Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

12 Adab-Adab Isteri Terhadap Suami Dan Tips Supaya Sentiasa Disayangi Oleh Suami

Posted by Admin2u Tuesday, 17 March 2015 1 comments
Kehadiran suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga. Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.

1. Semasa suami bercakap hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong cakapnya....

2. Bila suami marah hendaklah isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri. Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah martabat keegoannya selaku seorang lelaki....

3. Kadang-kadang si suami sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya....

4. Bila kuku, misai dan janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan Jumaat....

5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya....

6. Hendaklah memasak mengikut kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri tidak menggemarinya.

7. Apabila pakaian suami koyak atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi rumahtangga.

8. Sentiasa sediakan barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat, celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.

9. Bila bertembung kehendak suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar ke atas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya....

10. Apabila menggunakan harta suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan para isteri....

11. Sentiasa berada di dalam keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt...

12. Air minum suami hendaklah sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk. Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin kebersihannya....

Kelebihan Kangkung untuk Kesihatan

Posted by Admin2u Sunday, 2 February 2014 0 comments
Assalammualaikum | Bukan main kecoh lagi orang dok update pasal kangkung kangkung kangkung sampai Nina pon terikut-ikut trend kangkung tu .. Haha .. Sebenarnya ada khasiat disebalik sayur kangkung ni selain diturunkan harga .. Nah tahu? Meh baca sampai habis ..

Mengurangkan haid
Bahan: 1/2kg daun kangkung segar. Pemakaian: Daun kangkung dicuci, tumbuk halus. Lalu, tuangkan air 1/2 gelas, berikutnya saring dan tuangkan 1 sendok makan madu. Minum 1 kali sehari sekaligus.

Panas Dalaman
Bahan: Seikat daun kangkung segar. Pemakaian: Daun kangkung dicuci, tumbuk halus. Tambahkan sedikit gula, seduh dengan segelas air panas. Setelah dingin, saring, minum 2 kali sehari.

Sakit Kepala
Bahan: Seikat daun kangkung segar. Pemakaian: Daun segar direbus dengan 2 gelas air hingga 1 gelas. Minum air hasil rebusan.

Buasir
Bahan: Segenggam akar kangkung. Pemakaian: Akar kangkung dicuci, rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa setengahnya. Setelah dingin, minum 2 x 1/2 gelas.

Insomnia
Bahan: Daun kangkung. Pemakaian: Sering-sering makan tumis kangkung tanpa batang.

20 Ciri-Ciri Lelaki Idaman Wanita Kini

Posted by Admin2u 0 comments
Pasti lelaki tertanya-tanya camne la ciri-ciri lelaki idaman wanita ni .. 

