Jatuh Talak 3 kerana WIFI? WTHeck !!

Posted by Admin2u Monday 3 February 2014 0 comments
SELALU disebut orang, wanita lebih setia berbanding lelaki. Betulkah? Sama seperti dalam banyak hal yang lain, walaupun mungkin benar wanita lebih setia dalam percintaan tetapi pastinya bukan seratus peratus. Cuma daripada pemerhatian rambang, wanita sering dianggap lebih setia.

Tengoklah pada kawan-kawan kita, saudara mara kita, berapa ramai wanita yang terus hidup sendiri, tidak cari pengganti selepas kematian suami. Tidak. Saya tidaklah sampai mengatakan mereka yang berkahwin lagi itu sebagai tidak setia. Itu soal jodoh dan juga ada sebab-sebab yang lain.

Islam dan budaya kita pun tidak menghalang sesiapa juga untuk berkahwin kali kedua, ketiga atau ke berapa sekalipun setelah habis tempoh iddahnya. Ini sekadar perbandingan mudah dalam konteks setia cinta antara lelaki dengan wanita.

Dan kita lihatlah pula bagaimana lelaki yang berhadapan situasi serupa. Berapa ramai yang kekal hidup menyendiri selepas kematian isteri atas alasan tidak sanggup untuk menduakan si dia yang sudah pergi dan hati menolak kehadiran orang baru untuk bergelar pengganti. 

Banyak yang saya jumpa untuk tempoh seminggu atau dua tiga minggu pertama, sedih hibanya tidak terkata. Lepas sebulan, akan disebut-sebut, kawan-kawan di surau , di pejabat sudah bertanya, “bila nak cari pengganti?”

Beberapa hari kemudian, keluarlah status baru: “hidup mesti diteruskan ...” Masuk bulan kedua, bukan setakat status Facebook, status diri pun sudah baharu, ‘kalau dah jodoh ...!’

Itulah yang kita biasa perhatikan walaupun bukanlah maknanya semua lelaki demikian. Pada zaman dahulu, dicipta orang perumpamaan untuk menggambarkan mereka yang cepat bertemu jodoh baharu selepas kematian pasangan iaitu ‘tanah kubur masih lagi merah ...’

Itu zaman dahulu. Zaman sekarang lain pula. Seiring dengan perkembangan teknologi, diciptakan pula perumpamaan baharu. Untuk menggambarkan betapa wanita lebih setia berbanding lelaki, hati mereka diumpamakan seperti wifi. Wifi seperti yang kita tahu hanya boleh diakses oleh yang memiliki kata laluan atau password sahaja.

Ini khusus kepada yang diiktiraf sebagai pasangan sahaja, sama ada suami atau kekasih yang sejati.

Manakala hati lelaki pula, kononnya diumpamakan dengan aplikasi ‘bluetooth’. ‘Bluetooth’ seperti yang kita tahu apabila berdekatan, akan ‘connect’ sebaliknya tatkala berjauhan, ia akan ‘try to search a new device’ atau cuba mencari pasangan baharu.

Betulkah begitu? Seperti yang saya nyatakan di atas tadi, penilaian terhadap hal-hal yang semacam ini tidak akan ada yang seratus peratus betul atau seratus peratus sama. Ianya adalah pada diri masing-masing. Sendiri tanya, sendiri juga yang kena jawab!

Ada pun berkaitan dengan wifi, satu lagi kisah yang walaupun bunyinya sekadar olok-olokan tetapi elok juga dijadikan peringatan.

Dikisahkan daripada seorang peguam yang menyampaikan cerita ini kepada saya bahawa seorang suami yang panas baran menerima SMS daripada bekas jirannya yang baru berpindah.

Dalam SMS itu, pemuda bekas jirannya itu meminta maaf kerana katanya selama mereka tinggal berdekatan, dia sudah beberapa kali curi guna 'wife' lelaki itu.

“Saya minta maaf sebab saya tahu saya berdosa kepada tuan kerana guna ‘wife’ tuan tanpa kebenaran,” demikian pengakuan pemuda berkenaan.

Lelaki itu pula yang tanpa usul periksa balik ke rumah terus mengamuk lalu menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus.

Tidak lama kemudian, dia terima satu lagi SMS daripada bekas jirannya itu: “Minta maaf tuan, bukan wife tapi wifi. Salah ejaan.”

Ya, cerita ini mungkin sekadar rekaan walaupun ada juga komen rakan-rakan yang mengaku pernah dengar cerita yang hampir sama atau seumpamanya bahawa hal yang seperti itu pernah berlaku secara realiti. Apa pun bagi saya, ia baik untuk kita jadikan peringatan.

Orang yang panas baran mudah hilang pertimbangan dan dalam keadaan hilang pertimbangan apa-apa yang tidak logik, tidak munasabah pun boleh berlaku tatkala kerasukan. Jadi waspadalah.

Berdoa pada ALLAH minta perlindungan daripada hasutan syaitan pada setiap masa kita. Jangan sampai nasi jadi bubur apa lagi yang berkaitan dengan talak.

MUHAMAD MAT YAKIM

Sembelih Anak, Bapa Mengaku dlm Keadaan Sedar

Posted by Admin2u 0 comments
Sedar Ketika Sembelih Anak
Saya sedar ketika saya menyembelih anak saya. Dan sebelum ini saya pernah mengelar anak perempuan saya sebanyak dua kali. Itulah pengakuan dari bapa yang menyembelih anaknya di Bangi pada hari Khamis lepas. Ya Allah kenapa jadi macam ni?

Punca Sembelih Anak
Jadi apa sebenarnya punca lelaki ini bertindak menyembelih anaknya? Yang pasti lelaki ini tidak ada rekod perubatan yang menyatakan bahawa dia sakit mental. Ujian dadah juga menunjukkan bahawa dia tidak mengambil apa-apa dadah. Dan dia juga tidak merokok.

Cuma menurut salah seorang anggota polis yang menjaga suspek, lelaki itu cuma berkata dia berasa tidak bermaya dan tidak tahu mengapa dia melakukannya. Dia seolah-olah tidak ada sebarang perasaan...Hmmmm....Memang kritikal ni. Mintak dijauhkan Allah.

p/s: Apa-apa pun punca sebenar hanya akan diketahui apabila pendakwaan ke atas beliau dilakukan di mahkamah kelak. Beliau kini ditahan reman sehingga 6 Feb untuk siasatan.

Persona SV Atlantic Blue??

Posted by Admin2u Sunday 2 February 2014 0 comments
Assalamulaikum | Mungkin antara kita tak pernah tengok Persona SV warna Biru mcm ni kan? Cantik lah pulak :) ... PROTON PERSONA SV 1.6 AT (AUTO)

Car Make: Proton, Car Model: Persona SV
Car Variant: SV 1.6 AT (Auto), Year Manufactured: 2014
Mileage: 0 - 4,999 km, Transmission: Automatic
Engine Capacity: 1.6L, Body Type: Sedan

Pilihan Warna : 
Fire Red, Black, Atlantic Blue, Bronze Garnet, Silver & Solid White

Berikut apa yang ada pada persona SV.. Features:

ABS (Antilock Brake System), AUX / USB Input, Airbags, CD Player, Car Alarm, Central Locking, Immobiliser, Keyless Entry & Start, Manufacturer Warranty, Multi-function Steering, Parking Assist / Sensor, Power Steering, Power Windows.









Pasangan Keluarga dan 4 Orang Anak Tidur Tidak Berumah??

Posted by Admin2u 0 comments
Assalamualaikum | Cakna Rakyat.. Hari ni dikecohkan lagi satu isu yang dikatakan rata-rata menyalahkan badan2 kebajikan yang ada di Malaysia... 

Dakwah Sukarelawan menemui Pasangan Ibu Bapa yang mempunyai 4 org anak yang terbiar tidur di kaki lima pada pkul 1.30 pagi spt mana kenyataan print screen dibawah... 

Dimana silapnya?? dimana badan2 pemantau untuk rakyat2 ini?? 

Spt mana kita tahu Malaysia mempunyai badan Zakat apakah mereka tidak melihat ini semua?? Setiap tahun kita dengar jutaan ringgit yg di pungut setiap tahun oleh badan2 kebajikan ini.. Dimana duit2 tu pergi??

