Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Muslimah PAS Bertudung Seluar Pendek?? Ish2...

Posted by Admin2u Friday, 31 January 2014 0 comments
Berikut merupakan posting yang diletakkan oleh FanPage Oh Media di Facebook. 

Kalau tengok dari sini Afiq KLTown kata ni adalah Muslimah PAS Pulau Pinang... ?? 

Fuh Atok sendiri tengok pun tak adalah nak menuduh2 mcm tu sekali selagi mana tak ada bukti.. Tapi dari segi logik akal yang Atok ada.. Takkan lah org nak pakai Tudung seluar pendek kot.. akai ker ape? (Atok pernah tengok versi lain sblum ni.. ada tu ada lah kot.. tapi 99.9% tak ada lah).. Kecuali org tu bukan Islam atau baru nak kenal islam kot... 

Bertudung dan seluar pendek memang tidak kene sama sekali.. Seumpama Mulut utk berckp.. Mata utk melihat.. tapi yang hakikatnya Bertudung utk tutup aurat.. dan Maksud Aurat.. Apa itu Aurat dan bagaimana utk menutup aurat .. sudah pasti lah ianya melibatkan perbuatan bertudung dan sekali gus menutup apa yang dituntut spt mana makna Aurat itu sendiri... 

So org yang berfikir takkan sebar dan apatah lagi mengatakan yg bukan2 tentang gambar yg disebarkan tu...

Setelah itu Oh! Media diberi Info penjelasan tentang gambar ni spt berikut:

"Assalamualaikum krew Oh! Media yang dihormati. Tolong lah post gambar ni sebelum semua orang salah faham dan difitnah. Gambar ni real, tp situasi sebenarnya di mana 2 org perempuan ni adalah orang cina pulau pinang. Mereka sertai berkempen untuk cuba memakai tudung bersama org islam yang lain di situ. Sblum gmbr ni terus disebarkan pihak x bertanggungjawab menimbulkan fitnah, sy minta jasa tuan krew oh! Media tlg perbetulkan dengan cerita sebenar. Sekian"

Psst: Sumber dari rakan WhatsApp Oh! Media. Jadi sebahagian dari penyampai maklumat di Oh! Media dengan berkongsi ke WhatsApp 012 923 1562

Adalah Tidak pelik kalau bertudung berseluar pendek BAGI ORG BUKAN ISLAM yang mana masa tu BERLANSUNGnya Xtvt utk mengalakkan pakai tudung kpd  org Islam dan memberi peluang kepada bukan islam utk mencuba.. 

Adalah menjadi lumrah manusia utk mencuba dan melihat perubahan.. Mana tau bila mana org bukan Islam nampak comel bertudung dia cuba utk mendekati islam itu sendiri... TIDAK ADA ISU MENGHINA AGAMA ISLAM... Sbb mereka mencuba utk mendapat kebaikan.. dan mereka tidak tahu.... 


Sebagai conto xtvt yang dijalankan di luar negara spt berikut:



Abam Beli Biskut Ye Bam.. Mcm Tak Biasa jer.....

Posted by Admin2u Thursday, 30 January 2014 0 comments

Huhuhu... Itu je yang mampu Atok ckpkan... Ckp ke? tak jugak.. Gelak ada ler... Gelak sinis org panggil... Alahai kecoh satu dunia gambar PM kita En Najib Razak membeli belah di Econsave... Fuh.. tengok pada gaya tu memang pelik.. serius pelik... Mcm tak biasa jer.. Jarang pergi pasar raya yer Bang? .. 

Tapi tak ape lah.. kasi lah peluang utk PM kita turun padang... (Bil Elektrik 2X ganda dari sebelum ni ada org perasan tak???) ... Ya.. perasan bagi mereka yang menjadi ketua keluarga.. Ibu pada Anak2 dan sbagainya... Atok pun terkejut beruk... 2X ganda tuuu... Fuh... mengong sat rasanya... 

But Why!!!! ( Lari topik... tapi tak adalah lari.. PM tak ape ler.. org tanggung) 



Bila Tok Guru Berkata2 - Pandangan TG ttg Isu Dun Kajang

Posted by Admin2u Wednesday, 29 January 2014 0 comments
Pandangan TGNA tentang isu DUN N25 Kajang

Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu DUN Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya. Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut. 

Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan. Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa.

Bagaimanapun, saya muak dengan akhbar-akhbar pro UMNO yang memainkan isu kononnya langkah mengosongkan kerusi itu ialah langkah memanipulasi demokrasi. 

Barangkali UMNO lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. UMNO jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan.

Saya suka mencabar UMNO dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihanraya kecil itu nanti. TGNA

Atok Memang Tabik Springlah bila Tok Guru Berkata2... Jauh benar Beza org ada Ilmu Agama dengan Org tak ada Ilmu agama bila berckp (Menteri Kangkung dan Kabinetnya). Org ada Ilmu in kalau berkata mesti PADAT dan PEDAS tapi penuh dengan makna Tersurat dan Tersirat (Tak semua org faham)... Ape2 pun Tok Guru kalau bukak mulut jer.. Memang kene lah jawabnya.. Terbaik!!!