Teringin nak jadi idaman wanita? Wanita pun sama nak juga jadi wanita idaman lelaki .. hikhik .. Meh Nina senaraikan ciri lelaki idaman ..
  1. Bertanggungjawab - Perkara utama yang menjadi keutamaan bagi wanita adalah bertanggungjawab. Ianya menjadi perkara asas dalam hubungan lelaki-wanita yang mampu memikat hati wanita kerana sifat anda itu.
  2. Bersikap terbuka - Bersikap terbuka bukan bererti anda merelakan mereka bergaul bebas dengan lelaki lain tetapi bersikap terbuka dalam menerima pandangannya dan cadangannya menjadi anda bersikap seperti "profesional".
  3. Jangan bersikap terlalu berahsia - Wanita mengharapkan lelaki yang dimilikinya tidak menyimpan terlalu banyak rahsia. Baginya apabila mereka sudah memiliki kamu, maka kamu adalah milik kamu sepenuhnya dan rahsia kamu bukan menjadi rahsia lagi.
  4. Jujur - Sifat biasa yang dikehendaki oleh setiap orang adalah jujur. Jujur pada setiap tindakan dan tingkahlaku walaupun kamu berjauhan darinya.
  5. Baik Hati - Baik hati adalah perkara biasa yang kita dengari dan menjadi syarat kebiasaannya bakal "mak mertua". Sifat baik hati akan menjelaskan segala-galanya tentang diri kamu yang sebenar dan ia menutup sifat hipokrit yang ada pada kamu.
  6. Bukan Seorang yang panas baran - Tentunya lelaki jenis ini amat dibenci oleh wanita kerana mereka perlukan seorang yang mampu membuatnya selamat dan tenang dan bukannya seorang yang paling mengancam nyawanya.
  7. Penyayang - Sifat penyanyang membuatnya mereka selesa ketika bersama kamu dan jaminan kamu akan menyayangi bakal anak-anak kamu. Tetapi awas jangan tunjuk sifat penyayang kamu secara berlebihan kerana ia akan membuatkan kamu dilabel seorang yang gatal!
  8. Prihatin - Memiliki sifat prihatin membuatkan kamu sentiasa mengambil tahu tentang dirinya. Ianya membuat kamu sering memenangi "First Man Win" kerana kamu sentiasa menjadi lelaki pertama yang menghulurkan bantuan kepadanya.
  9. Tidak Sombong/Tidak angkuh - Kelebihan yang ada pada kamu adalah anugerah dan jika kamu sentiasa mengharap pujian sehingga menimbulkan perasaan angkuh dan bongkak menjadikan kamu seorang pantang dipuji. Berhemah dalam menerima pujian pastinya kamu dianggap merendah diri dengan kelebihan yang dimiliki oleh kamu.
  10. Beriman - Sifat yang paling penting bagi seorang lelaki terutamanya bagi orang muslim adalah beriman. Ciri-ciri ini memuatkan lelaki dipandang tinggi, dihormati dan lelaki soleh paling dikehendaki.
  11. Menghiburkan - Berlawak jenaka dan memiliki sifat melucukan membuat kamu sentiasa membuatnya ketawa. Setiap kali bersama kamu suasana pasti ceria dan ia akan membuatkan kamu sentiasa diingati.
  12. Bukan Mata Keranjang - Lelaki bermata keranjang membuatkan wanita tidak selesa. Kedudukannya terancam walaupun kadangkala bukan niat kamu sebenarnya. Melihat wanita lain membuatkan mereka merasakan mereka bukan pilihan terbaik kamu.
  13. Bukan Playboy - Tentunya ciri-ciri yang dimahukan oleh wanita adalah bukan jenis kasanova dan playboy. . Jika anda mempunyai sifat playboy kamu akan membuatkan mereka merasakan bahawa mereka bakal dimadukan kelak.
  14. Dapat menerima kritikan - Sekiranya kamu membuat kesalahan mereka mengharapkan kamu bersedia menerima teguran dan kritikan untuk kamu membetulkan segala kesalahan kamu. Jangan ego dan angkuh dengan kesilapan kamu.
  15. Terima Pasangan Seadanya - Menerima mereka seadanya walaupun kurang dan lebihnya mereka adalah jalan terakhir untuk kamu dipilih sebagai calon suaminya.
  16. Hormat Ibubapa dan keluarga - Sebelum kamu melamarnya, kamu perlu berjumpa kedua ibubapanya dan disitulah kamu diuji sebelum mereka meluluskan bahawa kamu calon menantu pilihannya. Baginya jika kamu memilikinya maka kamu perlu menerima kehadiran kedua ibubapanya dalam hidup kamu.
  17. Rajin - Sifat yang menambahkan kualiti kamu adalah sifat rajin. Jika kamu jenis yang suka membantu maka sedikit sebanyak kamu akan mendapat kredit daripada orang-orang disekelilingnya. Tentunya reputasi kamu akan meningkat.
  18. Berjiwa Lembut - Berjiwa lembut bukan bermakna anda perlu berpewatakan lembut. Memiliki jiwa yang lembut membuatkan kamu lebih memahami, menyayangi, mengasihi dan sebagainya.
  19. Menjadi pendidik yang bagus - Jika anda mampu membawa perubahan kepadanya kearah yang lebih baik maka anda juga mendapat tempat untuk menjadi suami dihatinya. Baginya suami adalah pendidik, pembimbing kepada isterinya. Apabila mereka mula serius dengan anda, tentunya pilihan No.19 menjadi amat penting.
  20. Tak "Handsome" pun tidak mengapa - Baginya rupa paras bukan menjadi keutamaan sekiranya anda memiliki 19 ciri-ciri diatas anda tetap akan menjadi pilihannya. Bak kata pepatah "Rasa sedap durian bukan dari bentuk kulitnya tetapi isinya yang ranum".
Ciri-ciri diatas adalah ciri-ciri lelaki yang menjadi "idaman" wanita. Walaupun kadangkala wanita tidak dapat memiliki lelaki seperti yang diharapkan, semoga lelaki menyedari apa yang dimahukan oleh wanita dalam diri seorang lelaki.


