari barang kali... Gila Gila... Memang gila..
Tapi.. apa nak digilakan sgt.. Org KL maa.... Apa nak risau.. :P ... 

Daa.. Ckup sampai situ pengajaran Atok hari ni.. dan tambahan.. 
PENGAJARANNYA: Makan lah di Rumah :P


Kangkung Lintah Mengerikan..

Posted by Admin2u Tuesday, 28 January 2014 0 comments
Assalamualaikum w.b.t... 
@ BismiLLAH hir Rahman nir Rahim @

Kangkung Tumis, dll yang berkaitan dengan KANGKUNG. Mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi kita semua ketika kita hendak makan KANGKUNG. 

Suatu hari, di klinik yang terkenal di Malaysia, semua Doktor kebingungan karena ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh Orang tuanya setelah 2 hari menderita DIARE. Sudah berbagai macam obat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun DIARE tidak kunjung sembuh. 

Kemudian Orang tua anak tersebut ditanya oleh Dokter, "makanan apa yang dimakan oleh si anak dalam 2 hari ini? "Orang tuanya kbingungan, karena sejak anaknya DIARE, si anak tidak mau makan, dia hanya minum susu putih, itu pun muntah. 

Setelah diperiksa, ternyata sebelum menderita DIARE, malam si anak makan Kangkung Tumis di Rstoran bersama Orang tuanya. Dokter segera melakukan X-RAY, ternyata dalam usus anak tersebut telah berkembang biak LINTAH degan anaknya yang kecil-kecil. Dokter menyerah dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medis apapun. Akhirnya anak kecil malang itu pun MENINGGAL DUNIA.

Setelah diperiksa ulang, ternyata Lintah itu sebelumnya berada didalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung tumis yang paling enak adalah BATANGNYA. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama 20 menit, apalagi untuk kangkung tumis proses memasak tidak terlalu lama agar menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan MATI jika DI BAKAR. 

Di dalam usus anak kecil tadi, lintah hanya butuh waktu 1 - 2 hari untuk berkembang biak. Jika ada keluarga atau teman yang mengalami hal tersebut, lakukan tindakan dengan memberi minum air rendaman tembakau (bisa diambil dari rokok kretek) biasanya lintah akan keluar dan dalam keadaan mati. Dan disarankan bila anda memasak kangkung harap belah batangnya. 

Atok Sarankan bila anda memasak kangkung, Harap belah batangnya dan di bersihkan dengan air hingga bersih --------------- 

ATOK: What the ngeri is this :( ... So pada Suri rumah..Ibu2..Pastikan masak pakai kaca mata kalau rabun...So that dpt melihat dengan jelas apa yg dimasak utk Suami dan anak2... kalau ada pembantu rumah..mintak tolong ingat2kan mereka... Bahaya sgt :( 

----------------------------------------------------------------
p/s: Segala komentar yang Anda berikan disini merupakan tanggungjawab diri Anda sendiri.. Harap Maklum... 
----------------------------------------------------------------

Kucing Berbulu Kening spt Manusia

Posted by Admin2u 0 comments
Assalamualaikum w.b.t... 
@ BismiLLAH hir Rahman nir Rahim @

Seekor kucing menjadi popular selepas menarik perhatian para pengguna internet di seluruh dunia. Ini kerana kucing comel bernama Sam ini memiliki 'kening' di atas matanya. Bentuk lucu kening hitam dibahagian mukanya yang putih itu membuat Sam jadi selebriti di dunia maya.



Sebuah akaun instagram milik tuannya itu, menyiarkan wajah kucing comel tersebut dengan bulu di atas matanya bewarna hitam sehingga kelihatan seperti kening. 

Wajah kucing yang comel tersebut menyababkan dia menjadi sangat popular hingga ramai yang mengakui menyukai wajah Sam yang kelihatan seperti sedih dan seperti kelihatan terpinga-pinga gara-gara 'kening' yang dimilikinya itu.

Kucing jantan ini dilaporkan tinggal di New York bersama tuannya dan telah memiliki 11 ribu follower di Instagram kerana wajahnya yang kelihatan lucu itu.

Setiap foto yang dimuatnaik ke instagram telah pun berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya seribu Like bagi setiap gambar kucing comel tersebut. Hingga kini sudah ada 48 gambar foto yang di 'upload' ke internet dan mendapat pelbagai pujian dari seluruh dunia. 

------------------------------------------------------------
p/s: Segala komentar yang Anda berikan disini merupakan tanggungjawab diri Anda sendiri.. Harap Maklum...
----------------------------------------------------------

Awam Kuda Terlihat di KK

Posted by Admin2u 0 comments
Kedatangan Tahun Baru Cina setiap tahun membawa makna yang besar bagi masyarakat Tionghua seluruh negara.

Namun di Kota Kinabalu tahun ini, ia adalah sesuatu yang unik berbanding tahun-tahun sebelumnya apabila seorang jurugambar secara tidak sengaja berjaya mengambil gambar awan berbentuk seakan-akan seekor kuda.

Jurugambar tersebut, Jimmy Omar, berada di puncak Bukit Padang sekitar jam 6.59 pagi semalam ketika terpandang imej awan tersebut.

Menyedari akan keunikan tersebut, beliau yang kebetulan membawa kamera dengan sepantas kilat mengabadikan detik tersebut. Kelihatan dalam gambar adalah bentuk awan yang menyerupai seekor kuda yang sedang berlari dengan Gunung Kinabalu sebagai latar belakang.