Saya Kan Berhenti Atas Kemahuan Sendiri - TS Abd Khalid

Posted by Admin2u Tuesday, 28 January 2014 0 comments
Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau hanya akan berhenti dengan kemahuan beliau sendiri.

Beliau yang memegang kerusi panas itu berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan kerana tekanan atau desakan dari sesiapa pun.


"Jika saya berhenti, ia keputusan saya sendiri. Itu sahaja," kata beliau dalam temuramah bersama Malaysiakini hari ini.


Beliau memberi komen kemungkinan jawatan beliau bakal digantikan oleh ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal bertanding di pilihan raya kecil DUN Kajang tidak lama lagi.

Menurut Khalid (kanan) beliau hanya membuat keputusan sekiranya sampai masa yang sesuai dan sehingga kini, tiada perbincangan mengenai pertukaran menteri besar.

Beliau menyifatkan tekanan dan desakan dari semua pihak termasuk parti beliau sendiri hanya merupakan sebahagian dari asam garam dunia dan perjuangan politik beliau. 


"Tekanan adalah perkara kecil saya fikirkan. Orang tanya bagaimana saya tidak gila dengan semua tekanan ini. Saya jawab 'turun naik' adalah sebahagian hidup. Saya bermula di pasaran saham," kata beliau.


Bagaimanapun Khalid berkata beliau mungkin memberi laluan dan mengundur diri sekiranya diminta oleh Anwar sendiri.


"Saya akan (berhenti) jika perlu. Tapi jika saya tak rasa perlu (berhenti), dua perkara akan berlaku. Jika saya tak boleh nak ubah saya berhenti. Jika saya boleh, saya akan teruskan (kerja politik)," kata beliau.



Pengunduran Lee tak dirancang

Bekas ADUN Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan semalam, dikatakan memberi laluan kepada Anwar untuk menjadi ADUN negeri itu.

Khalid hari ini turut mengumumkan pencalonan Anwar untuk bertanding bersama pimpinan Pakatan Rakyat 


Beliau berkata, keputusan dibuat bagi memastikan "Selangor terus menjadi asas kukuh buat Pakatan Rakyat bagi mengambil alih Putrajaya".


Pengumuman itu menguatkan lagi desas-desus Anwar (kiri) akan mengambil alih jawatan menteri besar daripada Khalid bagi menyelesaikan pertelingkahan antara Khalid dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali di negeri itu.

Ditanya tentang perkara tersebut, Anwar berkata "ia hanya spekulasi" dan beliau mahu menumpukan perhatian kepada pilihan raya kecil akan datang.

Khalid turut mengatakan perkara itu sebenarnya dalam perancangan cuma peletakan jawatan Lee tidak dirancang.

"Ia bukannya dirancang sejak Mei 2013. Ada perbincanganlah, penilaian politik dan perbincangan (mengenai Anwar bertanding)."

Sumber: MalaysiaKini

Apa Kata PAS Tentang Isu Kekosongan Kerusi Adun Kajang

Posted by Admin2u 0 comments
ISU KEKOSONGAN KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN KAJANG 

Ahli Ahli PAS Selangor diminta bertenang PAS Selangor mengikuti perkembangan politik di Selangor secara langsung dan berhati hati. PAS Selangor menganggap isu kekosongan kerusi Adun Kajang adalah isu dalaman PKR yang tidak ada kena mengena dengan jawatan dan kedudukan MB Selangor pada waktu ini. 

"Apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi adun atau menentukan siapa calon, adalah hak PKR untuk menentukan nya dan PAS Selangor tidak akan terlibat campur" 

"Selagi isu jawatan MB Selangor tidak dikaitkan, maka PAS hanya menjadi pemerhati sahaja" 

"Namun sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan di terima oleh rakyat.. Dan PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon MB yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan YB Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai calon utama kita" 

"kita akan hantar nama ini untuk pertimbangan PAS Pusat. Terserah kepada kepimpinan pusat untuk menentukannya kemudian" 

"Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri" 

"Dengan itu PAS Selangor mintak ahli-ahli PAS di semua peringkat untuk terus bertenang dan menunggu arahan terus dari PAS Selangor dari masa ke semasa". 

Apa pun keputusan kita dalam Pakatan Rakyat kita yakin ia mestilah membawa kepada kestabilan kerajaan negeri selangor yang di pimpin oleh Pakatan. MOHD KHAIRUDDIN OTHMAN Setiausaha Pas Negeri Selangor 0172245351

Atok: Tengok jer lah dulu.... 