Petua Meluruskan Rambut

Posted by Admin2u Saturday, 1 February 2014 0 comments
Assalamualaikum Semua.. 
Pastinya wanita yang berambut kerinting yang inginkan rambut lurus suka dengan petua nih.. Bukan apa selain, ianya murah malah mudah untuk disediakan sendiri di rumah..

Dah tak perlu ke salun rambut untuk meluruskan rambut yang menelan belanja yang agak tinggi untuk satu sesi.. Meh la cuba petua nih, mana la tahu ianya berkesan untuk korang yang inginkan rambut lurus..

Ramai wanita mengidamkan rambut lurus dan menawan. Kini terdapat teknologi moden untuk meluruskan rambut, namun jika tidak mahu menggunakan perawatan moden, apa kata cuba cara tradisional yang mudah.
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja. Campurkan dengan air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. 

Gunakan krim ini untuk disapukan pada kulit kepala dan keseluruhan rambut. Tutup kepala dengan tuala selama satu jam. Selepas itu, barulah bilas dengan air sehingga bersih. Lakukan tiga kali seminggu. Anda akan dapati rambut keriting menjadi lurus sedikit demi sedikit.

Petua Menguatkan Akar Rambut

Posted by Admin2u 0 comments
Assalamualaikum semua..
Korang pernah tak alami rambut gugur bila mana menyikat rambut atau syampu rambut? Yelah, selalunya yang mengalami masalah nih, wanita yang baru bersalin..

Kalau lama bersalin, kenapa ye? Saya pun mengalami keguguran rambut tak kiralah masa menyikat rambut atau pun syampu rambut..

Meh kita sama-sama mencuba petua nih.. Manalah tau berkesan kan..

Rambut gugur sebenarnya berpunca daripada akar rambut yang tidak sihat dan kuat. Jadi anda boleh amal beberapa petua yang dikongsikan dengan hanya menggunakan lobak merah atau serai. Pihan di tangan anda, mana-mana bahan yang mudah didapati, anda boleh lakukan dan rawat sendiri.
  • Parut lobak merah dan perah airnya. Basahkan kepala dengan perahan air lobak merah tadi dan urut perlahan-lahan selama 10 minit.
  • Titik batang batang serai. Kemudian campurkan bersama dua gelas air dan rebus sehingga mendidih. Sejukkan. Sapukan air rebusan serai tadi di atas kepala sehingga mencecah akar rambut. Amalkan setiap hari.

Cara2 Mengatasi Tekanan

Posted by Admin2u Friday, 31 January 2014 0 comments
Tekanan adalah sebuah keadaan yang sangat tidak menyenangkan. Perasaan tertekan, ketakutan, depresi, dan perasaan yang tidak keharuan lainnya seolah bercampur menjadi satu dan membuat kita merasa tak nyaman. 

Penyebab tekanan sendiri bisa bermacam-macam mulai dari beban pekerjaan, sekolah, masalah keluarga, masalah dengan teman, masalah keuangan, sakit, dan bahkan hal-hal lain. 

Di artikel kali ini, akan saya sampaikan beberapa tips dan cara menghilangkan stress yang semoga dapat bermanfaat bagi anda.

Mengatasi Stres Dengan Makan 
Mungkin kedengarannya agak aneh, tapi beberapa jenis makanan seperti almond, alpukat, jeruk, ikan salmon, dan bayam telah terbukti dapat mengurangi stres karena kandungan vitamin dan magnesiumnya yang tinggi. Tapi jangan sampai aktivitas makan anda malah akan menimbulkan stres baru bagi anda karena naiknya berat badan. Hehe

Mengatasi Stres Dengan Tertawa 
Saat tertawa, tubuh akan memproduksi lebih banyak hormon antistress daripada saat kita sedang tidak tertawa. Anda bisa merangsang tawa anda dengan berbagai cara seperti melihat acara komedi, komik lucu, atau film.

Mengatasi Stres Dengan Mendengarkan Musik 
Selain berfungsi sebagai hiburan, alunan musik ternyata juga bisa memberikan perubahan suasana hati dan efek relaksasi bagi yang mendengarkannya. Mendengarkan musik dari penyanyi-penyanyi favorit anda mungkin akan dapat mengusir rasa penat dan sejenak melupakan masalah hidup yang sedang anda hadapi. Selain musik-musik favorit, musik jenis Brainwave yang menggunakan terapi melalui gelombang otak, juga akan sangat bermanfaat untuk mengembalikan kesehatan mental anda.

