Pasangan Malaysia Di Sweden di Lanjutkan Tempoh Reman 11 Hari Lagi

Posted by Admin2u Friday 31 January 2014 0 comments
STOCKHOLM: Pihak pendakwaan memperoleh perintah Mahkamah Daerah Solna pada Jumaat bagi melanjutkan tahanan reman Shalwati Norshal sehingga 10 Februari ini bagi membantu siasatan dakwaan memukul tangan anak lelakinya.

Mahkamah mengeluarkan perintah itu bagi membolehkan pihak pendakwaan, yang diwakili Anna Arnelle, terus menyiasat kes berkenaan.

Shalwati, seorang guru yang bercuti tanpa gaji, bagaimanapun tidak hadir di mahkamah secara fizikal dan prosiding dijalankan menerusi persidangan video.

Pada Jumaat, mahkamah sama membenarkan permohonan pendakwaan bagi melanjutkantempoh tahanan reman suami Shalwati, Azizul Raheem Awalludin, selama 11 hari lagi iaitu sehingga 10 Februari.

Azizul, pegawai Tourism Malaysia di Sweden dan Shalwati direman sejak 18 Disember lepas, dan penahanan mereka sudah dilanjutkan sebanyak tiga kali.
Tiada had penahanan reman di Sweden. Keempat-empat anak pasangan itu, yang sebelum ini diletak di bawah jagaan sebuah keluarga bukan Islam ketika ibu bapa mereka ditahan reman, diserah kepada Kedutaan Malaysia di sini, Khamis.

Kesemua mereka berlepas pulang ke Malaysia pada 6.30 pagi waktu tempatan pada Jumaat. 

- BERNAMA

Marah Itu Sifat Syaitan

Posted by Admin2u 0 comments
MARAH satu daripada sifat tercela (mazmumah) yang dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Perasaan marah yang gagal dikawal sebenarnya boleh menimbulkan sifat keji lain seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh.

Gagal mengawal emosi atau cepat naik angin biasanya berlaku ketika seseorang itu hilang pertimbangan.

Memang benar ada yang mengatakan 'aku sudah meletup, memang aku tak boleh buat apa-apa.' Tetapi lebih baik kita belajar menenangkan diri sebelum menghamburkan sebarang bentuk perkataan kepada pihak lain.

MARAH satu daripada sifat tercela (mazmumah) yang dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Perasaan marah yang gagal dikawal sebenarnya boleh menimbulkan sifat keji lain seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh.

Gagal mengawal emosi atau cepat naik angin biasanya berlaku ketika seseorang itu hilang pertimbangan.

Memang benar ada yang mengatakan 'aku sudah meletup, memang aku tak boleh buat apa-apa.' Tetapi lebih baik kita belajar menenangkan diri sebelum menghamburkan sebarang bentuk perkataan kepada pihak lain.

Selain itu, melihatkan status diri sebagai insan yang berakal membolehkan kita menilai dulu sesuatu perkara sebelum melakukan sebarang tindakan yang bersandarkan desakan emosi semata-mata.

Ketika dalam keadaan marah, manusia sebenarnya dikuasai syaitan yang akhirnya akan berlaku suasana tegang seperti kawan bertengkar sesama kawan atau anak mengherdik ibu bapanya.

Allah s.w.t berfirman bermaksud: "Dan Tuhanmu (Allah ) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa."

"Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'uh', dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan-santun)." (Surah al-Israk ayat 23).

Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih-lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri.

Lebih buruk, jika perasaan marah itu gagal ditenteramkan walaupun sebelah pihak mungkin sedaya upaya mententeramkan keadaan.

Sebagai umat Islam, Nabi Muhammad s.a.w menganjurkan kita beberapa teknik bagi mengawal perasaan marah.

Cara terbaik dengan mengeluarkan kata-kata berhikmah. Kata-kata yang baik terbit daripada hati yang suci dan boleh menjadi pedoman kepada manusia.

Dari satu sudut lain, sifat pemarah senjata bagi menjaga hak dan kebenaran. Justeru, seseorang yang tidak mempunyai sifat marah akan dizalimi serta dicerobohi haknya.