Org "Hilang" Debat Kalimah ALLAH Dibatalkan

Posted by Admin2u Monday, 27 January 2014 0 comments
<< Berikut merupakan kenyataan Rasmi oleh Sinar Harian sbgai Penganjur Debat hari ini.. Sgt mengecawakan.. Atok Ambil Cuti semata2 nak pergi tengok LIVE ... :( Sad...

Sbnarnya tak tau lah kenapa .. Kata Penasihat Eksekutif Editorial KarangKraf ianya dibatalkan disbabkan mengambil kira padangan dari pelbagai sudut disamping dgn keadaan semasa... huhuhu... Dah leh agak dah... 

Begitulah yang telah terjadi di saat2 Akhir... Atok pun menunggu jugak.. Tak sabar2.. Dah mana Tidaknya Yang Menghilangkan diri tu bukan main ckp besar lagi.. Dia lah tere bab2 Debat ni.. Sekali "HILANG"!! .. Oh Nooooo.... huhuhuu...

Senang cerita Hilang jerlah... Kecut mcm biasa.. Sapa tak kenal geng2 Biru ni... Asal Debat jer lari.. Debat je lari... kdg2 kala.. Debat pun puak2 dia je.. Sesedap dia je bantai org padahal yg lawan tak ada...

Dan yang pasti.. Debat jer kalah... Kalah dah Kalah... (Elok jugak Kalah depan Rakyat ..biar Rakyat nampak yang mana bijak dan tak bijak)

Secara detailsnya dinyatakan dlam Akbar Sinar Harian 
(Means that Awal2 lagi memang nak dibatalkan.. Mana idaknya kalau dah sempat cetak)

Berikut debat yang sepatut dijalankan... Asal Umno je LARIk... Adoi.. FAILED!!

Pembatalan Ini membuatkan Rakyat sudah tahu akan kebiasaan yang akan terjadi hhuuhuh.. So maka terkeluarlah berita Orang "Hilang" yang di edarkan di Media FB hahaha.. lawak sungguh

Belia di Nasihatkan Kahwin Sebelum April 2015 - Rafizi

Posted by Admin2u Sunday, 26 January 2014 0 comments
Golongan belia dinasihati berkahwin segera sebelum April 2015 bagi mengelakkan daripada menanggung kos kenduri perkahwinan yang tinggi apabila Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dilaksanakan.

Ahli parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata peningkatan perbelanjaan kenduri perkahwinan dijangka berlaku disebabkan semua urusniaga membabitkan barangan dan perkhidmatan akan dikenakan GST termasuk kos menyediakan makanan atau katering, menyewa dewan, menyewa khemah dan perkhidmatan jurufoto.

“Jika perniagaan katering itu tidak mendaftarkan syarikatnya untuk mengenakan GST kepada pelanggan, ini akan menyebabkan dia terpaksa menanggung caj yang dikenakan kepadanya oleh pembekal dan tidak boleh buat tuntutan kredit GST daripada kerajaan. Jadi syarikat katering ini akan mendaftar juga,” katanya.

Rafizi yang juga seorang Akauntan bertauliah dan memiliki pengalaman luas dalam hal ehwal percukaian memberitahu demikian dalam taklimat Faham GST, Tolak GST yang diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini, malam tadi.

Katanya, jika perniagaan katering terbabit enggan mendaftarkan syarikat, maka mereka akan bertindak menaikkan harga perkhidmatan bagi menampung caj GST yang dikenakan pembekal terhadap mereka.

Perkara sama turut berlaku bagi perkhidmatan sewa dewan atau khemah, juru solek, penyediaan pakaian, jurufoto atau jurukamera dan persediaan lain.

“Jika katering itu adalah sebuah syarikat berdaftar dengan GST tetapi tidak mengenakan caj GST terhadap pelanggannya, pemilik perniagaan boleh dikenakan hukuman denda atau penjara,” katanya.

Bangga dgn Syeikh Ahmad Yassin, Kenapa Tidak dgn Ustaz Harun Taib??

Posted by Admin2u 0 comments
“Dr… Minta maaf, ana nak menyusahkan doktor sikit,” suara sahabat baik saya, Haji Hassan Wahid yang berkhidmat sebagai pembantu peribadi Almarhum Ustaz Datuk Harun Taib kedengaran di hujung talian telefon sehari sebelum menjelang Muktamar Tahunan PAS ke-56 pada Jun 2010 yang berlangsung di Kota Bharu.

“Silakan Haji… kalau ana boleh tolong, insya Allah ana bantu,” jawab saya penuh rasa ukhuwwah dan persahabatan.

“Macam ni Dr, klinik Dr ada tak kerusi roda. Ustaz nak pinjam untuk guna masa Muktamar nanti. Kerusi roda yang guna di rumah sekarang dah rosak,” pinta sahabat saya ini.

“Ooo…minta maaf, kerusi roda tu tak ada di klinik sekarang. Tapi Haji jangan bimbang. Serah pada ana, ana akan cari sampai dapat. Esok bila dah sampai di Kota Bharu, call ana dan mari ambik kerusi di klinik.”