Kita dengar pekara ni bukan hari ni dan bukan sekali ni.. dah mcm2 kisah yang telah di bangkit sblum ini melibatkan Badan Zakat... di mana silap sebnarnya?


MAS Menjawab Isu Nasi Lemak Telanjang

Posted by Admin2u 0 comments
Kejadian chef wan mengupload gambar dan caption Nasi Lemak MAS Telanjang dengan bahan2nya mengundang banyak kesan dan menjadi trending dunia seharini.

Sehubungan kejadian demikian, pihak MAS telah menjawap isu ini dan memberikan jawapan kepada ASTROAWANI.

"Malaysia Airlines ingin berterima kasih kepada Chef Wan atas komen beliau tentang nasi lemak yang dihidangkan dalam kelas ekonomi dalam penerbangan ke Bangkok.
Kami menghargai segala maklum balas dan akan mengambil tindakan segera untuk mempertingkatkan mutu makanan di dalam penerbangan kami," kata Malaysia Airlines diambil
dari web astroawani.

Lelaki Parah dihempap Wanita Jatuh Bangunan

Posted by Admin2u 0 comments
Beijing: Seorang ahli perniagaan China bertarung untuk hidup selepas seorang wanita menghempapnya setelah mangsa terjatuh dari tingkat lima sebuah pusat beli-belah.

Yu Li, 42, pergi membeli-belah bersama tiga anak lelakinya di pusat beli-belah di Changsa, Hunan sebelum kepalanya dihempap wanita itu yang terjatuh dari tingkat lima. Yu pergi ke pusat beli-belah itu untuk membeli hadiah Tahun Baru Cina bagi anak lelakinya.
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, Yu berjalan menuju ke tangga bergerak. Wanita itu mati serta-merta, manakala Yu cedera parah. “Pihak hospital memaklumkan keadaan Yu kritikal dan tidak diketahui sama ada dia akan hidup,” katanya.

Isteri Yu yang dikenali sebagai Yan memberitahu akhbar tempatan, suaminya sudah berjanji sejak seminggu lalu untuk membawa anak lelaki mereka ke pusat beli-belah. 

Yan berkata, ketika polis menghubunginya agar mengambil anak lelakinya kerana suaminya cedera, dia menyangka ia gurauan. Akhbar tempatan turut menyiarkan gambar kedua-dua mangsa terbaring di lantai selepas kejadian itu.

Anak lelaki Yu tidak cedera tetapi terkejut dengan apa yang berlaku turut diberikan rawatan sebelum diserahkan kepada ibunya. - Agensi

Kelebihan Kangkung untuk Kesihatan

Posted by Admin2u 0 comments
Assalammualaikum | Bukan main kecoh lagi orang dok update pasal kangkung kangkung kangkung sampai Nina pon terikut-ikut trend kangkung tu .. Haha .. Sebenarnya ada khasiat disebalik sayur kangkung ni selain diturunkan harga .. Nah tahu? Meh baca sampai habis ..

Mengurangkan haid
Bahan: 1/2kg daun kangkung segar. Pemakaian: Daun kangkung dicuci, tumbuk halus. Lalu, tuangkan air 1/2 gelas, berikutnya saring dan tuangkan 1 sendok makan madu. Minum 1 kali sehari sekaligus.

Panas Dalaman
Bahan: Seikat daun kangkung segar. Pemakaian: Daun kangkung dicuci, tumbuk halus. Tambahkan sedikit gula, seduh dengan segelas air panas. Setelah dingin, saring, minum 2 kali sehari.

Sakit Kepala
Bahan: Seikat daun kangkung segar. Pemakaian: Daun segar direbus dengan 2 gelas air hingga 1 gelas. Minum air hasil rebusan.

Buasir
Bahan: Segenggam akar kangkung. Pemakaian: Akar kangkung dicuci, rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa setengahnya. Setelah dingin, minum 2 x 1/2 gelas.

Insomnia
Bahan: Daun kangkung. Pemakaian: Sering-sering makan tumis kangkung tanpa batang.

Cara Mudah Memahami Proses Harta Pusaka

Posted by Admin2u 0 comments
Assalammualaikum | Pasti ramai yang pening kepala tergaru-garu walaupun tak gatal terpikir-pikir macam mana nak uruskan harta pusaka arwah ahli keluarga kita kan ? Mesti ramai yang fikir susah, leceh, kena keluar duit, takde masa, penat, sibuk dan macam-macam lagi .. Sebenarnya prosesnya taklah sesukar yang disangka ..

Meh Nina tunjukkan step by step bagi menyenangkan lagi proses anda so tak perlu nak berlari kesana kemari sampai timbulnye kes penipuan .. Yelah, ini berkaitan dengan harta .. Tapi apa yang Nina kongsikan ni hanya perkara yang perlu anda buat dan sediakan bagi menyenangkan proses faraid itu berlangsung, anda tak perlu lagi nak kelam kabut mencari dokumen dan blur tak tahu ape nak buat dan blur tak tahu nak kemana ..

Step 1 :
- Sediakan 2 salinan Kad Pengenalan anda, ibu, ayah, suami/isteri dan anak (jika arwah sudah berkahwin dan mempunyai anak) dan adik beradik (jika arwah belum berkahwin) , geran tanah, kereta, motor atau rumah (apa-apa sahaja harta arwah yang perlu ditukar nama atau dipindah milik) serta sijil kematian arwah ..

Step 2 :
- Pergi ke mana-mana pejabat PEGUAM SYARIE yang berdekatan dan katakan pada kerani/peguam yang bertugas, anda mahu memfailkan kes faraid .. Dan berikan dokumen Step 1 diatas kepada kerani/peguam dan sertakan bayaran pemfailan .. Nina tak boleh confirmkan bayaran sebab bayaran bergantung pada firma guaman dan daerah di tempat kediaman anda .. 
Step 3 :
- Anda akan mendaapat paggilan dari pejabat guaman untuk mengambil dokumen permohonan faraid dan seterusnya bawa dokumen tersebut ke MAHKAMAH SYARIAH untuk melakukan proses pendaftaran kes dan melakukan pembayaran kepada mahkamah .. 

Dan pihak mahkamah akan memberikan tarikh kepada anda untuk SEBUTAN / BICARA bagi proses faraid .. Kehadiran anda pada tarikh tersebut adalahWAJIB .. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan tarikh yang telah ditetapkan oleh mahkamah anda boleh meminta mahkamah untuk menunda kepada tarikh yang lain ..

Step 4 :
- Setelah selesai kes SEBUTAN / BICARA tersebut, pihak mahkamah akan mengeluarkan SIJIL PERINTAHkepada anda dan dengan PERINTAH tersebut anda boleh membahagikan atau menukar nama di pejabat tanah, amanahraya atau sebagainya yang berkaitan dengan harta arwah sama seperti yang telah tertulis di dalam PERINTAH tersebut..

Perkhidmatan guaman boleh dilakukan bagi menyenangkan anda supaya anda tidak perlu menyusahkan diri untuk melakukan pemprosesan tersebut sendirian kerana semuanya akan dilakukan oleh peguam syarie yang telah anda lantik dan segalanya akan menjadi mudah dan peguam syarie akan melakukan proses tersebut dari mula sehingga harta tersebut berjaya dipindah milik dan ditukar keatas nama waris .. Tetapi jika anda tidak mahu menggunakan khidmat guaman pun boleh juga, bezanya anda perlu bergerak dengan sendiri ..

Jangan dibiarkan sahaja harta arwah tersebut beku (tidak diuruskan) kerana suatu hari nanti ianya pasti akan menyusahkan anda kembali akibat terjadinya pembekuan harta setelah berlaku kematian berlapis-lapis yang tidak duiruskan .

Sumber Dan Idea Asal : Nieyna Zainal

20 Ciri-Ciri Lelaki Idaman Wanita Kini

Posted by Admin2u 0 comments
Pasti lelaki tertanya-tanya camne la ciri-ciri lelaki idaman wanita ni .. 