Mengatasi Stres Dengan Relaksasi 
Cara mengatasi stress dengan relaksasi ini bisa anda lakukan dengan cara meditasi, yoga, atau berdzikir bagi anda yang muslim. Inti dari relaksasi adalah membuat pikiran menjadi nyaman dan tenang. Buang jauh-jauh rasa sedih, marah, frustasi, kecewa dan masukkan pikiran positif ke dalam pikiran anda. Relaksasi ini juga dapat anda kombinasikan dengan mendengarkan musik brainwave atau dengan menggunakan aromaterapi sehingga pikiran anda akan semakin tenang.

Mengatasi Stres Dengan Melakukan Hobi 
Setiap orang pasti memiliki hobi. Dengan melakukan hal-hal yang disenangi seperti memancing, olah raga, melukis, bermain musik, atau memasak pasti akan membuat anda sejenak melupakan stres yang sedang anda alami sehingga pikiran akan menjadi jernih kembali.

Mengatasi Stres Dengan Mengurut
Tidak diragukan lagi, sejak jaman dahula sampai sekarang mengurut memang sudah terbukti mampu mengusir rasa penat dan mampu mengendorkan kembali otot-otot syaraf yang tegang. Apalagi jika diurut dengan latar belakang pemandangan pantai pasir putih yang sangat indah.

Mengatasi Stres Dengan Rekreasi 
Pikiran yang sudah terlalu jenuh, mungkin akan membuat anda merasa ingin menjauh dari segala kesibukan dan menyingkir ke tempat-tempat wisata sekedar untuk mencuci mata. Tapi jika anda sudah benar-benar sangat sibuk, mungkin sekedar berjalan kaki di taman akan bisa membuat pikiran anda menjadi segar kembali.

Mengatasi Stres Dengan Tidur 
Kualitas tidur akan sangat berpengaruh pada kondisi kesehatan dan emosi anda. Jika anda merasa kurang tidur akhir-akhir ini, maka segeralah lupakan semua masalah lalu pergi tidur. Yang perlu diingat disini adalah, tidur yang berkualitas tidak harus lama-lama, yang penting bisa nyenyak dan bangun dalam keadaan segar.

Mengatasi Stres Dengan Berteriak 
Tips konyol macam apa lagi ini? Hehe. Memang kedengarannya konyol, tapi dengan berteriak, perasaan kita akan menjadi lebih lega dan plong. Itulah alasannya kenapa orang yang sedang marah suka ngomel-ngomel, teriak-teriak, bahkan sampai banting piring sebagai pelampiasan rasa marah mereka. Tapi bukan berarti saya menyuruh anda untuk teriak-teriak gak jelas loh ya.

Mengatasi Stres Dengan Bersembang dgn Rakan Baik.
Semua orang pasti juga tahu jika menceritakan masalah kita kepada orang yang kita percayai seperti teman atau orangtua pasti bisa membuat kita lebih lega. Apalagi jika teman baik yang kita ajak bicara mampu memberikan solusi untuk masalah yang sedang kita hadapi.

Mengatasi Stres Dengan Berpikir Positif 
Mungkin anda sudah bosan mendengar kata ini. Tapi yakinlah bahwa dengan berpikir positif, pikiran anda akan menjadi jauh lebih jernih untuk mencari solusi atas masalah yang anda hadapi. Mungkin selama ini kita sering stres karena selalu memandang semua masalah dengan penuh pesimisme sehingga kita tidak pernah mendapatkan jawaban atas masalah yang sedang kita hadapi.

Mengatasi Stres Dengan Bersyukur dan Berdoa 
Inilah cara menghilangkan stres paling mujarab yang bisa kita praktekkan, yaitu rajin-rajinlah berdoa kepada tuhan dan mintalah petunjuk atas segala masalah yang sedang melilit kita. Selain itu, kita juga harus pandai-pandai bersyukur sehingga kita akan semakin sadar bahwa segala sesuatu yang kita miliki di dunia ini adalah pemberian tuhan dan belum tetntu orang lain bisa seberuntung kita.Sekian dulu artikel mengenai cara menghilangkan stres kali ini.