Kalau tak silap saya, masa tu dah petang hari khamis. Esoknya Jumaat semua kedai tutup. Saya terus menelefon Dr Ramli Mamat, sahabat baik yang memiliki sebuah klinik di Wakaf Che Yeh untuk bertanya kalau-kalau beliau memiliki sebuah kerusi roda yang boleh dipinjamkan sementara. Sekarang YB Dr Ramli Mamat adalah Exco Kerajaan Kelantan. 

“Wheel chair tu, ambo ada Dr Man, tapi buruk sangat. Dok tergamok nak bagi pinjam ko Ustaz…” jawab Dr Ramli. 

“Ginilah…Dr Man tolong cari dengan supplier, kosnya biar ambo bayar,” Dr Ramli menawarkan khidmatnya bila saya maklumkan, yang nak guna wheel chair itu, Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

“Tak apa Dr Li, terima kasih banyak-banyak. Bukan masalah kos. Cuma masa semput sangat, takut tak sempat nak cari.” 

Lantas saya menelefon beberapa orang pembekal peralatan perubatan. Alhamdulillah, seorang daripadanya memiliki barang yang saya hajati ini. Ada lagi masalahnya, sekarang beliau berada di luar Kelantan dan hanya akan sampai balik ke Kota Bharu menjelang tengah malam. 

“Tak apa… tengah malam atau dinihari, bila sampai call saya, saya akan pergi ambik!”

Syukur kepada Allah, hajat seorang ulama yang sebenarnya terlalu murah nilainya dapat saya tunaikan. Apa sangat nilai kerusi roda RM300 untuk kegunaan seorang mujahid sejati yang sedang keuzuran ketika itu.

Sebenarnya Almarhum Ustaz Harun sudah lama uzur sebelum dari Muktamar PAS tahun 2010 lagi. Tapi beliau tetap menggagahkan diri untuk hadir walaupun ucapannya dibacakan oleh Timbalannya. Seingat saya yang masih agak baru di dalam saf kepimpinan PAS dan menjadi perwakilan ke Muktamar, hanya Almarhum seorang yang berada di atas pentas dalam keadaan berkerusi roda.

Pernah kedengaran di telinga saya orang yang merungut, “Ustaz Harun tu dah uzur, masih nak pegang jawatan lagi. Berilah kepada orang lain yang lebih sihat.” 

Saya menjelaskan dengan rasa sedikit terkilan atas anggapan sebegitu. 

“Kita selalu bangga bila menceritakan perjuangan Syeikh Ahmad Yassin yang berkerusi roda dan memimpin Hamas berhadapan dengan Israel sehingga syahid. Kenapa kita tidak boleh bangga dengan Ustaz Harun yang berkerusi roda tetapi masih sedia berjuang. Sepatutnya awak yang sihat malu dengan diri awak sendiri. Tubuh saja sihat, tetapi dengan kesihatan yang awak ada, mana bahagian untuk Islam?”

Bagi saya, insan hebat sepertinya, bukan setakat berkerusi roda, kalau terbaring di tempat tidur pun, kita masih perlukan buah fikirannya sekalipun jasadnya sudah tak berdaya. Lemahnya sekujur jasad seorang pejuang di jalan Allah adalah kerana tenaga yang telah dicurahkan demi untuk melihat syariat Allah ditinggikan.

Buat Almarhum Tuan Guru Datuk Harun Taib… Pulanglah kepangkuan Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai. Dengan rahmat Allah, kamu adalah dalam kalangan hamba yang soleh dan tempatmu adalah di syurga.

Tun Mahathir Melawat Tuan Guru Dato Haron Din

Posted by Admin2u Saturday, 25 January 2014 0 comments

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani : "Ya, secara peribadi saya gembira apabila dihantar gambar ini, disebalik rasa duka diatas ujian yg menimpa Tuan Guru Dato Haron Din, agar keadaan kedamaian dalam beragama itu sentiasa wujud. Saat ziarah Tun Mahathir Mohamad keatas Tuan Guru Dato Haron Din, mudahan Allah memberi kesembuhan dan yg terbaik kepadanya.."

Atok: Ini lah yang kita mahu.. Tersenyum Atok tengok Tun datang melawat.. Kita berlainan Parti.. Tapi Ini membuatkan kita saling sayang menyanyang antara bersaudara... Bagus!!.. Teruskan... 

Ketua2 UMNO yang lain aper cer.. Tidor ker?



Menoleh Ke Belakang Meniti Perjuangan

Posted by Admin2u Thursday, 23 January 2014 0 comments
SIRI 2 : MENOLEH KE BELAKANG MENITI PERJUANGAN 

Almarhum Ustaz Haji Abu Bakar Al - Baqir Pengasas Hizbul Muslimin Abu Bakar Al- Baqir atau nama sebenarnye ialah Abu Bakar bin Said bin Abdul Jabar bin Abdul Rauf, dilahirkan pada tahun 1907 di Gunung Semanggol. 