Teringin nak jadi idaman wanita? Wanita pun sama nak juga jadi wanita idaman lelaki .. hikhik .. Meh Nina senaraikan ciri lelaki idaman ..
  1. Bertanggungjawab - Perkara utama yang menjadi keutamaan bagi wanita adalah bertanggungjawab. Ianya menjadi perkara asas dalam hubungan lelaki-wanita yang mampu memikat hati wanita kerana sifat anda itu.
  2. Bersikap terbuka - Bersikap terbuka bukan bererti anda merelakan mereka bergaul bebas dengan lelaki lain tetapi bersikap terbuka dalam menerima pandangannya dan cadangannya menjadi anda bersikap seperti "profesional".
  3. Jangan bersikap terlalu berahsia - Wanita mengharapkan lelaki yang dimilikinya tidak menyimpan terlalu banyak rahsia. Baginya apabila mereka sudah memiliki kamu, maka kamu adalah milik kamu sepenuhnya dan rahsia kamu bukan menjadi rahsia lagi.
  4. Jujur - Sifat biasa yang dikehendaki oleh setiap orang adalah jujur. Jujur pada setiap tindakan dan tingkahlaku walaupun kamu berjauhan darinya.
  5. Baik Hati - Baik hati adalah perkara biasa yang kita dengari dan menjadi syarat kebiasaannya bakal "mak mertua". Sifat baik hati akan menjelaskan segala-galanya tentang diri kamu yang sebenar dan ia menutup sifat hipokrit yang ada pada kamu.
  6. Bukan Seorang yang panas baran - Tentunya lelaki jenis ini amat dibenci oleh wanita kerana mereka perlukan seorang yang mampu membuatnya selamat dan tenang dan bukannya seorang yang paling mengancam nyawanya.
  7. Penyayang - Sifat penyanyang membuatnya mereka selesa ketika bersama kamu dan jaminan kamu akan menyayangi bakal anak-anak kamu. Tetapi awas jangan tunjuk sifat penyayang kamu secara berlebihan kerana ia akan membuatkan kamu dilabel seorang yang gatal!
  8. Prihatin - Memiliki sifat prihatin membuatkan kamu sentiasa mengambil tahu tentang dirinya. Ianya membuat kamu sering memenangi "First Man Win" kerana kamu sentiasa menjadi lelaki pertama yang menghulurkan bantuan kepadanya.
  9. Tidak Sombong/Tidak angkuh - Kelebihan yang ada pada kamu adalah anugerah dan jika kamu sentiasa mengharap pujian sehingga menimbulkan perasaan angkuh dan bongkak menjadikan kamu seorang pantang dipuji. Berhemah dalam menerima pujian pastinya kamu dianggap merendah diri dengan kelebihan yang dimiliki oleh kamu.
  10. Beriman - Sifat yang paling penting bagi seorang lelaki terutamanya bagi orang muslim adalah beriman. Ciri-ciri ini memuatkan lelaki dipandang tinggi, dihormati dan lelaki soleh paling dikehendaki.
  11. Menghiburkan - Berlawak jenaka dan memiliki sifat melucukan membuat kamu sentiasa membuatnya ketawa. Setiap kali bersama kamu suasana pasti ceria dan ia akan membuatkan kamu sentiasa diingati.
  12. Bukan Mata Keranjang - Lelaki bermata keranjang membuatkan wanita tidak selesa. Kedudukannya terancam walaupun kadangkala bukan niat kamu sebenarnya. Melihat wanita lain membuatkan mereka merasakan mereka bukan pilihan terbaik kamu.
  13. Bukan Playboy - Tentunya ciri-ciri yang dimahukan oleh wanita adalah bukan jenis kasanova dan playboy. . Jika anda mempunyai sifat playboy kamu akan membuatkan mereka merasakan bahawa mereka bakal dimadukan kelak.
  14. Dapat menerima kritikan - Sekiranya kamu membuat kesalahan mereka mengharapkan kamu bersedia menerima teguran dan kritikan untuk kamu membetulkan segala kesalahan kamu. Jangan ego dan angkuh dengan kesilapan kamu.
  15. Terima Pasangan Seadanya - Menerima mereka seadanya walaupun kurang dan lebihnya mereka adalah jalan terakhir untuk kamu dipilih sebagai calon suaminya.
  16. Hormat Ibubapa dan keluarga - Sebelum kamu melamarnya, kamu perlu berjumpa kedua ibubapanya dan disitulah kamu diuji sebelum mereka meluluskan bahawa kamu calon menantu pilihannya. Baginya jika kamu memilikinya maka kamu perlu menerima kehadiran kedua ibubapanya dalam hidup kamu.
  17. Rajin - Sifat yang menambahkan kualiti kamu adalah sifat rajin. Jika kamu jenis yang suka membantu maka sedikit sebanyak kamu akan mendapat kredit daripada orang-orang disekelilingnya. Tentunya reputasi kamu akan meningkat.
  18. Berjiwa Lembut - Berjiwa lembut bukan bermakna anda perlu berpewatakan lembut. Memiliki jiwa yang lembut membuatkan kamu lebih memahami, menyayangi, mengasihi dan sebagainya.
  19. Menjadi pendidik yang bagus - Jika anda mampu membawa perubahan kepadanya kearah yang lebih baik maka anda juga mendapat tempat untuk menjadi suami dihatinya. Baginya suami adalah pendidik, pembimbing kepada isterinya. Apabila mereka mula serius dengan anda, tentunya pilihan No.19 menjadi amat penting.
  20. Tak "Handsome" pun tidak mengapa - Baginya rupa paras bukan menjadi keutamaan sekiranya anda memiliki 19 ciri-ciri diatas anda tetap akan menjadi pilihannya. Bak kata pepatah "Rasa sedap durian bukan dari bentuk kulitnya tetapi isinya yang ranum".
Ciri-ciri diatas adalah ciri-ciri lelaki yang menjadi "idaman" wanita. Walaupun kadangkala wanita tidak dapat memiliki lelaki seperti yang diharapkan, semoga lelaki menyedari apa yang dimahukan oleh wanita dalam diri seorang lelaki.


Kamera Intip dalam Tandas Hospital ?

Posted by Admin2u 0 comments
Kuantan: Tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang meletakkan tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 sentimeter di tandas kakitangan wanita Hospital Bentong, baru-baru ini, berkemungkinan didalangi orang dalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, tandas berkenaan yang berada di bahagian unit rawatan kecemasan hanya boleh digunakan oleh kakitangan hospital saja malah orang awam tidak dibenarkan sama sekali memasukinya bagi mengelak kesesakan atau mengganggu privasi doktor atau jururawat yang bertugas.

Katanya, perbuatan meletakkan kamera di bawah sinki dan berbentuk penyangkut baju disedari apabila seorang kakitangan wanita hospital ternampak cahaya merah seolah-olah sedang merakam gambar.

“Kita tidak menolak ada pembabitan daripada orang dalam berikutan tandas itu hanya boleh digunakan oleh kakitangan wanita saja manakala orang awam tidak dibenarkan.


“Kami menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terperinci dan sekiranya didapati ada kakitangan hospital berkenaan terbabit, pihak kami akan mengambil tindakan tegas,” katanya, ketika dihubungi di sini, semalam.

Sebelum ini, seorang kakitangan hospital berkenaan menjumpai tiga kamera tersembunyi berbentuk penyangkut baju dan kotak hitam berukuran kira-kira 10 Sentimeter di tandas kakitangan wanita sekali gus mengundang pelbagai persoalan masyarakat seterusnya menjadi perbualan hangat di laman sosial.

Antara pihak yang menyebarkan perkara itu adalah badan pemantau jenayah, MyWatch, menerusi twitternya turut berkongsi gambar yang dimuat naik seorang individu dipercayai kakitangan hospital itu menerusi akaun Facebooknya.

Gempa Bumi Rendah Landa Ranau Sabah.

Posted by Admin2u Saturday 1 February 2014 0 comments

KUALA LUMPUR - Gempa bumi lemah berukuran 4.8 pada skala Richter berlaku kira-kira 16km timur laut Ranau, Sabah pada 7.35 malam ini. 

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan berkata pusat gempa terletak di 6.1 darjah utara dan 116.8 darjah timur, dan gegaran dilaporkan dirasai berhampiran Ranau.
Di KOTA KINABALU, Ketua Polis Daerah Ranau Deputi Superintendan Abdul Rahman Kassim berkata gegaran berkenaan dirasai di daerah itu, tetapi tidak mengundang panik dalam kalangan penduduk.

