Inspira Super Premium dilancarkan Oleh PROTON
Sunday, 26 January 2014
0
comments
Setelah melancarkan Suprima S Super Premium di MITC, Proton telah memperkenalkan sebuah lagi varian Super Premium nya iaitu Proton Inspira Super Premium di Karnival Jualan Proton yang berlangsung di Juru Auto-City, Penang.
Pakej yang ditawarkan untuk Super Premium antaranya rim aloi 18 inci R3 yang ringan, spring dari R3 serta set lengkap kit badan R3. Kehadiran jalur merah di sepanjang bahagian sisi model meneyerlahkan lagi elemen sporty Inspira.
Model Proton Inspira Super Premium dibangunkan dari asas model Inspira 2.0 Premium CVT, mempunyai enjin 2.0 liter dengan 150 kuasakuda dan 197Nm tork.
Dilengkapi dengan ciri-ciri yang tidak kurang hebatnya, namun tiada banyak beza dengan model 2.0P. Paparan multimedia sentuh dengan GPS, lampu hadapan dan pengelap cermin automatik, kemasan dalaman dari kulit, paddle shifter di stereng, butang kawalan cruise antara yang dilengkapi.

Disamping itu, model ini dilengkapi waranti selama tiga tahun atau 100,000km. Agak menarik? Rasa berbaloi? Atau sebaliknya? Kongsikan di ruangan komen. Selamat berhujung minggu!