Bagaimanapun juga stres sesungguhnya bersumber dari masalah yang sedang melilit kita. Jadi alangkah lebih baiknya jika kita segera menyelesaikan masalah agar tidak menimbulkan stres. Tapi yang perlu diingat adalah kita tak akan mungkin menghindar dari masalah. 

Yah, meskipun masalah-masalah dalam hidup kita kadang bisa membuat stres, namun dengan masalahlah kita menjadi lebih dewasa. Jadi ambil saja positifnya. Sekian.

Rahsia Menambat Hati Lelaki (Yg Dah Kahwin)

Posted by Admin2u Wednesday, 29 January 2014 0 comments
:: Rahsia Menambat Hati Lelaki ::
  AMARAN KERAS DARI ADMIN::::

Beberapa Tips Hanya Sesuai Untuk Mereka Yang Telah Bekeluarga Sahaja... Yang Tak kawin Tak payah Nak GEDIKs2 Ngn BF Hang....Pakwe Hang..."Baby Besar" hang... "Abg" hang... "Darling" Hang..... "Boboy Bucuk" Hang...  

Bagaimana anda menambat hati lelaki, terutama kekasih atau suami sendiri? Manusia memang tidak mampu meneroka hati dan jiwa manusia. Namun anda boleh belajar mengenal mereka supaya kebahagian dapat dinikmati bersama. Apa sebenarnya yang harus anda lakukan untuk menambat hati lelaki? 

Terima lelaki agar dia menerima anda Mungkin tiada perkataan yang lebih sesuai untuk menyatakan ini selain ” Terimalah lelaki sebagai sediakala”. Terimalah dia sebagai lelaki. Yang penting untuk anda tahu ialah mengenai lelaki, dan bukan mengubah lelaki. Jika anda mahu mengubah personaliti lelaki yang menjadi kekasih atau suami anda, dia mungkin akan menjadi insan lain, yang mungkin tidak anda sukai dan tidak menyukai anda. 

Fahamilah lelaki agar dia memahami anda Cuba memahami perangai sedia ada pada sesorang lelaki yang menyesuaikan perangai itu dengan diri anda. Ianya adalah lebih baik dari cuba mengubahnya dan beranggapan bahawa ianya tidak sesuai dengan anda. Asalkan perangai itu tidak bertentangan dengan kehendak agama dan kesopanan budaya. Dengan cara itu lelaki akan cuba memahami anda dan menyesuaikan dirinya dengan diri anda. 

Berubah untuk menikmati perubahan Sekiranya anda mahu mengubah perangai lelaki, malah perangai sesiapa pun, anda tidak akan mampu berbuat demikian kerana insan itu sendirilah yang akan mengubah perangainya jika dia mahu. Anda cuma boleh memujuk dan mempengaruhinya agar berpihak kepada anda. Anda sendiri perlulah sanggup berubah kepada perangai yang lebih baik untuk membolehkan seseorang lelaki berubah memperbaiki dirinya. 

Sanggup memberi untuk menerima Di atas segala-galanya, apa yang penting untuk anda lakukan ialah sanggup memberi lebih banyak berbanding apa yang anda terima daripada lelaki. Dengan itu, anda mungkin akan menerima lebih banyak daripada yang sanggup anda beri.

Percaya untuk dipercayai Sekiranya anda tidak mempercayai lelaki, jangan anda mengharapkan lelaki itu mempercayai anda. Hidup ini meminta pada yang ada, memujuk pada yang sayang. Untuk membuat orang lain percaya kepada anda bukanlah perkara yang mudah. Bagi menyebabkan orang lain tidak percaya pada anda, bukan lah payah. Apabila lelaki sudah tidak percayakan anda, amat sukar pula untuk dia mengubah pendiriannya. 

Menangkan lelaki untuk menang Mengenal lelaki bukanlah untuk mengalahkan lelaki. Dalam sebuah perkahwinan, sepatutnya sama-sama menag dalam semua aspek kehidupan. Dalam satu perkahwinan ada dua kuasa, pertama kuasa suami dan kedua kuasa isteri. Kuasa suami adalah memulakan dan menyuarakan. Kuasa isteri pula adalah sama ada bersetuju atau tidak. Sekiranya kedua-duanya menyalahgunakan kuasa, perkahwinan itu akan menjadi porak-peranda. 