"Gegaran sangat lemah. Rasa (gegaran) sikit sahaja dan berlaku dalam lima saat. Setakat ini, pihak polis daerah tidak menerima sebarang laporan daripada orang awam mengenai gegaran itu," katanya. - Bernama

Ajai Nafi Bina Hidung Baruuuuu...

Posted by Admin2u 0 comments
Ajai Nafi Bina Hudung...

Kuala Lumpur: “Saya buat pembedahan hidung bukan sebab obses dengan kecantikan tapi atas dasar kesihatan,” jelas komposer dan penyanyi, Ajai mengenai dakwaan dia melakukan pembedahan hidung untuk kelihatan lebih mancung dan menarik.

Penyanyi yang kini popular dengan lagu Aduh itu dikatakan melakukan pembedahan meletakkan batang hidung baru di sebuah hospital swasta baru-baru ini bagi menyerlahkan lagi bahagian hidungnya.

Ketika ditemui di Balai Berita semalam, Ajai atau nama sebenarnya Mohd Faizal Maas, 40, berkata, desas-desus itu tidak benar kerana pada hakikatnya pembedahan itu terpaksa dilakukan kerana masalah sinus kronik yang dialaminya beberapa bulan lalu.

“Bukan saya buat hidung baru tapi pembedahan itu dilakukan sebab saya memang sakit. Sinus saya bertambah teruk dan menjangkiti bahagian telinga kiri dan batang hidung saya.

“Bayangkan, akibatnya bahagian batang hidung saya terpaksa dibuang dan digantikan dengan batang palsu. Atas nasihat doktor, kalau saya tak buat, ia akan menjejaskan pendengaran saya"

SEBELUM

SELEPAS

Atok: Lantok ko lah Jai... Ada Atok Kisah? .. Tapi thanks kerana memenuhi Ruang Blog Atok... Adios..


"Nasi Lemak MAS Telanjang??", Chef Wan

Posted by Admin2u 0 comments
SIAPA yang tak kenal chef selebriti terkemuka Malaysia, Chef Wan?

Bukan sahaja ‘otai’ dalam bidang masakan, malah namanya sudah berdiri setanding dengan chef-chef terkemuka antarabangsa.

Baru-baru ini, Chef Wan yang menaiki penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok, Thailand meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap nasi lemak yang dihidangkan dalam pesawat milik Malaysia Airlines (MAS). Menggelarnya sebagai ‘telanjang’.

Dia kesal kerana menu tersebut kelihatan tidak sempurna tanpa timun, kacang dan ikan bilis. Menerusi gambar yang dimuatnaik di akaun Instagramnya, nasi lemak tersebut hanya dihidangkan bersama sambal dan telur rebus sahaja. Baginya, ia secara tidak langsung memberi gambaran negatif pada orang luar yang tidak pernah melihat nasi lemak yang sebenar sebelum ini.

Berikut merupakan ‘caption’ penuh yang ditulisnya:

“I flew on economy to Bangkok thinking its such a short trip and so early pulak tu pasti i will close my eye and have a short nap tak payah lah membazir duit naik business class. 

This Sad looking Nasi Lemak from MAS for sarapan sungguh memeranjat kan.. The fact that its our national career and we dont take pride in providing our so call most famous Malaysian breakfast that kita agong2 kan bangga serata dunia and to show case this on international flight without the proper timun and kacang serta ikan bilis nampak macam miskin sangat sarapan Malaysia ini.

Kita orang Malaysia sudah pasti la tahu akan quality Nasi lemak serta pilihan lauk2 that goes along with it but hey….what about all that international travellers. Seriously i feel sad that our Msian Breakfast can suffer its own image so misleading to the point where i felt the need for them to realised how serious this can be.

Why la so much in consistency when it come to serving This dish at various destinations? Why my flight ticket cost me rm850 tu maka its not business class enough ke that i am serve Nasi and Sambal with telor that make my breakfast so mcm ” Telanjang la” Come on la Mas tak kan kita nak selalu membebel pasal simple basic thing of serving the country national heritage food and dah macam pahat serta pemukul?

Why sent letters to act on my complain and appology and then repeat back the same mistake? Hello am i being to difficult here or being sensible to request for a normal Nasi Lemak?”

Sejujurnya, penulis bersetuju dengan kata-kata Chef Wan itu. Setakat timun dan ikan bilis, berapa sangatlah jika dibandingkan dengan harga tiket yang sudah dibayar?

Sebelum ini, Chef Wan pernah menegur sebuah restoran di hotel lima bintang kerana menggunakan resepi yang kurang tepat untuk Laksa Nyonya.

Dia yang juga Duta Pelancongan Makanan Malaysia berkata, kesilapan resepi akan memberi imej buruk pada industri pelancongan di negara ini.

Sumber: Ceritera Kini

Jom Fahami Makna disebalik Gelak Cyber.. Haha dan sebagainya...

Posted by Admin2u 0 comments
Bila berborak di alam maya ni, kita kan lihat pelbagai cara ketawa yang dipapar menerusi perkataan yang ditaip, dan ianya perlu kene dengan situasi. Kalau tak ia hanya akan mencacatkan perbualan dan org lain akan merasai kejanggalan. 

Di bawah ini terdapat beberapa panduan Jenis-jenis ketawa untuk cucu Atok praktikan dlm perbualan elektronik harian cucu sekalian. Supaya Atok dan yang lain boleh faham apa makna ketawa cucu sekalian agar tidak menjadi salah faham dan menyebabkan pergaduhan... :)

Heh...
Untuk pekara yang agak sini, Contohnya, "Bila Akak nak bayar hutang saya?? Padahan Nampak je akak blei henphoen baru. Heh?"

Heee...
Untuk menunjukkan ekspreasi sedang berGumbira. Kalau tak letak pun tak apa, Tak ada makna sangat.. "At Last dpt jugak beli Ipad 3 ni!! Heee..."

Hehe.. / Hihi...
Untuk pekara yang biasa jer.. Kiranya kalau tak letak pun tak apa. Tapi kalau borak dengan perempauna, wajib letak. Kalau tidak, akan disalah sangka kita tengah marah. Contohnya, "Awak buat apa tu? Hehe... "

Hehehe.. / Keh Keh Keh... 
Untuk situasi mengatal/ bernakalan atau sitausi rasa malu dengan kebodohan diri sendir. Contohnya, " Nak nombor tipon boleh? hehehe... " atau  " Alamak, Salah orang rupanya hehehe... "

Hoho.. / Hohoho... / Koh Koh Koh...
Untuk pekara yang membanggakan. Contohnya, "Hoho, Pendapatan Onlien Bulan ni Gueh RM50K. Alhamdulillah" (bersyukur dalam Riak).

Haha....
Untuk pekara yang kekadang biasa biasa. Kekadang mcam kelakar, Tapi tak kelakar sgt pun... Contohnya,"Takde, Takde ! Ko Jugak yang kene belanja Aku Esok haha... "

Hahaha....
Untuk pekara yang memang kelakar.. Conthnya, "Kenapa ko menggigil-gigil present depan kelas tadi weh? Hahaha...."

HAHAHA../ Kah Kah Kah.. 
Untuk pekara yang amat kelakar... Contohnya, "HAHAHA... Muka ko memang ada Iras-iras Menteri Kangkung Kebiruan doh". (Maaf Atok Tidak bermaksud Apa2.. If Terasa tu sendiri ingat)

LOL..
Biasanya digunakan oleh mansuai yang jenis membosankan dan tidak ada perasaan. Mungkin juga terlalu taksub dengna meme komic. Ada jugak yang mengunakannya utk situasi gelak sini dalam mood serious. Contohnya, "Muka you memang cun sngat , Macam Muka Menteri Udang LOL" (Maaf Atok Tidak bermaksud Apa2.. If Terasa tu sendiri ingat)

Wkwkwkwk.. Ckckck.. (Ni natang ape nih? Atok tak pernah pakai pun)
Gelak ini biasanya digunakan oleh orang Indonesia, tapi dah mula menular ke Malaysia. Contohnya, "Rambutnya Kok Kayak Penyapu.. Wkwkwkwkww!"