Anak kelima daripada enam orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal disekolah Melayu Semanggol, kemudian melanjutkan pelajaran ke Madrasah Rahmaniah (1919-1924). Pada tahun 1924 melanjutkan pelajaran ke Madrasah Dairat Al Maarif Al Wataniyah, Kepala Batas, Seberang Prai hingga ketahun 1931 bila mana beliau berpindah ke Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar. 

Kepimpinan dan potensi beliau bermula apabila beliau dilantik sebagai Ketua Umum dan Pembantu Guru semasa menuntut di Madrasah Dairat Al Maarif Al Wataniah. Semasa menuntut di Madrasah Idrisiah, beliau juga dilantik sebagai Guru Pelatih separuh masa hingga tahun 1934. 

Penglibatan Dalam Bidang Pendidikan: Sumbangan terbesar beliau dalam bidang pendidikan ialah dengan tertubuhnya Maahad Al-Ehya Assyarif yang bermaksud Kehidupan yang mulia pada 15 April 1934 bersamaan 1 Muharram 1353 . selaku mudir yang pertama, beliau telah mewujudkan beberapa peringkat kelas menengah rebdah iaitu kelas Tadiri dengan bahasa pengantarnya bahasa Melayu manakala Ibtidal dan Thanawi dalam bahasa Arab. Pada 1940 Ustaz Abu Bakar telah Berjaya membuka kelas Qismaul ali. 

Ketika itu julah pelajar telah bertambah kepada 500 orang dengan 21 guru dan 270 buah pondok kediaman. Beliau tokoh yang berpandangan jauh dan amat menyedari pentingnya pendidikan islam disemai diperingkat awal. 

Justeru itu, pada tahun 1945 kelas Didikan dan Asuhan telah ditubuhkan untuk kanak-kanak berumur diantara 5 hingga 8 tahun. Kelas ini bolehlah dikatakan sebagai pelupur atau pun pendahulu kepada konsep pendidikan pra- sekolah Islam yang mendapat sambutan pada hari ini. Kulliyah Al-Muallim (latihan guru) ditubuhkan pada 1948. Pada 1965 Ustaz Abu Bakar sekali lagi membuat pembaharuan apabila berjaya membuka kelas perubatan Homeopathy di Maahad berkenaan. 

Program ini adalah sistem francais dengan Contemporary University of Singapore. Penglibatan Dalam Persatuan Semasa menerajui Maahad Al Ehya Assyarif Ustaz Abu Bakar Al Baqir juga adalah Pengerusi Badan Kebajikan dan Pelajaran, Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA) yang memainkan peranan positif merangka polisi pendidikan Agama hingga tertubuhnya Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR) pada 15 hb. November 1947. 

Penglibatan Dalam Bidang Ekonomi Selaku Yang Dipertua Persatuan Ehya Assharif, Ustaz Abu Bakar telah mengujudkan berbagai aktiviti ekonomi khususnya untuk ahli dan orang Melayu umumnya. 

Di antara aktiviti yang di jalankan ialah : 
  • Membuka kilang padi di Semanggol – 1953 Membuka kilang padi di Alor Pongsu – 1956 
  • Membuka stesyen minyak di Simpang Lima, Parit Buntar [ Syarikat Melayu pertama di Kerian ] - 1955 
  • Membuka strsyen jana kuasa letrik di Semanggol – 1956 Pada 23 Mac 1947 beliau Berjaya menubuhkan Pusat Perekonomian Melayu Se Malaya [ PEPERMAS ] di Semanggol dan menjadi Yang Dipertua yang pertama.

Tujuan penubuhanya ialah untuk meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dan mendapat sambutan yang baik seluruh Negara. PEPERMAS mempunyai banyak tekanan politik dan kecurigaan oleh pihak Inggeris dan pihak UMNO.Pada tahun 1948 apabila di isytiharkan darurat di Malaya kegiatan PEPERMAS terkubur. 

Penglibatan Dalam Bidang Politik Sejarah hidup Ustaz Abu Bakar Al Baqir menunjukkan beliau berhadapan dengan zaman penjajahan Kuffar.Sebagai seorang Ulama, beliau memilih jihad politik untuk membebaskan diri, agama, pendidikan dan sosio ekonomi dari kekangan penjajahan politik dan ancaman oleh pihak Inggeris dan UMNO itu sendiri. 

Sumbangan terbesar yang dapat di lihat ialah dengan tertubuhnya Parti Islam yang pertama di Tanah Melayu yang bernama Hisbul Muslimin. Hisbul Muslimin yang lahir dari Persidangan Majlis Tinggi Agama [ MATA ] yang di adakan di Gunung Semanggol pada 14 Mac 1948 tidak mampu bertahan lama.