Tetapi perkara tercela adalah sifat marah yang tidak kena pada tempatnya. Justeru, sebelum mengeluarkan kata-kata yang tidak elok ditutur, lebih baik sekiranya segera beristighfar.

Namun, kita sebenarnya tidak boleh menjadikan marah itu sebagai ukuran tepat untuk menggambarkan perasaan tidak puas hati.

Kita masih mempunyai masa bagi mengawal percakapan daripada menuturkan kata-kata berunsur herdikan, cacian seterusnya membibitkan perasaan marah yang tiada taranya.

Ini kerana setiap manusia mempunyai hati dan perasaan yang perlu dijaga. Kita sebenarnya tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil jalan 'pintas' iaitu terus memarahi tanpa menyelidiki pokok pangkalnya. Sudah tentu, tindakan marah kita itu akan menjadi sia-sia serta menjarakkan hubungan persaudaraan.

Walaupun orang yang dimarahi itu melakukan kesilapan, sekurang-kurangnya mereka perlu memberi peluang daripada melemparkan perasaan marah berkenaan.

Marah boleh, tetapi jangan menjadi orang yang mempunyai sifat pemarah. Sebenarnya, apa yang terkandung daripada sifat marah itu perasaan benci terutama jika emosi menebal itu gagal dikawal sehingga terhambur perkataan cabar mencabar sehingga sanggup memberi ancaman kecederaan dan bunuh kepada individu lain.

Rasulullah s.a.w menganjurkan umatnya supaya tidak menjadi seorang yang pemarah seperti diriwayatkan Abu Hurairah, ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku! Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun baginda masih tetap berkata: Jangan marah!" (Riwayat al-Bukhari).

Bagi mengubati penyakit marah ini, Islam mengajar umatnya menahan diri ketika marah dan sabar apabila melawan hawa nafsu yang meluap-luap itu.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua-dua matanya yang merah dan urat-urat lehernya yang menggelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al-Tirmidzi).

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan syaitan yang dijadikan daripada api. Oleh itu ingatlah api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan pada anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang 'membara' akibat marah itu.

Rasulullah s.a.w bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).

Mereka yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga." (Riwayat al-Bukhari).

Sekiranya kita dimarahi, janganlah pula menambah buruk lagi keadaan. Kita harus memainkan peranan bagi memadamkan api kemarahan itu.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya." (Surah al-Syura ayat 37).

Antara langkah untuk mengawal dan mendidik diri supaya lebih bersifat tenang:
# Cuba pertimbangkan keadaan yang menyakiti hati itu. Fikirkan sama ada kemarahan kita itu mempunyai alasan kukuh atau tidak.

# Jangan menyalahkan orang lain. Beri tumpuan kepada punca sebenar yang mencetuskan kemarahan kerana ia mungkin juga berpunca daripada diri kita sendiri.

# Perbaiki keadaan selepas kita berada dalam keadaan tenang dan terkawal. Jangan lepaskan kemarahan kepada orang lain semata-mata kerana tidak puas hati dengan individu lain.

# Dapatkan rehat dan tidur secukupnya selain makan makanan berkhasiat kerana apabila badan letih, ia akan menyebabkan seseorang itu lebih cepat naik marah.

# Amalkan senaman ringkas selama beberapa minit setiap hari bagi mengurangkan ketegangan.

# Jadi seorang pendengar yang baik. Sifat orang pemarah adalah dia sangat sukar mendengar pendapat orang lain kerana merasakan tindakan serta pendapatnya mengatasi orang lain.

# Jauhi amalan yang menjadi punca perkelahian seperti suka merendah-rendahkan, memperlekeh serta mengherdik orang lain lalu digantikan dengan sifat memuliakan orang.

# Amalkan bacaan A'uzubillah himinasyaitaannirrajiim (Aku berlindung kepada Allah s.w.t daripada syaitan direjam) selain tidak meninggalkan solat kerana di dalamnya terdapat kesan hebat yang boleh menerbitkan perasaan tenang jika diamalkan dengan sepenuh ikhlas.

Cara2 Mengatasi Tekanan

Posted by Admin2u 0 comments
Tekanan adalah sebuah keadaan yang sangat tidak menyenangkan. Perasaan tertekan, ketakutan, depresi, dan perasaan yang tidak keharuan lainnya seolah bercampur menjadi satu dan membuat kita merasa tak nyaman. 