(Maaf.. Gambar Selingan sahaja...Jgn Tiru Aksi spt ini.. Tolong Tutup mulut bila gelak..dan pastikan Bunyinya tidak melebih 5dB)

Bangsa Melayu Minta Sedekah pada Rumah Ibadat Lain ?

Posted by Admin2u 0 comments
ALOR SETAR - Gara-gara kesesakan pelik, sekali gus mencurigakan! Niat melakukan tinjauan Sambutan Tahun Baru Cina terbantut, apabila Sinar Harian menyaksikan lebih 100 orang berbagai bangsa berkumpul di sekitar rumah ibadat di Simpang Kuala, dekat sini, semalam.

Rupa-rupanya, golongan tertentu dipercayai pengemis, gelandangan, orang miskin, peminta sedekah dan bangsa asing ini berkumpul menantikan pemberian wang angpau dilakukan di hadapan rumah ibadat terbabit.

Sungguh menyedihkan, apabila segelintirnya berkerusi roda sambil membawa satu bekas minuman kosong, malah ada juga yang berpakaian lusuh sambil membawa anak kecil duduk di atas tikar mengkuang.

Penduduk tempatan yang hanya ingin dikenali sebagai Kak Noridah, 40, berkata, dia bersama beberapa penduduk tempatan menyaksikan golongan terbabit dipercayai sudah berkumpul di sekitar rumah ibadat terbabit sejak malam 30 Januari lagi.

“Golongan terbabit bukannya bersembahyang di dalam rumah ibadat berkenaan, sebaliknya menunggu pemberian wang angpau. Tak kira umur, bangsa mahupun jantina semuanya ada. Peliknya, majoritinya dilihat adalah berbangsa Melayu"

“Entah datang dari mana sebahagiannya, sebab ada segelintir dilihat bukan penduduk tempatan. Bayangkan, kalau dari malam semalam (kelmarin) mereka sudah berkumpul di kiri kanan laluan ini, jadi di mana mereka tidur,” katanya.

Nah.. Bila org Melayu Mintak bantuan pada Ugama Lain... dan terpengaruh dgn kebaikan ugama lain... Ada Pendekar Melayu Marah2... Bila nak mintak bantuan pada org Melayu itu sendiri.. Banyak cekadaknya... So mana Pendekar2 Melayu yang dok pertahankan Melayu selama ini pergi???

Lantas, Sinar Harian turut duduk bersama segelintir golongan terbabit lebih kurang 30 minit untuk mengetahui keadaan sebenarnya dengan lebih lanjut, sambil menyamar sebagai peminta sedekah.

“Kalau, adik nak duit. Adik duduklah di jalan bertentangan mak cik. Bahagian sini, kami dapat beras. Sumbangan diperoleh sedikit sebanyak meringankan beban kami,” katanya ketika ditanya tujuan mereka berkumpul.

Bagaimanapun, sepasang suami isteri yang sempat diajak berbual berkata, pemberian wang kepada peminta sedekah yang berkumpul di hadapan rumah ibadat terbabit bertujuan amal.

“Aktiviti memberi wang angpau dilakukan setahun sekali bersempena Tahun Baru Cina. Ia dianggap sebagai kerja amal demi membantu mereka yang memerlukan,” katanya.

Katanya, sesiapa yang berkemampuan akan memberi wang kepada golongan tertentu yang berkumpul di kawasan berkenaan selepas keluar bersembahyang dari rumah ibadat terbabit.

Menurutnya, dia sekeluarga turut menghulurkan sedikit wang derma, namun hanya buat mereka yang tidak larat dan cacat sahaja kerana kebanyakannya dilihat masih mampu bekerja.

Sumber Sinar Harian.

Anak Pasangan Malaysia di Sweden Selamat Pulang

Posted by Admin2u 0 comments
SEPANG - "Kami berasa sungguh gembira berada di sini, kami masih belum tahu ke mana kami mahu pergi selepas ini," kata Aishah Azizul Raheem, anak sulung pasangan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Sweden.

Itu reaksinya ketika ditanya perasaannya dan tiga adiknya sebaik tiba di tanah air. Aishah, 14, dan adik-adiknya Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, tiba kira-kira 7.04 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini dari Stockholm menaiki pesawat Malaysia Airlines.

Keempat-empat beradik itu ditemani Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, seorang pegawai khas beliau serta seorang saudara keluarga itu.

Bapa mereka Azizul Raheem Awalludin, pegawai Tourism Malaysia dan ibu mereka Shalwati Norshal, guru yang bercuti tanpa gaji, masih direman pihak berkuasa Sweden selepas ditahan pada 18 Disember lepas kerana didakwa memukul tangan seorang daripada anak lelaki mereka yang enggan solat.

Empat beradik itu kemudiannya dibawa untuk bertemu isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor di kediamannya di Jalan Duta, Kuala Lumpur pagi ini.

Dua hari lepas, empat beradik itu diserahkan kepada Kedutaan Malaysia di Stockholm oleh pihak berkuasa Sweden dalam satu majlis di pejabat kedutaan dan kemudian diserah kepada seorang pegawai kedutaan yang merupakan keluarga angkat Islam Malaysia baharu mereka.

Sebelum ini, empat beradik itu ditempatkan bersama keluarga angkat bukan Islam berikutan penahanan ibu dan bapa mereka. Tahanan reman Azizul Raheem dan Shalwati telah dilanjutkan tiga kali sejak mereka ditahan pada 18 Dis lepas.

Tiada had penahanan reman di Sweden. - Bernama

Kenapa Tidak Boleh Upload Atau Siarkan Gambar Bayi?

Posted by Admin2u 0 comments
Perlu kita fahami, bayi yang berumur kurang dari 40 hari berisiko kepada 4 keadaan, 2 keadaan permasalahan rohani, 2 keadaan permasalahan fizikal. Bagi permasalahan rohani, melibatkan Ain dan Ummu Sibyan.

Sang faqir garistebalkan pada posting kali ini adalah permasalahan rohani, iaitu Ain dan Ummu Sibyan.

Ummu Sibyan adalah dari kalangan kaum jin yang gemar mendengar tangisan anak-anak kecil terutamanya bayi, maka bagi mengelakkan gangguan ummu sibyan ini, maka Sayyiduna RasulILLAHi SallALLAHu Alaihi Wassalam telah memberi panduan , antaranya:

“Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit)- (Riwayat al-Baihaqi). ”

Selain dari itu, boleh jua diikhtiarkan diazankan secara perlahan di telinga kanan bayi tersebut setiap kali masuk waktu solat 5 waktu, hikmah bagi ikhtiar ini sangat bermanfaat, ini antara amalan yang dilakukan oleh Syeikh Wan Abdullah lakukan kepada anakandanya iaitu Al-Alim Allamah al-Arif ar-Rabbani Syeikh Wan Daud bin Syeikh Wan Abdullah sewaktu Tok Syeikh Daud Patani (gelaran kepada Syeikh Daud Al Fatani) masih bayi.

Cuma, berkaitan dengan gambar atau bayi muda (1hari-40hari), ianya lebih kepada Al Ain. Permasalahan Al-Ain ini luas perbincangannya, kerana ia juga terkenal sebagai sihir tanpa jin, malahan masalah ini sebenarnya dilihat lebih serius berbanding permainan sihir lain.

Al Ain ini seperti yang dimaktubkan di dalam hadith :

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَيْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا
Maksudnya : Dari Ibnu Abbas RodhiyALLAHu Anhu, Nabi SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda : “Ain (mata jahat) itu benar-benar adanya, jika seandainya ada sesuatu yang mendahului qadar,maka akan didahului oleh ain. Apabila kamu diminta untuk mandi maka mandilah.” (hadith riwayat Muslim)

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَعِيذُوا بِاللَّهِ فَإِنَّ الْعَيْنَ حَقٌّ
Maksudnya : Dari Aisyah RodhiyALLAHu Anha,RasulULLAH SallALLAHu Alaihi Wasallam bersabda :” Mintalah kalian perlindungan kepada ALLAH dari ain (mata jahat) kerana sesungguhnya ain itu haq (benar)” (HR ibnu Majah).

Ain adalah penyakit atau masalah yang disebabkan oleh pengaruh buruk pandangan mata, iaitu pandangan mata yang disertai rasa takjub atau bahkan iri dan dengki terhadap apa yang dilihatnya.