Sifat negatif akan membuah kesan negatif Ramai wanita yang mencabar dan celupar terhadap lelaki atau suami sendiri. Ramai juga yang bersifat pendesak, terlalu banyak meminta, merendah- rendahkan suami, membandingkan suaminya dengan lelaki lain dan memaki hamun suaminya. Sekiranya anda bersifat demikian, walau bagaimana kenalpun anda kepada suami anda, anda bukanlah seorang wanita yang bijak. Andalah yang mungkin menjadi penyebab mengapa suami anda merasa tertekan, tidak selesa, banyak berdiam diri, bermasam muka dan sebagainya lagi yang tidak menyenangkan anda. Andalah yang sepatutnya berubah.

Bertanggung jawab dan menikmati kesan tanggung jawab Sebenarnya tanggung jawab wanita terhadap suaminya tidak akan berubah walaupun dunia ini makin maju. Begitu juga dengan tanggung jawab suami kepada isteri. Selagi anda menjalankan tanggung jawab anda dengan sempurna sebagaimana yang digariskan oleh agama, anda tidak perlu risau apa pun. 

Kritikan akan membuahkan kritikan Kritikan merbahaya kerana ia menjadikan lelaki defensif dan sedaya upaya ingin mempertahankan dirtinya. Ia juga bahaya kerana melukakan nilai diri lelaki. Menjejaskan rasa kepentingan diri. Dan menyebabkan lelaki merasa kecewa kepada anda dan mungkin akan mengkriti anda pula. 

Beri kepada lelaki apa yang dia mahu Dia akan melakukan apa saja untuk anda dan memberi apa yang anda mahu. Ada dua perkara besar yang dimahukan oleh lelaki (i) kehendak seks, dan (ii) kehendak untuk mejadi penting. Setiap orang dewasa mahukan kesihatan, makan, tidur, wang, kepuasan seks, anak-anak yang terjaga, rasa dipentingkan dan hidup yang bahagiua dunia dan akhirat. Berilah lelaki apa yang dia mahu dan apa yang boleh anda berikan. 

Tunjuk minat tulin terhadap lelaki Dia akan menujukkan minat terhadap anda. Dengar apa yang ingin dikatakannya, walaupun ianya tentang dirinya sendiri, juga mengenai kerjanya ataupun kesukaannya. Lebih berminat anda padanya, maka lebih berminatlah dia pada anda. 

Senyum itu tanda kasih yang tak perlu dibayar Anda tidak perlu membayar apa-apa untuk senyum pada lelaki yang anda kasihi. Dia akan senyum kembali pada anda. Betapa nikmatnya senyuman yang dilemparkan pada anda itu, begitulah juga nikmat yang dirasanya apabila anda senyum padanya. Senyum menyebabkan lelaki suka pada anda. 

Panggillah lelaki dengan panggilan manja Sebagaimana anda mahukan lelaki memanggil anda dengan nama yang baik dan nada lembut, begitu pula lelaki. Dia mahukan anda memanggilnya dengan lembut, merdu dan manja, sesuai dengan sifat anda sebagai wanita. 

Hormati dia sebagai lelaki Dia akan menghormati anda sebagai wanita. Jika anda berusaha untuk memahami sikapnya, dan bertolak ansur dengannya, dia juga akan melakukan perkara yang sama terhadap anda. Wanita patut menghormati lelaki yang menjadi suaminya, dan memberi penghormatan tidak akan merendahkan kehormatan diri sendiri, malah menjadi diri lebih terhormat. 

Dunia Lelaki Yang Berbeza Dari Wanita Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka: 

 Hidup lelaki lebih mudah Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki. 

Bahasa lelaki adalah berlainan Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata. 

Lelaki suka membisu Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu. 

Lelaki tidak kompleks Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah. 

Jangan paksa lelaki Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau. 

Lelaki berahsia dengan lelaki lain Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima. 

Lelaki pentingkan kejujuran Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya. 

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum lelaki agar kita lebih memahaminya.

Lelaki tidak suka dikritik Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. 

Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut. Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat. Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan sedikit pujian. 

Lelaki juga mahukan sokongan Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: “saya cintakan abang..” atau “Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang…” 

Lelaki dan ego Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau kekasihnya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya yang dicintainya.

Lelaki mesra tanpa beremosi Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional, bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja. 

Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional untuk seimbang dan gembira, paling kurang ia perlu untuk meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan emosi. Janinan atau hubungan antara dua perkara ini, iaitu kemesraan cinta berahi (seks) dan kemesraan emosi cinta kasih (emosi) tidak penting pada ramai lelaki. 

Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah pada kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding dengan wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi wujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami isteri. Ia mungkin dianggap penting sebagai hubungan seks yang lebih memuaskan. 

Tetapi jika tanpa emosi seks boleh dilakukan juga oleh lelaki. Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samaada sebelum atau selepas kemesraan seksual, kekecewaan akan melanda wanita. Tetapi tidak lelaki. 

Lelaki suka menyelerak Lelaki bersifat suka menyelerak barang-barang dan berharap isteri akan mengemaskannya. Kadangkala lelaki mahu isterinya bersifat sebagai ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat yang memulai atau meneruskan sesuatu, adakalanya lelaki mahu dijaga oleh seorang ‘ibu’. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tak langsung dengan menyelerak. 

Lelaki diumpan menerusi matanya Mata lelaki dianggap pembangkit ghairah paling utama. Kemudian itu barulah sentuhan, hiduan dan pemikiran rasional memainkan peranan. Untuk menghangatkan hubungan, wanita perlu menghiasi dirinya dengan keindahan.

Ini boleh membangkitkan keghairahan lelaki. Lelaki cenderung untuk mencari keghairahan penglihatan, sedangkan wanita bangkit keghairahannya dari bacaan dan kesan terhadap imaginasinya. Pujuklah Ia Walaupun Terpaksa Lelaki tidak meminati wanita? Itu adalah satu pembohongan. 

Tidak ada lelaki tidak berminat atau tertarik untuk mengenali mana-mana wanita. Lelaki dijadikan sebagai makhluk yang akan memulakan sesuatu. Berbanding dengan wanita yang dijadikan dengan perasaan malu yang lebih menebal daripada lelaki. 

Terdapat pelbagai cara lelaki untuk mengenal wanita. Melalui cara itu lelaki akan lebih mengenali wanita dan memahami kehendak wanita. Melalui pemerhatian yang dilakukannya, lelaki mengenali wanita sebagai seorang yang: 
1.Mudah tersinggung jika hatinya terusik terutama yang membakitkan perasaan 

2.Mudah jemu dan perlukan suasana yang berlainan untuk menghilangkan rasa jemu dan bosan. 

3.Amat memerlukan cinta kerana memandang lelaki sebagai orang yang dicintainya dan cuba menyesuaikan dirinya dengan lelaki yang dicintainya. 

4.Suka dipuji walaupun dia tahu bahawa lelaki itu berdusta asalkan pujian itu tidak menyakiti dirinya malah mendatangkan kegembiraan kepada dirinya. 

5.Tidak percaya kepada lelaki walaupun kekasih atau suaminya begitu menyayanginya. Keadaan ini disebabkan perasaan gelisah dan sangsi lebih banyak dirasakan oleh wanita. 6.Berhati sentimental kerana naluri dan perasaan wanita yang penuh dengan kelembutan, sensitif, perasa dan lebih suka terpengaruh oleh suara hatinya berbanding oleh akalnya. 

7.Suka memaksa lelaki kerana dia menganggap lelaki adalah insan yang dapat melenyapka rasa bosan dan jemu. Dan sebab itilah wanita memaksa lelaki agar memujuk rayu dan memanjakannya. Walaupun begitu, wanita tidak sanggup kejam terhadap lelaki malah lebih rela berlaku kejam terhadap dirinya sendiri. 

8.Cemburu. Ini kerana wanita lebih cenderung mempertahankan harga diri, kepentingan peribadi, kepentingan keluarga dan anak-anak. 

9.Bersikap penggoda keran awanita dikatakan sentiasa memikirkan cara untuk memenagi hati lelaki dengan menggunakan daya tarikan tubuh dan wajahnya bagi tujuan tersebut. Sebab itu wanita suka memperagakan pakaian yang seksi ditempat umum. Perkara-perkara yang dinyatakan di atas bukanlah tuduhan terhadap wanita atau untuk merendah-rendahkan mertabat wanita. 

Dengan mengetahui perkara ini, lelaki dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sifat-sifat sebenar wanita. Bagi wanita pula, kenalpasti kelebihan dan kelemahan diri adalah penting sebagai persiapan menghadapi apa saja kemungkinan yang bakal dicetuskan oleh lelaki. Wanita Dari Pandangan Mata Lelaki Ada ramai wanita di dalam dunia ini. 