Percaturan penjajah dan pewaris ideologi sekular UMNO melalui Dato` Onn , yang bimbang melihat kebangkitan dan kesedaran Islam yang tinggi di kalangan orang Melayu dan menyaksikan Inggeris mengharamkan terus parti tersebut dan pemimpin - pemimpinya di tangkap. Ustaz Abu Bakar Al Baqir di tangkap pada 29 Julai 1948, beliau tidak pernah di bicarakan dan telah di tahankan selama 50 bulan hingga Oktober 1952.

Pihak Inggeris telah menggunakan undang – undang darurat ke atas beliau kerana menganggap beliau sebagai seorang yang memberbahaya dan sehingga Dato` Onn menyifatkan beliau sebagai ` BAHAYA DARI GUNUNG ` serta Hizbul Muslimin sebagai Red Islamic Party yang di samakan dengan Komunis.Namun ianya tidak lebih daripada fitnah semata – mata dan usaha jahat Inggeris dan parti secular UMNO untuk menyekat pengaruh dan kebangkitan Islam dan menggelakkan kemerdekaan Negara dari jatuh ke tangan pejuang – pejuang Islam. 

Walaupun perjuangan Ustaz Abu Bakar al – Baqir dan Hizbul Muslimin terhenti akibat tindakan darurat tersebut, perjuangan yang kental di kalangan pendukung – pendukungnya telah terus merintis kepada penubuhan Parti Islam Se Malaysia [ PAS ] pada 24 November 1951.

Semasa hayatnya beliau di lantik menjadi Ahli Majlis Agama Islam Negeri Perak dan Ustaz Abu Bakar Al Baqir kembali ke Rahmatullah pada 13 Julai 1974 pada usia 67 tahun dan telah di semadikan di kampungnya di Bukit Putus, Semanggol. 

Almarhum Ustaz Abu Bakar Al – Baqir meninggalkan seorang balu iaitu Hajjah Fatimah Abdul Rahman dan seorang anak lelaki serta 3 orang anak perempuan. Di antara anak yang meneruskan perjuangan kentalnya ialah Ustazah Hajjah Naqibah No`ma yang pernah memimpin Dewan Muslimat PAS Negeri Perak dari tahun 1997 – 2003. AL – FATIHAH. Oleh : Khalilul Rahman Bin Abdul Samad Arkib PAS Perak

PROTON disalahkan Kerana Tazkirah: Menteri Kangkung

Posted by Admin2u 0 comments
Yap.. PROTON dan Jualannya dipersalahkan disbbkan tazkirah.. Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh salah sorang Menteri? Or Bekas Menteri? di Sebuah Negara Kangkung..







Berikut (diatas) merupakan kenyataan Menteri Dato' Katanya.. IR pulak tu... Okes.. Layan jerlah... :) Jom kita nyusuri apa komen2 yang dibalas Beliau :) dan Atok nak balas kat sini... ..

Ada beberapa Key Point yang Atok nak utarakan kat sini adalah "HR Proton adalah Pembangkang dan menghancurkan produktiviti proton" .... ???? Haik!!!... So pembangkang memang tak boleh hidup dalam mana2 peringkat jawatan dalam mana2 syarikat ke?? dahtu takkan org KERAjaan (UMNO) je yang boleh duduk dlm jawatan yg disandang?? Gila ke Dato ni... ??

Dato ingat ini negara Dato yang punya ke???  Di mana Hak Rakyat utk memilih mana2 parti politik yang mereka sokong?? Oh.. so jadinya masa kerja kul 8.00pagi.. Puch card .. dikiranya tak boleh bawa Politik dalam kepala otak dia org lah kan? nak2 kalau ianya politik pembangkang (PR).. mcm tu??

Oh ya.. mcm statement tersohor dari mulut wakil2 rakyat Dato' dulu2 kala.. (Politik Suku .. Agama Suku.. Yang mana Wakil Rakyat yg Berpolitik ... nak pergi kerja dan berpolitik ni tak bawa Agama?? So.. kalau dibuatnya ALLAH nak tarik nyawa kiranya masa tu Mati tak ada Agamalah yer?? .. Itulah Dato' jgn hnya nama jer Dato' tapi Tazkirah dan Ceramah Agama tak pergi).......

So.. berbalik pada Bab "Menghancurkan Produktiviti Proton" .. Haik!!!... So org pembangkang ni memang menghacurkan tempat dia kerja ke?? dahtu Org UMNO?? Kira Maju jayalah yer?? oh yer maju sampaikan banyak isu2 yg melibatkan Songlap wang ringgit tu semuaaaaanya org pembangkanglah yer? ... 

Dato'2 .. Harapkan pangkat jer tinggi tapi otak dan cara berfikir ditambah lauk nafsu... mcm ni kenyataan Dato' main pukul rata hinggakan menyalahkan Pembangkang menyebabkan PROTON tak maju ditambah pulak dikatakan dok berTazkirah semasa kerja dan sabagainya... 