Penyebab tekanan sendiri bisa bermacam-macam mulai dari beban pekerjaan, sekolah, masalah keluarga, masalah dengan teman, masalah keuangan, sakit, dan bahkan hal-hal lain. 

Di artikel kali ini, akan saya sampaikan beberapa tips dan cara menghilangkan stress yang semoga dapat bermanfaat bagi anda.

Mengatasi Stres Dengan Makan 
Mungkin kedengarannya agak aneh, tapi beberapa jenis makanan seperti almond, alpukat, jeruk, ikan salmon, dan bayam telah terbukti dapat mengurangi stres karena kandungan vitamin dan magnesiumnya yang tinggi. Tapi jangan sampai aktivitas makan anda malah akan menimbulkan stres baru bagi anda karena naiknya berat badan. Hehe

Mengatasi Stres Dengan Tertawa 
Saat tertawa, tubuh akan memproduksi lebih banyak hormon antistress daripada saat kita sedang tidak tertawa. Anda bisa merangsang tawa anda dengan berbagai cara seperti melihat acara komedi, komik lucu, atau film.

Mengatasi Stres Dengan Mendengarkan Musik 
Selain berfungsi sebagai hiburan, alunan musik ternyata juga bisa memberikan perubahan suasana hati dan efek relaksasi bagi yang mendengarkannya. Mendengarkan musik dari penyanyi-penyanyi favorit anda mungkin akan dapat mengusir rasa penat dan sejenak melupakan masalah hidup yang sedang anda hadapi. Selain musik-musik favorit, musik jenis Brainwave yang menggunakan terapi melalui gelombang otak, juga akan sangat bermanfaat untuk mengembalikan kesehatan mental anda.

Mengatasi Stres Dengan Relaksasi 
Cara mengatasi stress dengan relaksasi ini bisa anda lakukan dengan cara meditasi, yoga, atau berdzikir bagi anda yang muslim. Inti dari relaksasi adalah membuat pikiran menjadi nyaman dan tenang. Buang jauh-jauh rasa sedih, marah, frustasi, kecewa dan masukkan pikiran positif ke dalam pikiran anda. Relaksasi ini juga dapat anda kombinasikan dengan mendengarkan musik brainwave atau dengan menggunakan aromaterapi sehingga pikiran anda akan semakin tenang.

Mengatasi Stres Dengan Melakukan Hobi 
Setiap orang pasti memiliki hobi. Dengan melakukan hal-hal yang disenangi seperti memancing, olah raga, melukis, bermain musik, atau memasak pasti akan membuat anda sejenak melupakan stres yang sedang anda alami sehingga pikiran akan menjadi jernih kembali.

Mengatasi Stres Dengan Mengurut
Tidak diragukan lagi, sejak jaman dahula sampai sekarang mengurut memang sudah terbukti mampu mengusir rasa penat dan mampu mengendorkan kembali otot-otot syaraf yang tegang. Apalagi jika diurut dengan latar belakang pemandangan pantai pasir putih yang sangat indah.

Mengatasi Stres Dengan Rekreasi 
Pikiran yang sudah terlalu jenuh, mungkin akan membuat anda merasa ingin menjauh dari segala kesibukan dan menyingkir ke tempat-tempat wisata sekedar untuk mencuci mata. Tapi jika anda sudah benar-benar sangat sibuk, mungkin sekedar berjalan kaki di taman akan bisa membuat pikiran anda menjadi segar kembali.

Mengatasi Stres Dengan Tidur 
Kualitas tidur akan sangat berpengaruh pada kondisi kesehatan dan emosi anda. Jika anda merasa kurang tidur akhir-akhir ini, maka segeralah lupakan semua masalah lalu pergi tidur. Yang perlu diingat disini adalah, tidur yang berkualitas tidak harus lama-lama, yang penting bisa nyenyak dan bangun dalam keadaan segar.

Mengatasi Stres Dengan Berteriak 
Tips konyol macam apa lagi ini? Hehe. Memang kedengarannya konyol, tapi dengan berteriak, perasaan kita akan menjadi lebih lega dan plong. Itulah alasannya kenapa orang yang sedang marah suka ngomel-ngomel, teriak-teriak, bahkan sampai banting piring sebagai pelampiasan rasa marah mereka. Tapi bukan berarti saya menyuruh anda untuk teriak-teriak gak jelas loh ya.