Dalam ruang Facebook beliau Jimmy menafikan penggunaan sebarang aplikasi komputer seperti Photoshop atau penggunaan sebarang kesan khas dan menegaskan ia adalah gambar asli.

Malahan beliau turut mengakui sebagai bertuah kerana dapat menangkap gambar imej tersebut. Setakat berita ini ditulis, gambar ini telah mendapat 469 ‘likes’ serta dikongsi sebanyak 263 kali hanya beberapa jam selepas gambar ini disiarkan.

Manakala kebanyakan pengunjung rata-rata turut memberikan komen serupa melihat bentuk awan tersebut seperti seekor kuda. Imej kuda di langit ini adalah sesuatu yang unik dan ianya mungkin berlaku secara kebetulan.

Bagaimanapun, ia adalah suatu kebetulan yang amat bermakna kepada masyarakat Cina kerana mereka akan menyambut Tahun Kuda dalam Tahun Baru Cina yang menjelang tiba.

Sumber Malaysiakini.com

Tanda2 Anda Di Sihir

Posted by Admin2u Monday, 27 January 2014 0 comments
Assalamualaikum w.b.t... 
@ BismiLLAH hir Rahman nir Rahim @

Susah nak percaya tapi memang terjadi sampai ke hari ini,ada lagi segelintir manusia yang sanggup berbuat apa saja kerana dendam, kerana marah. Ada yang disihirkan sehingga meninggal dunia. Mungkin orang tu terlepas hukuman dunia tapi kena beringat Allah maha mengetahui segalanya. 

Kadang-kadang kita juga lupa jangan mudah menyakiti hati orang lain. Mungkin cara kita bercakap, perbuatan menimbulkan rasa dendam pada orang.Hati manusia sukar diduga kadang-kadang orang yang tidak disangka tu berdendam.Ada yang kena santau,ada yang diganggu makhluk halus ni. So aku nak kongsi antara tanda-tanda terkena sihir 

 TANDA PADA WAKTU TIDUR
  1. Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusahpayah.
  2. Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.
  3. Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.
  4. Mimpi yang sangat menyeramkan.
  5. Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kuching, anjing, unta,ular, singa, serigala atau tikus.
  6. Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.
  7. Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.
  8. Berperasaan sedih pada saat tidur.
  9. Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.
  10. Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.
  11. Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yangmengerikan.
  12. Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.
  13. Bermimpi melihat hantu.
TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA
  1. Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata,
  2. telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.
  3. Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.
  4. Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.
  5. Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya
WALLAHUALAM

------------------------------------------------------------------
p/s: Segala komentar yang Anda berikan disini merupakan tanggungjawab diri Anda sendiri.. Harap Maklum... 
------------------------------------------------------------------

Sekali Landak Jatuh Atas Kepala Daa...

Posted by Admin2u Saturday, 25 January 2014 0 comments

SEORANG wanita Brazil terpaksa dikejarkan ke hospital selepas kepalanya dicucuk lebih 270 duri landak.

Sandra Nabucco, 52, dari Rio de Janeiro berkata, landak itu jatuh di atas kepalanya dari tiang elektrik ketika beliau sedang berjalan sekitar bandar itu.

“Apabila saya menyentuh kepala akibat terlalu sakit, saya dapati banyak duri landak di tangan,” katanya dipetik DailyMail

Sejurus kejadian itu, dia meminta bantuan dari jiran untuk menghantarnya ke hospital.

“Saya diberikan antibiotik dan doktor bedah mengeluarkan lebih 200 duri dari kepala. Ia amat menyakitkan,” katanya.

Beliau berkata, kehadiran landak itu menjadi tanda tanya kerana kawasan dilaluinya bukanlah berhampiran hutan.

Rumah Bantal Kuisyen Mainan Dulu Kala..

Posted by Admin2u 0 comments

Yap :) Rumah bantal.. Rasanya Zaman Atok kecik2 pernah main benda ni.. Mana tidaknya.. dulu mana pernah ada Ipad... Iphone.. I segala I ni... Telifon pun apatah lagi.. Besar Gabak... Kerjanya kalau dirumah jer Hujung minggu time cuti mesti main bantal kuisyen ni... Buat rumah2.. Kadang2 Tidur dalam Tu... Merajuk pun dalam Tu... Seronok... !!!

Pernah ke Ko orang main benda2 mcm ni? Alah skrng mana ada kenal Kuisyen Bantal Kerusi Rotan org Kayu ni... Yang ko worang tahu Sofa.. Sofa Sofa jer... .. 

Teringat Zaman Kanak2... :)

Selamat Datang Ke Laman Atok Otai...

Posted by Admin2u Monday, 20 January 2014 4 comments
Assalam..
Oleh kerana Laman Tajuk pun dah Atok Otai... Maksudnya hanya Atok Sahaja yg boleh ckp kat sini naa ...
Yang mana tak pandai nak ckp tu jgan cakp :)

Sebenarnya Atok Buat Laman Blog ni semata2 nak berkongsi kisah hidup Atok Selama 100 tahun ni.. lama bukan? Ya.. Lama tak lama.. itu lah Kehidupan Atok... Mcm2 dilalui dan mcm2 yang dihadapi... 

Susah senang Atok hadapi sendiri sehinggalah Atok di Iktiraf sebagai Otai dlm Bidang Keyboard Warrior... Anyway ke tepi tu Atok :) .. Dah Tua bukan.. 

Bagi Mereka yang Sedang Mencari Domain Website dan Server.. Atok Cadangkan Pakai Service Server dibawah ni.. Terbaik!!.. Malaysia Web Hosting

Terima Segala Posting Terbaru dari ATOK Melalui Facebook...