Terdapat dua jenis ain, iaitu :
  • ‘ain insi (‘ain berunsur manusia) dan
  • ‘ain jinni (‘ain berunsur jin).
Malahan ain sering berlaku kepada bayi-bayi kecil, yang mengakibatkan:
1. Tangisan yang tidak munasabah atau tidak bersebab (kecuali masalah cholic atau hernia) yang tidak berhenti, tubuh terkejut-kejut tanpa sebab yang jelas, tidak mahu menyusu kepada ibunya tanpa sebab yang jelas.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ دَخَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعَ صَوْتَ صَبِيٍّ يَبْكِي فَقَالَ مَا لِصَبِيِّكُمْ هَذَا يَبْكِي فَهَلَّا اسْتَرْقَيْتُمْ لَهُ مِنْ الْعَيْنِ

Aisyah RodhiyALLAHu Anha berkata : “Suatu ketika Nabi (SallALLAHu Alaihi Wasallam) masuk (rumahnya) kemudian mendengar bayi sedang menangis. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) berkata,”Mengapa bayi kalian menangis? Mengapa tidak kalian bacakan ruqyah-ruqyah (supaya sembuh) dari penyakit ‘ain?) (Shahihul jami’ 988 n0.5662)

2. Keadaan tubuh yang sangat kurus kering (seperti kurang zat)
عَنْ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَخَّصَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِآلِ حَزْمٍ فِي رُقْيَةِ الْحَيَّةِ وَقَالَ لِأَسْمَاءَ بِنْتِ عُمَيْسٍ مَا لِي أَرَى أَجْسَامَ بَنِي أَخِي ضَارِعَةً تُصِيبُهُمْ الْحَاجَةُ قَالَتْ لَا وَلَكِنْ الْعَيْنُ تُسْرِعُ إِلَيْهِمْ قَالَ ارْقِيهِمْ

Dari Jabir RodhiyALLAHu Anhu bahawa RasulULLAHi sallALLAHu Alaihi Wasallam memberi rukhsah (keringanan) bagi anak-anak Ja’far menggunakan bacaan ruqyah dari sengatan ular. Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) bersabda kepada Asma’ binti Umais,”Mengapa Aku lihat badan anak-anak saudaraku ini kurus kering? Apakah mereka kelaparan?” Asma’ menjawab : “tidak, akan tetapi mereka tertimpa ‘Ain.” Kata Baginda (SallALLAHu Alaihi Wasallam) ,”Kalau begitu bacakan ruqyah bagi mereka! (HR Muslim, Ahmad dan Baihaqi)

3. Penyakit kulit yang tidak atau sukar sembuh,contohnya ekzema dan seangkatan dengannya.
Dari hadith dan permasalahan di atas, cukup untuk menghuraikan apakah Ain dan bagaimanakah ianya terjadi?

Permasalahan ain ini bukan sahaja berlaku akibat rasa iri hati atau takjub (tanpa kembalikan semula takjub tersebut kepada ALLAH), tetapi juga berlaku apabila pemuji memuji bayi tersebut setelah melakukan dosa-dosa mulut, contohnya mengumpat atau memaki hamun orang lain, maka tarikan dari perbuatan tersebut menjadi warid kepada kalamnya, iaitu apabila dia memuji seseorang itu cantik, maka warid dari keburukan kalam sebelum itu diterbalikkan dari apa yang dipuji sebelum itu(cantik lawannya hodoh), ini berikutan fitrah bayi atau kanak-kanak yang bersih, begitu juga keadaannya jika mata si pemuji sebelum melihat bayi atau kanak-kanak tersebut ada melihat perkara-perkara maksiat, maka ianya akan terjadi hal yang serupa. NauzubILLAHi min Zalik.

Kebanyakan kes yang sang faqir terima di TIAF yang melibatkan bayi menangis tidak berhenti, selain dari masalah cholic(kembung perut) dan hernia(angin pasang), ianya kebanyakan melibatkan Ain, yang sering didakwa oleh perawat-perawat sebelum itu dengan saka, sihir, pedamping dan sebagainya, yang meleret sehingga timbul dakwaan yang pelik wal aneh, padahal ianya Ain semata-mata. (Sabo je le)

Permasalahan dengan Al Ain ini, ada dua cara dalam menghadapinya, sama ada MENGELAK darinya atau merawatnya.

Berkaitan dengan merawat, ianya melibatkan banyak kaedah. Cuma sang faqir kongsikan salah satu darinya di sini, yang paling ringkas.

Iaitu diberi mandi dengan air bekasan wudhuk ibu kepada bayi tersebut (bertabaruk)
Bersabit dengan hadith :

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلِ بْنِ حُنَيْفٍ أَنَّهُ قَالَ رَأَى عَامِرُ بْنُ رَبِيعَةَ سَهْلَ بْنَ حُنَيْفٍ يَغْتَسِلُ فَقَالَ مَا رَأَيْتُ كَالْيَوْمِ وَلَا جِلْدَ مُخْبَأَةٍ فَلُبِطَ سَهْلٌ فَأُتِيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامِرًا فَتَغَيَّظَ عَلَيْهِ وَقَالَ عَلَامَ يَقْتُلُ أَحَدُكُمْ أَخَاهُ أَلَّا بَرَّكْتَ اغْتَسِلْ لَهُ فَغَسَلَ عَامِرٌ وَجْهَهُ وَيَدَيْهِ وَمِرْفَقَيْهِ وَرُكْبَتَيْهِ وَأَطْرَافَ رِجْلَيْهِ وَدَاخِلَةَ إِزَارِهِ فِي قَدَحٍ ثُمَّ صُبَّ عَلَيْهِ فَرَاحَ مَعَ النَّاسِ

Dari Abu Umamah bin Sahl bin Hunaif, dia berkata bahawa Amir bin Robi’ah melihat Sahl bin Hunaif sedang mandi, lalu berkatalah Amir : “Aku tidak pernah melihat (pemandangan) seperti hari ini, dan tidak pernah kulihat kulit yang tersimpan sebagus ini” Maka terpelantinglah Sahl(pengsan). Kemudian RasulULLAH sallALLAHu Alaihi Wasallam mendatangi Amir. 

Dengan tegas Baginda bersabda: ”Atas sebab apa kamu hendak membunuh saudaranya? Mengapa kamu tidak memohonkan keberkahan (kepada hal yang kamu lihat)? Mandilah untuknya!Maka Amir mandi dengan menggunakan suatu bekas air, dia mencuci wajahnya, dua tangan, kedua siku, kedua lutut,hujung-hujung kakinya, dan bahagian dalam sarungnya. Kemudian air bekas mandinya itu dituangkan kepada Sahl, lantas dia (Sahl) sedar dan berlalulah bersama manusia.

(HR Malik dalam Al-Muwaththo 2/938, Ibnu Majah 3509, disohihkan oleh Ibnu Hibban 1424. Sanadnya sohih, para perawinya tsiqah : Zadul Ma’ad tahqiq Syu’aib al-Arnauth dan Abdul Qodir al-Arnauth 4/150 cetakan tahun 1424 H).

Merujuk kepada hadith tersebut, tentu menjadi kesukaran untuk mencari siapa yang memberi Ain, malahan jika tahu siapa yang mengAinkan anak kita, bagaimana mungkin untuk kita jelaskan kepadanya, maka diqiaskan dengan tabaruk air wudhuk ibu (berserta doa), ditadahkan di dalam bekas atau besen, seterusnya, diberi mandi kepada bayi atau anak yang terkena ain. Untuk kaedah ini, tidak tertakluk kepada Ain sahaja, boleh juga ikhtiar bagi permasalahan anak yang degil atau bermasalah dengan pelajaran.

Antara kaedah mengelakkan Ain dari berlaku:
Setiap kali anak menerima pujian dari sesiapa sahaja, letakkan tangan kanan di atas kepalanya, dan ucapkan Taawudz (di dalam hati, kemudian mohon perlindungan ALLAH dari segala mara bahaya).

Pada malam hari sebelum ibubapa tidur, bacakan Al Ikhlas 3x, dan tiupkan di ubun-ubun bayi perlahan-lahan(sambil dalam hati berdoa mohon perlindungan ALLAH) sehingga habis nafas, nafas yang akhir ditiup sehingga ke kaki dengan kadar menghembus.

