Menoleh Ke Belakang Meniti Perjuangan

Posted by Admin2u Thursday 23 January 2014 0 comments
SIRI 2 : MENOLEH KE BELAKANG MENITI PERJUANGAN 

Almarhum Ustaz Haji Abu Bakar Al - Baqir Pengasas Hizbul Muslimin Abu Bakar Al- Baqir atau nama sebenarnye ialah Abu Bakar bin Said bin Abdul Jabar bin Abdul Rauf, dilahirkan pada tahun 1907 di Gunung Semanggol. 

Anak kelima daripada enam orang adik beradik. Mendapat pendidikan awal disekolah Melayu Semanggol, kemudian melanjutkan pelajaran ke Madrasah Rahmaniah (1919-1924). Pada tahun 1924 melanjutkan pelajaran ke Madrasah Dairat Al Maarif Al Wataniyah, Kepala Batas, Seberang Prai hingga ketahun 1931 bila mana beliau berpindah ke Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar. 

Kepimpinan dan potensi beliau bermula apabila beliau dilantik sebagai Ketua Umum dan Pembantu Guru semasa menuntut di Madrasah Dairat Al Maarif Al Wataniah. Semasa menuntut di Madrasah Idrisiah, beliau juga dilantik sebagai Guru Pelatih separuh masa hingga tahun 1934. 

Penglibatan Dalam Bidang Pendidikan: Sumbangan terbesar beliau dalam bidang pendidikan ialah dengan tertubuhnya Maahad Al-Ehya Assyarif yang bermaksud Kehidupan yang mulia pada 15 April 1934 bersamaan 1 Muharram 1353 . selaku mudir yang pertama, beliau telah mewujudkan beberapa peringkat kelas menengah rebdah iaitu kelas Tadiri dengan bahasa pengantarnya bahasa Melayu manakala Ibtidal dan Thanawi dalam bahasa Arab. Pada 1940 Ustaz Abu Bakar telah Berjaya membuka kelas Qismaul ali. 

Ketika itu julah pelajar telah bertambah kepada 500 orang dengan 21 guru dan 270 buah pondok kediaman. Beliau tokoh yang berpandangan jauh dan amat menyedari pentingnya pendidikan islam disemai diperingkat awal. 

Justeru itu, pada tahun 1945 kelas Didikan dan Asuhan telah ditubuhkan untuk kanak-kanak berumur diantara 5 hingga 8 tahun. Kelas ini bolehlah dikatakan sebagai pelupur atau pun pendahulu kepada konsep pendidikan pra- sekolah Islam yang mendapat sambutan pada hari ini. Kulliyah Al-Muallim (latihan guru) ditubuhkan pada 1948. Pada 1965 Ustaz Abu Bakar sekali lagi membuat pembaharuan apabila berjaya membuka kelas perubatan Homeopathy di Maahad berkenaan. 

Program ini adalah sistem francais dengan Contemporary University of Singapore. Penglibatan Dalam Persatuan Semasa menerajui Maahad Al Ehya Assyarif Ustaz Abu Bakar Al Baqir juga adalah Pengerusi Badan Kebajikan dan Pelajaran, Majlis Agama Tertinggi Malaya (MATA) yang memainkan peranan positif merangka polisi pendidikan Agama hingga tertubuhnya Lembaga Pendidikan Rakyat (LEPIR) pada 15 hb. November 1947. 

Penglibatan Dalam Bidang Ekonomi Selaku Yang Dipertua Persatuan Ehya Assharif, Ustaz Abu Bakar telah mengujudkan berbagai aktiviti ekonomi khususnya untuk ahli dan orang Melayu umumnya. 

Di antara aktiviti yang di jalankan ialah : 
  • Membuka kilang padi di Semanggol – 1953 Membuka kilang padi di Alor Pongsu – 1956 
  • Membuka stesyen minyak di Simpang Lima, Parit Buntar [ Syarikat Melayu pertama di Kerian ] - 1955 
  • Membuka strsyen jana kuasa letrik di Semanggol – 1956 Pada 23 Mac 1947 beliau Berjaya menubuhkan Pusat Perekonomian Melayu Se Malaya [ PEPERMAS ] di Semanggol dan menjadi Yang Dipertua yang pertama.