Mengatasi Stres Dengan Bersembang dgn Rakan Baik.
Semua orang pasti juga tahu jika menceritakan masalah kita kepada orang yang kita percayai seperti teman atau orangtua pasti bisa membuat kita lebih lega. Apalagi jika teman baik yang kita ajak bicara mampu memberikan solusi untuk masalah yang sedang kita hadapi.

Mengatasi Stres Dengan Berpikir Positif 
Mungkin anda sudah bosan mendengar kata ini. Tapi yakinlah bahwa dengan berpikir positif, pikiran anda akan menjadi jauh lebih jernih untuk mencari solusi atas masalah yang anda hadapi. Mungkin selama ini kita sering stres karena selalu memandang semua masalah dengan penuh pesimisme sehingga kita tidak pernah mendapatkan jawaban atas masalah yang sedang kita hadapi.

Mengatasi Stres Dengan Bersyukur dan Berdoa 
Inilah cara menghilangkan stres paling mujarab yang bisa kita praktekkan, yaitu rajin-rajinlah berdoa kepada tuhan dan mintalah petunjuk atas segala masalah yang sedang melilit kita. Selain itu, kita juga harus pandai-pandai bersyukur sehingga kita akan semakin sadar bahwa segala sesuatu yang kita miliki di dunia ini adalah pemberian tuhan dan belum tetntu orang lain bisa seberuntung kita.Sekian dulu artikel mengenai cara menghilangkan stres kali ini.

Bagaimanapun juga stres sesungguhnya bersumber dari masalah yang sedang melilit kita. Jadi alangkah lebih baiknya jika kita segera menyelesaikan masalah agar tidak menimbulkan stres. Tapi yang perlu diingat adalah kita tak akan mungkin menghindar dari masalah. 

Yah, meskipun masalah-masalah dalam hidup kita kadang bisa membuat stres, namun dengan masalahlah kita menjadi lebih dewasa. Jadi ambil saja positifnya. Sekian.

Bercakap Bohong Lama2 Mencuri

Posted by Admin2u 0 comments

Siakap Senohong, Gelama Ikan Duri,
Berckp Bohong, Lama2 Mencuri,

Tiba-tiba tingat kisah Rasulullah saw dgn seorg pemuda yg suka mencuri...
Pemuda berjumpa dgn Rasulullah saw dan bertnya: Ya Rasulullah,aku suka mencuri.. Bolehkah aku mencuri??...

Rasulullah saw bersabda, "Engkau boleh mencuri tapi tidak boleh berbohong.".. Si pemuda berasa sgt lega...

Pada suatu hari, Pemuda tersebut berniat utk mencuri tapi tibe2 terpikir, kalo aku berjumpa dgn Rasulullah saw dan bertanya adakah aku mencuri, aku nak jawab apa? tak kn aku nk ckp aku tak mencuri, sedangkan aku mencuri... bermakna aku telah berbohong kpd Rasulllah saw... mulai saat itu pemuda itu meninggalkan akhlak buruknya itu....

Moral: Kita boleh mengajar seseorg dgn menunjukkn sikap dan akhlak yg baik...tanpa perlu bercakap pun, sesorg tu dpt menerimanya... maka berlemah lembut la dgn setiap makhluk.... ngeee...

Ini Pesanan ROH Kepada Manusia

Posted by Admin2u 0 comments
Assalamualaikum w.b.t... 
@ BismiLLAH hir Rahman nir Rahim @

PESANAN ROH PADA MANUSIA | 
Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : “Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut”.

Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : “Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh”. 

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : “Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh”

Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat. Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : “Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya”. 

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir. Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: “Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku”. 

“Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku”. 

“Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku”. 

Ada satu riwayat drp Abi Qalabah mengenai mimpi beliau yang melihat kubur pecah. Lalu mayat-mayat itu keluar dari duduk di tepi kubur masing-masing. Bagaimanapun tidak seorang pun ada tanda-tanda memperolehi nur di muka mereka. 