Ok skrng bab "Waktu Kerja Produktif dibuat Tazkirah" ... Sblum nak berkata2.. Nak tanya mai Tazkirah tu apa Dato' ?? .. Tazkirah kebiasaannya sinonim dengan Agama.. iaitu Agama Islam... Apakah Salah Tazkirah itu memperingati manusia lain agar beringat2 agar tidak melampaui batas dalam pekerjaan .. supaya tiada salah laku... dan sbagainya... OK la.. Dato maksudkan "Tazkirah" Politik.. Faham!.. bkan Atok tak faham.. tapi nak cerita mari..

Dato' nak salahkan Proton sbb ada org pembangkang..dan sudah pasti pembangkang dengan "Tazkirah" pemikiran pembangkang lah..takkan lah pemikiran UMNO lak...  dah tu apa msalahnya?? .. itu bab pemikiran.. Bab Tazkirah nih.. Dato' ingat... Org lain ni tak ada kerja dok 24 jam nak bagi nak cerita pasal Tazkirah Politik?? 

Kalau kata bab politik.. apa penyebabnya sehinggakan Dato' nak pukul rata seolah2 PROTON mundur disbbkan org politik asyik ber"tazkirah" Politik?? Berpuluh2 Ribu Perkeja PROTON tu ingat semua Otak pembangkang ke?? pastu Otak UMNO mcn mana?? Oh.. Org UMNO tak kena dengan Istilah Tazkirah (tak sesuai)... So kalau yang UMNO apa bezanya?? Kiranya Org UMNO ni bagus2.. kerja 24 jam lah katakan... tak ada "Sembang" Politik (Yap.. UMNO sesuai dengan istilah "Sembang") ...

Sbb tu Atok kata Dato' ni ada je pangkat.. tapi Otak pemikiran tak brapa nak matang lagi... Asal pembangkang jer ada je yang tak kene... Asal pembangkang jer (PAS) .. Perkataan Tazkirah pulak di salahkan... Dato' itupun Atok berckp kalau Takzirah di buat dlm masa Kerja... 

Utk pengetahuan Dato' Tazkirah yang dilakukan di PROTON telah dibudgetkan (diperuntukkan) dan ianya berlaku selepas waktu kerja.. dari pkul 5.30pm hingga kul 7.00pm ... dan ianya pada hari  Rabu minggu pertama setiap bulan... So dimana Isu Tazkirah Masa kerja berlaku di PROTON skrng??? 

Apakah bertemu sapa.. if pembangkang org panggil "Tazkirah" 2 or 3 minits... dan kalau UMNO pulak dikatakan "Sembang" bertanya khabar dan menyatakan ketidak puasan hati dan sabagainya itu dah dikira sebagai ber"Tazkirah" dan "bersembang" semasa waktu kerja??

Woh.. pastu di syarikat2 lain tak ada yang ber"Tazkirah" dan "bersembang" ke sehinggakan kerja tu 24jam.. Tak payah SEMBANGlah Dato'.... Dato' pun 2x5 jer.. semua org mcm tu.. kita berckp pasal bertegur sapa.. lari dari topik perbualan pekerjaan.. itu pekara biasa.. Bukanya berjam2 dok ramai2 ckp pasal "Tazkirah" Politik... 

Jika berlaku.. apa bukti mengatakan dan mengukuhkan statement Dato' sehinggakan Hampir mengambarkan keseluruhan pekerja PROTON ni kerjanya berpolitik dan hasilnya Jualan Kenderaan Menurun?? .. 

Dato' kalau nak sembang pasal Politik Pembangkang dan Kerja kat mana2 syarikat pun berlaku.. dan persoalannya.. Apakah Org2 UMNO tak pernah berlaku?? kiranya org UMNO ni baguslah yer?? tak pernah sembang.. tak pernah ada Tazkirah?? (Patut lah BENGAP) .. Sudah Pasti Negara ni maju dengan ditakbirkan oleh Menteri2 Malaysia yang UMNO lah katakan... (UMNO dia tak sembang.. dia banyak buat.. Buat Rakyat Sensara) << ni statement pukul Rata.. mcm statement Dato'.....

Simpel mcm ni pun Dato' tak boleh nak PK.. kalau nak buat kenyataan tu buat ber OTAK skit Dato' ... Jangan main pkul Rata.. hatta nak pukul Rata pun.. Biar buat kenyataan Umumm.. iaitu .. "Produktiviti menurun disebbkan banyak Sembang waktu Kerja" .. Kang Bijak tu.... Apatah lagi nak menyalahkan Perkataan Tazkirah itu sendiri yang berkait rapat dengan ISLAM.. Apakah Dato' ni masa menaip ISLAM dan Otak letak kat umah?? 

Oklah Dato' Jom kita tengok Reply yang Dato' bagi pada mereka yang komen Statement Dato': Zussssssssss.................