Tujuan penubuhanya ialah untuk meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu dan mendapat sambutan yang baik seluruh Negara. PEPERMAS mempunyai banyak tekanan politik dan kecurigaan oleh pihak Inggeris dan pihak UMNO.Pada tahun 1948 apabila di isytiharkan darurat di Malaya kegiatan PEPERMAS terkubur. 

Penglibatan Dalam Bidang Politik Sejarah hidup Ustaz Abu Bakar Al Baqir menunjukkan beliau berhadapan dengan zaman penjajahan Kuffar.Sebagai seorang Ulama, beliau memilih jihad politik untuk membebaskan diri, agama, pendidikan dan sosio ekonomi dari kekangan penjajahan politik dan ancaman oleh pihak Inggeris dan UMNO itu sendiri. 

Sumbangan terbesar yang dapat di lihat ialah dengan tertubuhnya Parti Islam yang pertama di Tanah Melayu yang bernama Hisbul Muslimin. Hisbul Muslimin yang lahir dari Persidangan Majlis Tinggi Agama [ MATA ] yang di adakan di Gunung Semanggol pada 14 Mac 1948 tidak mampu bertahan lama.

Percaturan penjajah dan pewaris ideologi sekular UMNO melalui Dato` Onn , yang bimbang melihat kebangkitan dan kesedaran Islam yang tinggi di kalangan orang Melayu dan menyaksikan Inggeris mengharamkan terus parti tersebut dan pemimpin - pemimpinya di tangkap. Ustaz Abu Bakar Al Baqir di tangkap pada 29 Julai 1948, beliau tidak pernah di bicarakan dan telah di tahankan selama 50 bulan hingga Oktober 1952.

Pihak Inggeris telah menggunakan undang – undang darurat ke atas beliau kerana menganggap beliau sebagai seorang yang memberbahaya dan sehingga Dato` Onn menyifatkan beliau sebagai ` BAHAYA DARI GUNUNG ` serta Hizbul Muslimin sebagai Red Islamic Party yang di samakan dengan Komunis.Namun ianya tidak lebih daripada fitnah semata – mata dan usaha jahat Inggeris dan parti secular UMNO untuk menyekat pengaruh dan kebangkitan Islam dan menggelakkan kemerdekaan Negara dari jatuh ke tangan pejuang – pejuang Islam. 

Walaupun perjuangan Ustaz Abu Bakar al – Baqir dan Hizbul Muslimin terhenti akibat tindakan darurat tersebut, perjuangan yang kental di kalangan pendukung – pendukungnya telah terus merintis kepada penubuhan Parti Islam Se Malaysia [ PAS ] pada 24 November 1951.

Semasa hayatnya beliau di lantik menjadi Ahli Majlis Agama Islam Negeri Perak dan Ustaz Abu Bakar Al Baqir kembali ke Rahmatullah pada 13 Julai 1974 pada usia 67 tahun dan telah di semadikan di kampungnya di Bukit Putus, Semanggol. 

Almarhum Ustaz Abu Bakar Al – Baqir meninggalkan seorang balu iaitu Hajjah Fatimah Abdul Rahman dan seorang anak lelaki serta 3 orang anak perempuan. Di antara anak yang meneruskan perjuangan kentalnya ialah Ustazah Hajjah Naqibah No`ma yang pernah memimpin Dewan Muslimat PAS Negeri Perak dari tahun 1997 – 2003. AL – FATIHAH. Oleh : Khalilul Rahman Bin Abdul Samad Arkib PAS Perak

0 comments:

Post a Comment


Bagi Mereka yang Sedang Mencari Domain Website dan Server.. Atok Cadangkan Pakai Service Server dibawah ni.. Terbaik!!.. Malaysia Web Hosting

Terima Segala Posting Terbaru dari ATOK Melalui Facebook...