Kepada ibubapa, terpulang di atas perkiraan kalian untuk ikhtiar perlindungan anak-anak kalian, terutama yang memperolehi ‘new baby’ atau yang anak mereka sedang sakit, pertimbangkanlah keputusan untuk upload gambar anak-anak anda.

Kebanyakan kes Ain yang sang faqir terima di klinik TIAF, 98% daripadanya adalah asbab meng’upload’ gambar bayi mereka di facebook atau laman sosial yang lain, tambahan pula bayi mereka sedang bermasalah sewaktu itu. NauzubILLAHi min zalik.

Semoga perlindungan ALLAH beserta sekalian yang ikhlas dan faham dengan setiap amal perbuatan mereka.

Wassalam.

Sumber : FB Wan Asrul Al-Aydrus

Hebatnya Dzikir Doa Keluar Rumah

Posted by Admin2u 0 comments
HEBATNYA DZIKIR DOA KELUAR RUMAH

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim … 
Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, 

“Jika seseorang keluar dari rumahnya lalu membaca (dzikir):

"Bismillahi tawakkaltu ‘alallahi, walaa haula wala quwwata illa billah"

(Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada-Nya, dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya), 
maka malaikat akan berkata kepadanya,

‘(Sungguh) kamu telah diberi petunjuk (oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala), dicukupkan (dalam segala keperluanmu) dan dijaga (dari semua keburukan)’, sehingga setan-setanpun tidak bisa mendekatinya,

dan setan yang lain berkata kepada temannya, ‘Bagaimana (mungkin) kamu bisa (mencelakakan) seorang yang telah diberi petunjuk, dicukupkan dan dijaga (oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala)?

(HR Abu Dawud (no. 5095), at-Tirmidzi (no. 3426) dan Ibnu Hibban (no. 822), dinyatakan shahih oleh imam at-Tirmidzi, Ibnu Hibban dan syaikh al-Albani.) Bacalah dan biasakan dzikir ini setiap kali kita keluar dari rumah, insyaAllah kita akan dicukupi dan dijaga selalu oleh Allah dari hal-hal yang tidak kita inginkan ... 
Amiin ..

Kapak Isteri Kerana Wang

Posted by Admin2u 0 comments
Kota Bharu: Sudahlah dipukul dengan menggunakan bahagian belakang kapak di kepala, lehernya pula dirantai dan dikunci dengan mangga seperti hamba.

Begitu nasib seorang suri rumah bersuamikan 'lelaki gila' berusia 26 tahun yang menghukumnya hanya kerana gagal memberikan wang seperti yang diminta dalam kejadian di Kampung Temusu, Limbat di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 7 petang itu, mangsa berusia 21 tahun hanya dapat diselamatkan selepas bapa mangsa menghubungi polis.

Ibu kepada dua anak termasuk seorang anak perempuan yang baru berusia 50 hari mengalami luka di kepala, leher serta lebam di bahagian badan dan menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Bagaimanapun, suaminya melarikan diri apabila menyedari kehadiran polis. Mengimbas detik cemas itu, mangsa berkata, sebelum kejadian, suaminya yang baru pulang ke rumah meminta wang daripadanya.

Katanya, dia memberitahu suaminya dia tidak mempunyai wang sebelum diarahkan supaya mencari wang untuknya.

"Saya pergi ke rumah rakan untuk meminjam wang, namun tidak berjaya kerana rakan juga tidak mempunyai wang.

"Kerana ketakutan, saya menghubungi bapa untuk meminta pertolongan sebelum pergi ke rumah ibu saudara yang terletak berhampiran dengan rumah rakan itu," katanya ketika ditemui di HUSM, di sini hari ini.
Menurutnya, suaminya tiba-tiba bertindak menyerangnya dengan kapak sebelum belakang senjata tajam itu mengenai kepalanya.

"Saya nekad melarikan diri menerusi pintu dapur rumah itu, namun ditendangnya sehingga terjatuh. Saya bangun dan lari masuk ke dalam rumah sebelum terjun menerusi tingkap rumah itu untuk menyelamatkan diri.

"Dia bagaimanapun berjaya menangkap saya dan mengheret saya balik ke rumah sebelum merantai leher dengan rantai besi dan dikunci dengan mangga untuk mengelakkan saya melarikan diri," katanya.

Menurutnya, bapanya yang mengetahui kejadian itu menghubungi polis untuk meminta bantuan.

"Dia melarikan diri sebelum polis tiba," katanya yang berkahwin dengan suaminya sejak tiga tahun lalu.

Mangsa berkata, suaminya sudah empat bulan tidak bekerja dan dia yang menanggung keluarga dengan mengambil upah melakukan pelbagai pekerjaan ringan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Azham Othman suspek kini giat diburu untuk membantu siasatan.

"Polis sedang memburu suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan. Kita minta dia menyerah diri.

"Siasatan awal suspek mempunyai dua rekod jenayah membabitkan dadah dan ugutan jenayah" katanya.

Saintis Ramal Asteroid Melanggar Bumi pada 2880

Posted by Admin2u 1 comments
Washington: Sebuah asteroid diramal akan melanggar Bumi pada 16 Mac 2880, kata saintis.

Penyelidik Agensi Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA), menyatakan, berdasarkan analisis radar di Makmal Jet Propulsion di Pasadena, California milik agensi itu, kemungkinan asteroid dikenali 1950 DA untuk merempuh bumi adalah 1 nisbah 300. 

Laman web berita Mashable, melaporkan, asteroid 1950 DA kali pertama kali dikesan pada Februari 1950 dan mempunyai ukur lilit 1.1 kilometer. Ia berjaya dipantau selama 17 hari sebelum menghilang selama 50 tahun. 

Kali terakhir asteroid itu dilihat semula pada 31 Disember 2000 dan Mac 2001.

Kejayaan mengesan semula 1950 DA pada malam tahun baru itu berlaku 200 tahun selepas saintis berjaya kesan asteroid pertama dikenali sebagai Ceres.

“Saintis mendapati 1950 DA akan melintas pada kedudukan paling hampir dengan bumi selama 20 minit pada 16 Mac 2880 dan kemungkinan ia merempuh bumi tidak boleh dinafikan,” kata laman web itu.

Petua Meluruskan Rambut

Posted by Admin2u 0 comments
Assalamualaikum Semua.. 
Pastinya wanita yang berambut kerinting yang inginkan rambut lurus suka dengan petua nih.. Bukan apa selain, ianya murah malah mudah untuk disediakan sendiri di rumah..

Dah tak perlu ke salun rambut untuk meluruskan rambut yang menelan belanja yang agak tinggi untuk satu sesi.. Meh la cuba petua nih, mana la tahu ianya berkesan untuk korang yang inginkan rambut lurus..

Ramai wanita mengidamkan rambut lurus dan menawan. Kini terdapat teknologi moden untuk meluruskan rambut, namun jika tidak mahu menggunakan perawatan moden, apa kata cuba cara tradisional yang mudah.
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja. Campurkan dengan air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. 

Gunakan krim ini untuk disapukan pada kulit kepala dan keseluruhan rambut. Tutup kepala dengan tuala selama satu jam. Selepas itu, barulah bilas dengan air sehingga bersih. Lakukan tiga kali seminggu. Anda akan dapati rambut keriting menjadi lurus sedikit demi sedikit.

Petua Menguatkan Akar Rambut

Posted by Admin2u 0 comments
Assalamualaikum semua..
Korang pernah tak alami rambut gugur bila mana menyikat rambut atau syampu rambut? Yelah, selalunya yang mengalami masalah nih, wanita yang baru bersalin..

Kalau lama bersalin, kenapa ye? Saya pun mengalami keguguran rambut tak kiralah masa menyikat rambut atau pun syampu rambut..

Meh kita sama-sama mencuba petua nih.. Manalah tau berkesan kan..