Dalam mimpi itu, Abi Qalabah dapat melihat jirannya juga dalam keadaan yang sama. Lalu dia bertanya kepada mayat jirannya mengenai ketiadaan nur itu. Maka mayat itu menjawab: “Sesungguhnya bagi mereka yang memperolehi nur adalah kerana petunjuk drpd anak-anak dan teman-teman. Sebaliknya aku mempunyai anak-anak yang tidak soleh dan tidak pernah mendoakan aku”.

Setelah mendengar jawapan mayat itu, Abi Qalabah pun terjaga. Pada malam itu juga dia memanggil anak jirannya dan menceritakan apa yang dilihatnya dalam mimpi mengenai bapa mereka. Mendengar keadaan itu, anak-anak jiran itu berjanji di hadapan Abi Qalabah akan mendoa dan bersedekah untuk bapanya. 

Seterusnya tidak lama selepas itu, Abi Qalabah sekali lagi bermimpi melihat jirannya. Bagaimanapun kali ini jirannya sudah ada nur dimukanya dan kelihatan lebih terang daripada matahari. Baginda Rasullullah SAW bersabda: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. 

 Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. 

Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.” 

Sambung Rasullullah SAW lagi: “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. 

 Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. 

Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya. Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. 

Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: “Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt ”

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain.” 

Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. 

Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan.” 

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu.” 

Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir.” 

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: “Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah.” Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt. 

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud: “Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. ” Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. 

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang. Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra: “Roh itu menuju ketujuh tempat:-
  1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
  2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
  3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
  4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
  5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
  6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
  7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.”
Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
  1. Orang-orang yang mati syahid.
  2.  Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
  3. Orang berpuasa di hari Arafah.
Sekian untuk ingatan kita bersama. Kalau rajin. Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. Renungkanlah….. 

Sila panjangkan (share) kisah ini kepada semua saudara islam kita. Tak Perlu Meminta Izin.. Silakan Share & Sebarkan, Semoge Ianya Membawa Manfaat Bersama Fren Sumber

----------------------------------------------------- 
p/s: Segala komentar yang Anda berikan disini merupakan tanggungjawab diri Anda sendiri.. Harap Maklum...
-----------------------------------------------------

Rahsia penciptaan Kucing

Posted by Admin2u 0 comments
Assalamualaikum w.b.t... 
@ BismiLLAH hir Rahman nir Rahim @

Mata kucing merupakan salah satu bukti kesempurnaan Allah dalam penciptaan. Allah telah menciptakan mata kucing dengan tatacara dan letak yang sesuai dengan makhluknya. 

Di salah satu ayat, Allah berfirman tentang kesempurnaan ciptaannya.
Dia-lah Allah yang menciptakan, yang mengadakan, yang membentuk rupa, Dia memiliki nama - nama yang indah, apa yang ada di langit dan di bumi bertasbih kepada - Nya. Dan Dialah yang Maha Kuasa, lagi Maha bijaksana. (QS. Al - Hasyr 24) 

Penglihatan malam kucing sangat kuat.
Kucing boleh dengan mudah membezakan warna hijau, biru dan merah. Walaupun begitu, kelebihan sebenarnya dari mata kucing adalah agar dapat melihat di malam hari. Kelopak mata kucing terbuka di malam hari, ketika terkena sedikit cahaya, lapisan mata yang disebut iris membuat pupil mata membesar (hampir 90% mata) sehingga mereka lebih mudah melihat cahaya.

Di saat mendapat cahaya yang lebih terang, system bekerja berlawanan untuk melindungi retina, pupil mengecil dan berubah menjadi garis tipis.Ada sebuah lapisan yang tidak terdapat pada mata manusia. Lapisan ini berada di belakang retina, berfungsi sebagai penerima cahaya. Ketika cahaya jatuh di lapisan ini langsung di pantulkan kembali, cahaya lewat dua kali melalui retina. 

Oleh kerana itu, kucing dapat melihat dengan mudah di saat cahaya hanya sedikit. Bahkan di saat gelap, di saat mata manusia tidak dapat melihat. Lapisan ini juga lah yang menyebabkan kenapa mata kucing bersinar di malam hari. Lapisan ini disebut Kristal tapetum lucidum yang dapat memantulkan cahaya. Berkat kistal ini, cahaya yang jatuh di belakang mata di pantulkan kembali ke retina. 