CONTINUE :) .. Banyak ni.. Atok Taip Lambat skit :)

Teka Teki Menteri Malaysia...

Posted by Admin2u Wednesday, 22 January 2014 0 comments



















Wah.. (Menteri kalau main media elektronik mesti ada jer kenyataan yg pelik2) ..
Tahniah.. Terbaru kenyataan Pak Menteri kita.. Apakah Malaysia ini satu teka teki bagi Menteri Malaysia? Apakah Rakyat ini satu permainan bagi Mereka?? Kalau jadi Menteri tak boleh nak berfikir.. nak kene main teka teki dgn Rakyat.. Udah2 lah... Pesan Atok.. STOP Jadi Menteri Malaysia...

Rakyat pilih dia utk cari Negara tu atau buat Negara yang dia teka tekikan.. Bukannya Bertanya Kepada Rakyat utk berteka Teki... Adoi.. Kalau ini lah Menteri Malaysia... Hancusss!!!

Apakah Menteri fikir Rakyat bayar dan pilih Menteri utk makan gaji buto??

Menteri, Kangkung dan Rakyat...

Posted by Admin2u 0 comments
Hurm.. Atok ni tak brapa nak sihat bila ckp pasal Menteri di Malaysia.. Mana Tidaknya.. Semuanya nak menyakitkan hati Atok jer... Ada jer penyataan2 yang dikeluarkan.. yang mana Kalau diguna Logik Akal Mahu pun otak pemikiran manusia biasa.. Itu bukanlah Jawapan yang spttnya dikeluarkan Oleh seorng Menteri yang terpelajaran yang mana bukan calang2 Manusia terpilih menjadi Menteri.. bahkan lagi ianya merupakan salah seorang Ketua yang mentadbir sesebuah Negara... 

Hurmm.. Isu kangkung rasanya semua sudah tahu... Belum lagi reda dengan kepanasan dan masih lagi suam2 kalau di sentuh pasti panas kembali... Tambah pulak dgn statement menteri yg ni pulak... Bijak2.. Nilailah sendiri Menteri dan Kerajaan yang Anda Pilih... 

Tambang Naik.. IbuBapa pulak yang dipersalahkan.. So Menteri Buat apa?? Goyang Telur ker?? Mcm ni lah Pak Menteri.. Kalau hidup Rakyat yg tersepit ni asyik nak mengalahkan Rakyat jer.. Udah2 lah Jadi Menteri... Buat menyakitkan hati Rakyat jer... Dok Kampung buat kerja sendiri jerlah.. tak ada org nak sumpah seranah.. Hidup pun lebih aman... 

"PerKaSa" Vs Kangkung

Posted by Admin2u 0 comments
Kenyataan kumpulan pendesak Melayu PERKASA yang memberi amaran bahawa tindakan warga maya yang menjadikan kenyataan 'kangkung' Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai bahan lawak boleh mencetuskan tragedi berdarah 13 Mei kini menerima nasib yang sama. 

Dalam video yang dimuatnaik ke Youtube oleh kumpulan lawak popteevee pada 15 Januari lalu, nama PERKASA digunakan untuk singkatan "Persatuan Kangkung 1Malaysia".

Sumber

Terima Kasih PM.. Harga Kereta Turun 2014.. Terbaik lah !!!

Posted by Admin2u Tuesday, 21 January 2014 0 comments
Woi!!! Jangan Mimpi la.. Atok hidup lama .. mana pernah ada barang Turun.. Apetah lagi kereta... Hujan je nak turun Atok tengok kat luar ni... 

Ngeh Ngeh Ngeh.... Janji Mu engkau Mungkiri.. Apa pun Terima Kasih (Ala2 AlleyCat gitu)... Apa nak dikata. bak kata org.. pandai memilih .. pandai2 lah menerima.. Tapi sapa yg pilih begini? Kesian... 

Selamat Datang Ke Laman Atok Otai...

Posted by Admin2u Monday, 20 January 2014 4 comments
Assalam..
Oleh kerana Laman Tajuk pun dah Atok Otai... Maksudnya hanya Atok Sahaja yg boleh ckp kat sini naa ...
Yang mana tak pandai nak ckp tu jgan cakp :)

Sebenarnya Atok Buat Laman Blog ni semata2 nak berkongsi kisah hidup Atok Selama 100 tahun ni.. lama bukan? Ya.. Lama tak lama.. itu lah Kehidupan Atok... Mcm2 dilalui dan mcm2 yang dihadapi... 

Susah senang Atok hadapi sendiri sehinggalah Atok di Iktiraf sebagai Otai dlm Bidang Keyboard Warrior... Anyway ke tepi tu Atok :) .. Dah Tua bukan.. 

Bagi Mereka yang Sedang Mencari Domain Website dan Server.. Atok Cadangkan Pakai Service Server dibawah ni.. Terbaik!!.. Malaysia Web Hosting

Terima Segala Posting Terbaru dari ATOK Melalui Facebook...