Tetapi adakah semua wanita itu mempu menarik minat lelaki untuk mengenalinya. Kadang-kala seorang lelaki hanya mahu menduga hati seorang wanita sahaja bila mendekati mereka. Tetapi tahukah anda wanita yang bagaimana boleh menarik minat lelaki untuk mendekati mereka? 

Ada banyak faktor yang boleh menyebabkan lelaki mendekati seseorang wanita. 
1.Personaliti seorang wanita itu penting. Dengan personaliti yang meyakinkan seseorang lelaki boleh terpikat bila memandangnya. Mereka juga akan berasa lebih yakin untuk mendekati wanita tersebut. 

2.Lelaki terkenal dengan mata jalanannya. Ada juga lelaki yang suka memerhatikan wanita yang seksi, apatah lagi jika wanita itu memakai pakaian yang menghairahkan. 

3.Penampilan, gaya berjalan dan cara pergaulan wanita juga kadang-kadang membuat seorang lelaki terpikat. Ada kalanya salah satu daripada faktor itulah yang buat lelaki terlalu ingin mendekati seseorang wanita. 

4.Ada juga lelaki yang mementingkan kesopanan. Lelaki yang lebih sukakan wanita sebegini selalunya lelaki yang tidak suka berfoya-foya. Mereka lebih suka mendampingi wanita yang tidak akan memalukan mereka.  

5.Memang tidak semua lelaki mementingkan wajah. Tetapi ada juga lelaki yang mudah tertarik pada wanita yang cantik, ayu dan anggun. Ada ketikanya sehingga membuatkan mereka menoleh untuk kali kedua bila memandangnya. Walaubagaimanapun tidak semua lelaki yang mementingkan fizikal seseorang wanita, ada juga lelaki yang lebih mementingkan faktor dalam diri seseorang wanita.

Pisang Oh Pisang Banyak Jugak Kepentingan Mu Ya...

Posted by Admin2u Sunday, 26 January 2014 0 comments
Assalamualaikum w.b.t... 
@ BismiLLAH hir Rahman nir Rahim @

Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk.

Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang. Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. 

Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian. 

Tekanan: Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS: Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda. 

Anemia: Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia. 

Tekanan Darah Tinggi: Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda: Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert). 

Penghadaman: Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar. 

Keletihan: Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda. 

Panas Jantung: Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik. 

Demam Pagi: Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi. 

Gigitan Nyamuk: Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini. 

Saraf: Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda. 

Obesiti dan Tekanan Kerja: Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang. 

Ulser: Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita. 

Kawalan Suhu: Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool). 

Seasonal Affective Disorder (SAD): Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita. 

Ketagihan Rokok & Tembakau: Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh. 

Stres: Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium. 

Strok: Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%! 

Lain-lain Penyakit Kulit: Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah. 

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati. 

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!” PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

--------------------------------------------------------------------------
p/s: Segala komentar yang Anda berikan disini merupakan tanggungjawab diri Anda sendiri.. Harap Maklum... 
--------------------------------------------------------------------------

Cara-Cara dan Adab Memandikan Bayi Baru Lahir

Posted by Admin2u Saturday, 25 January 2014 0 comments
Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab.

Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.

ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR... 
Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam. 

 Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik. 

 1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam. 

 2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya. 

 3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi. 

4 . Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi. 

 5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi. 

 6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman. 

 7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat. 

 8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.

Selamat Datang Ke Laman Atok Otai...

Posted by Admin2u Monday, 20 January 2014 4 comments
Assalam..
Oleh kerana Laman Tajuk pun dah Atok Otai... Maksudnya hanya Atok Sahaja yg boleh ckp kat sini naa ...
Yang mana tak pandai nak ckp tu jgan cakp :)

Sebenarnya Atok Buat Laman Blog ni semata2 nak berkongsi kisah hidup Atok Selama 100 tahun ni.. lama bukan? Ya.. Lama tak lama.. itu lah Kehidupan Atok... Mcm2 dilalui dan mcm2 yang dihadapi... 

Susah senang Atok hadapi sendiri sehinggalah Atok di Iktiraf sebagai Otai dlm Bidang Keyboard Warrior... Anyway ke tepi tu Atok :) .. Dah Tua bukan.. 

Bagi Mereka yang Sedang Mencari Domain Website dan Server.. Atok Cadangkan Pakai Service Server dibawah ni.. Terbaik!!.. Malaysia Web Hosting

Terima Segala Posting Terbaru dari ATOK Melalui Facebook...