Rambut gugur sebenarnya berpunca daripada akar rambut yang tidak sihat dan kuat. Jadi anda boleh amal beberapa petua yang dikongsikan dengan hanya menggunakan lobak merah atau serai. Pihan di tangan anda, mana-mana bahan yang mudah didapati, anda boleh lakukan dan rawat sendiri.
  • Parut lobak merah dan perah airnya. Basahkan kepala dengan perahan air lobak merah tadi dan urut perlahan-lahan selama 10 minit.
  • Titik batang batang serai. Kemudian campurkan bersama dua gelas air dan rebus sehingga mendidih. Sejukkan. Sapukan air rebusan serai tadi di atas kepala sehingga mencecah akar rambut. Amalkan setiap hari.

Pasangan Malaysia Di Sweden di Lanjutkan Tempoh Reman 11 Hari Lagi

Posted by Admin2u Friday 31 January 2014 0 comments
STOCKHOLM: Pihak pendakwaan memperoleh perintah Mahkamah Daerah Solna pada Jumaat bagi melanjutkan tahanan reman Shalwati Norshal sehingga 10 Februari ini bagi membantu siasatan dakwaan memukul tangan anak lelakinya.

Mahkamah mengeluarkan perintah itu bagi membolehkan pihak pendakwaan, yang diwakili Anna Arnelle, terus menyiasat kes berkenaan.

Shalwati, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, bagaimanapun tidak hadir di mahkamah secara fizikal dan prosiding dijalankan menerusi persidangan video.

Pada Jumaat, mahkamah sama membenarkan permohonan pendakwaan bagi melanjutkantempoh tahanan reman suami Shalwati, Azizul Raheem Awalludin, selama 11 hari lagi iaitu sehingga 10 Februari.

Azizul, pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan Shalwati direman sejak 18 Disember lepas, dan penahanan mereka sudah dilanjutkan sebanyak tiga kali.
Tiada had penahanan reman di Sweden. Keempat-empat anak pasangan itu, yang sebelum ini diletak di bawah jagaan sebuah keluarga bukan Islam ketika ibu bapa mereka ditahan reman, diserah kepada Kedutaan Malaysia di sini, Khamis.

Kesemua mereka berlepas pulang ke Malaysia pada 6.30 pagi waktu tempatan pada Jumaat. 

- BERNAMA

Marah Itu Sifat Syaitan

Posted by Admin2u 0 comments
MARAH satu daripada sifat tercela (mazmumah) yang dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Perasaan marah yang gagal dikawal sebenarnya boleh menimbulkan sifat keji lain seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh.

Gagal mengawal emosi atau cepat naik angin biasanya berlaku ketika seseorang itu hilang pertimbangan.

Memang benar ada yang mengatakan 'aku sudah meletup, memang aku tak boleh buat apa-apa.' Tetapi lebih baik kita belajar menenangkan diri sebelum menghamburkan sebarang bentuk perkataan kepada pihak lain.

MARAH satu daripada sifat tercela (mazmumah) yang dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Perasaan marah yang gagal dikawal sebenarnya boleh menimbulkan sifat keji lain seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh.

Gagal mengawal emosi atau cepat naik angin biasanya berlaku ketika seseorang itu hilang pertimbangan.

Memang benar ada yang mengatakan 'aku sudah meletup, memang aku tak boleh buat apa-apa.' Tetapi lebih baik kita belajar menenangkan diri sebelum menghamburkan sebarang bentuk perkataan kepada pihak lain.

Selain itu, melihatkan status diri sebagai insan yang berakal membolehkan kita menilai dulu sesuatu perkara sebelum melakukan sebarang tindakan yang bersandarkan desakan emosi semata-mata.

Ketika dalam keadaan marah, manusia sebenarnya dikuasai syaitan yang akhirnya akan berlaku suasana tegang seperti kawan bertengkar sesama kawan atau anak mengherdik ibu bapanya.

Allah s.w.t berfirman bermaksud: "Dan Tuhanmu (Allah ) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa."

"Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'uh', dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun)." (Surah al-Israk ayat 23).

Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.

Lebih buruk, jika perasaan marah itu gagal ditenteramkan walaupun sebelah pihak mungkin sedaya upaya mententeramkan keadaan.

Sebagai umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan kita beberapa teknik bagi mengawal perasaan marah.

Cara terbaik dengan mengeluarkan kata-kata berhikmah. Kata-kata yang baik terbit daripada hati yang suci dan boleh menjadi pedoman kepada manusia.

Dari satu sudut lain, sifat pemarah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Justeru, seseorang yang tidak mempunyai sifat marah akan dizalimi serta dicerobohi haknya.

Tetapi perkara tercela adalah sifat marah yang tidak kena pada tempatnya. Justeru, sebelum mengeluarkan kata-kata yang tidak elok ditutur, lebih baik sekiranya segera beristighfar.

Namun, kita sebenarnya tidak boleh menjadikan marah itu sebagai ukuran tepat untuk menggambarkan perasaan tidak puas hati.

Kita masih mempunyai masa bagi mengawal percakapan daripada menuturkan kata-kata berunsur herdikan, cacian seterusnya membibitkan perasaan marah yang tiada taranya.

Ini kerana setiap manusia mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga. Kita sebenarnya tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil jalan 'pintas' iaitu terus memarahi tanpa menyelidiki pokok pangkalnya. Sudah tentu, tindakan marah kita itu akan menjadi sia-sia serta menjarakkan hubungan persaudaraan.

Walaupun orang yang dimarahi itu melakukan kesilapan, sekurang-kurangnya mereka perlu memberi peluang daripada melemparkan perasaan marah berkenaan.

Marah boleh, tetapi jangan menjadi orang yang mempunyai sifat pemarah. Sebenarnya, apa yang terkandung daripada sifat marah itu perasaan benci terutama jika emosi menebal itu gagal dikawal sehingga terhambur perkataan cabar mencabar sehingga sanggup memberi ancaman kecederaan dan bunuh kepada individu lain.

Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya supaya tidak menjadi seorang yang pemarah seperti diriwayatkan Abu Hurairah, ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku! Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun baginda masih tetap berkata: Jangan marah!" (Riwayat al-Bukhari).

Bagi mengubati penyakit marah ini, Islam mengajar umatnya menahan diri ketika marah dan sabar apabila melawan hawa nafsu yang meluap-luap itu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmidzi).

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan syaitan yang dijadikan daripada api. Oleh itu ingatlah api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan pada anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang 'membara' akibat marah itu.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).

Mereka yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga." (Riwayat al-Bukhari).

Sekiranya kita dimarahi, janganlah pula menambah buruk lagi keadaan. Kita harus memainkan peranan bagi memadamkan api kemarahan itu.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya." (Surah al-Syura ayat 37).

Antara langkah untuk mengawal dan mendidik diri supaya lebih bersifat tenang:
# Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu. Fikirkan sama ada kemarahan kita itu mempunyai alasan kukuh atau tidak.

# Jangan menyalahkan orang lain. Beri tumpuan kepada punca sebenar yang mencetuskan kemarahan kerana ia mungkin juga berpunca daripada diri kita sendiri.

# Perbaiki keadaan selepas kita berada dalam keadaan tenang dan terkawal. Jangan lepaskan kemarahan kepada orang lain semata-mata kerana tidak puas hati dengan individu lain.

# Dapatkan rehat dan tidur secukupnya selain makan makanan berkhasiat kerana apabila badan letih, ia akan menyebabkan seseorang itu lebih cepat naik marah.

# Amalkan senaman ringkas selama beberapa minit setiap hari bagi mengurangkan ketegangan.

# Jadi seorang pendengar yang baik. Sifat orang pemarah adalah dia sangat sukar mendengar pendapat orang lain kerana merasakan tindakan serta pendapatnya mengatasi orang lain.

# Jauhi amalan yang menjadi punca perkelahian seperti suka merendah-rendahkan, memperlekeh serta mengherdik orang lain lalu digantikan dengan sifat memuliakan orang.

# Amalkan bacaan A'uzubillah himinasyaitaannirrajiim (Aku berlindung kepada Allah s.w.t daripada syaitan direjam) selain tidak meninggalkan solat kerana di dalamnya terdapat kesan hebat yang boleh menerbitkan perasaan tenang jika diamalkan dengan sepenuh ikhlas.

Bagi Mereka yang Sedang Mencari Domain Website dan Server.. Atok Cadangkan Pakai Service Server dibawah ni.. Terbaik!!.. Malaysia Web Hosting

Terima Segala Posting Terbaru dari ATOK Melalui Facebook...