Zizan Razak Nafikan Bercumbu Dengan Emma Maembong
Tuesday, 21 January 2014
0
comments
Zizan Razak Nafikan Bercumbu Dengan Emma Maembong - Kisah paling hangat rasnya semalam adalah gosip liar yang timbul mengatakan pelawak terkenal, Zizan Razak berkelakuan tidak senonoh atau kata lain bercumbu dengan pelakon jelita, Emma Maembong — yang juga didakwa sebagai kekasih beliau.
Kejadian itu khabarnya belaku ketika pasangan ini sama sama terbang ke Amerika Syarikat untuk satu percutian bersama dengan beberapa orang rakan lain.
Bercakap kepada mStar Online, Zizan Razak menafikan beliau dan Emma Maembong bercumbuan dan bersikap tidak senonoh seperti didakwa dan menganggap gosip yang timbul itu sebagai tidak masuk akal selain menerima ianya sebagai lumrah.
“Pemergian ke Amerika Syarikat bukan kami berdua sahaja tetapi pengurus dan beberapa krew turut ikut. Takkan saya hendak buat perkara macam itu di hadapan mereka semua”
“Isu yang ditimbulkan sebenarnya tiada apa-apa pun dan saya tidak terkejut pun kerana itu adalah lumrah dunia artis,” jelas Zizan Razak yang jelas tidak melatah.
Namun Zizan Razak enggan memberikan komen atau maklum balas bagi pihak Emma Maembong kerana menganggap tiada hak untuk berbuat demikian.
Emma Maembong: Bergurau Dengan Zizan Razak Dan Bukan Bercumbu - Selepas Zizan Razak tampil menafikan gosip mereka bercumbu dalam kapal terbang ketika perjalanan ke Amerika Syarikat baru baru ini, Emma Maembong pula hari ini tampil memberikan kenyataan beliau.
Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Emma Maembong berkata sepanjang perjalanan mereka yang mengambil masa lebih 12 jam dari Kuala Lumpur ke Amerika Syarikat ada masanya beliau tertidur dan kepalanya terlentok ke bahu Zizan.
“Malah, kalau bergurau pun tidak pula sampai tahap bercumbu. Memang ada kami bergurau senda sepanjang penerbangan tetapi Zizan pun ada bergurau dengan Kaka tapi tidak pula keluar cerita”
“Mungkin kebetulan Emma duduk bersebelahan Zizan dan ada pula spekulasi yang kami bercinta sebelum ini, maka orang senang menjatuhkan hukuman,” jelas Emma Maembong.
Emma Maembong turut berkata yang beliau merasa sedih apabila cerita itu dikeluarkan terlebih dahulu tanpa bertanyakan apa apa kepada dirinya atau Zizan Razak sendiri — tetapi seperti teman lelakinya, beliau juga tidak melatah akan isu ini. Eh
Why !!! Why!!! Why Zizan ... :( ... Oh.. Atok lagi Hensem lah Emma :(
0 comments:
Post a Comment