Tuan Guru Haji Harun Taib Kembali Ke Rahmatullah
Saturday, 25 January 2014
0
comments
Moga Allah merahmati roh beliau dan meletakkan beliau bersama roh para Nabi, Siddiqin, Syuhada dan Solihin. Beliau diantara ulama' yg terunggul di negara kita, kefaqihan dalam agama sudah cukup disegani kawan dan lawan.. Saya bersaksi atas kegigihan beliau dalam menyebarkan dakwah di bumi ini..
Al Fatihah Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat Tuan Guru Dato' Haji Harun Taib, 71, telah kembali kerahmatullah sekitar jam 12.10malam. Allahyarham diamanahkan sebagai Ketua DUPP sejak 1995-2007 & 2009-sekarang juga merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS Pusat dan pernah diamanahkan sebagai Setiausaha Majlis Syura Ulamak PAS Pusat.
Ustaz Harun Taib pernah menjadi ADUN Teluk Pasu pada tahun 1989 setelah menang dlm PRK dan seterusnya sebagai ADUN Manir dari tahun 1990 - 2013. Ustaz Harun Taib juga pernah diamanahkan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Terengganu selama sepenggal sewaktu PAS mentadbir negeri Terengganu pada tahun 1999-2004.
Allahyarham juga merupakan YDP PAS Kawasan Hulu Terengganu sehingga sekarang dan pernah juga diamanahkan sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, To' Puan Ustazah Hajah Fatimah@ Zainab Ibrahim, yang juga mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) (2001-2003) dan mantan Ketua DMPN Terengganu serta beberapa orang cahayamata.
Salah seorang anaknya YB Ustaz Hilmi Harun kini merupakan ADUN Manir sejak PRU 13 lepas.... semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para syuhada.... Al Fatihah
0 comments:
Post a Comment