Beberapa cahaya yang di pantulkan kembali ke lensa, sehingga mata bersinar. Berkat struktur ini, jumlah cahaya yang diterima mata meningkat sehingga boleh melihat dalam kegelapan. Oleh kerana itu, kucing boleh melihat lebih baik dalam gelap. 

 Ini bukanlah bentuk dari bio-luminescence, sebab binatang tidak menghasilkan cahanya, melainkan hasil dari pemantulan.Alasan lain kenapa kucing boleh melihat dalam gelap juga kerana adanya sel-sel batang yang lebih banyak di bandingkang sel-sel kon di retina mereka.

Sebagaimana kita ketahui, sel - sel batang hanya sensitif pada cahaya. Mereka membentuk bayangan hitam atau putih bergantung kepada cahaya yang datang dari objek, tetapi mereka sangat sensitif walau hanya dengan sedikit cahaya. 

Berkat sel-sel batang ini, kucing dapat memburu dengan mudah di waktu malam. Seperti kita lihat, Allah menciptakan struktur mata yang sesuai dengan keadaan dan nutrisi yang mereka perlukan. Mata kucing mempunyai struktur dan ciri-ciri yang berbeza sesuai dengan keperluan mereka. 


Ini adalah salah satu contoh dari hasil ciptaan Allah. Hasil ciptaan Allah yang unik ini terbukti dalam salah satu ayat: Pencipta langit dan bumi, ketika Dia ingin mencipta sesuatu, maka Dia hanya berkata "jadilah", maka jadilah ia. (QS. Al - Baqara 117) 


Bola mata kucing lebih besar.
Selain kemampuan melihat di waktu malam, bola mata kucing juga lebih besar di bandingkan yang dimiliki oleh manusia. 

Jika bidang penglihatan manusia hanya sampai 160 darjah, kucing boleh dengan mudah hingga 187 darjah. Dengan ciri-ciri ini, mereka boleh dengan mudah melihat ancaman yang ada. Ini adalah contoh karakteistik lain dari hasil ciptaan Allah dengan bentuk yang berbeza. 

Sebagaimana di katakan di dalam Al - Qur'an, karakteristik ini adalah pelajaran bagi orang - orang yang beriman; Dan sungguh, pada haiwan ternak itu terdapat pelajaran bagi kamu(Surah An - Nahl 66) 

Struktur mata kucing berbeza dengan manusia.
Pada mata kucing, terdapat membran ketiga yang disebut "nictitating membrane". Membran ini telus, dan bergerak dari satu bahagian mata ke bahagian yang lain. Sebagai contoh, kucing dapat mengelipkan mata mereka tanpa perlu menutup semuanya. 

Membran ketiga ini membolehkan mata kucing dilindungi ketika memburu. Selain itu, benda - benda lain seperti debu tidak mengenai mata mereka, sehingga mata mereka tetap bersih dan lembab, sehingga kucing tidak perlu sering mengedipkan matanya seperti manusia. 

Jika kucing mengedipkan mata mereka sepanjang waktu seperti manusia agar matanya tetap bersih dan lembab, hal ini akan menimbulkan kesulitan bagi mereka di saat memburu. Tidak mengedipkan mata merupakan salah satu kesempurnaan ciptaan Allah untuk makhluk ini. 

Apakah mata kucing sensitif pada gerakan? 
Kucing tidak dapat melihat dalam jarak dekat dengan baik sebagaimana halnya manusia dan tidak boleh fokus pada objek yang dekat dengan mereka. Tetapi Allah telah menciptakan rambut sensoris dengan mekanisme deria yang kuat untuk kucing. 

Berkat bau dan rambut sensoris, kucing dengan mudah mengesan dalam jarak dekat. Walaupun makhluk indah ini susah melihat dalam jarak dekat, mereka dapat dengan mudah merasakan dengan jarak dua hingga enam meter. Jarak ini cukup bagi kucing agar dapat memburu. 

Ciri-ciri lain pada mata kucing adalah mereka sensitif pada gerakan, keindahan dan yang sesuai dengan jarak penglihatan mereka. Mata kucing dan otaknya memisahkan setiap gerakan bingkai demi bingkai. Otak kucing boleh merasakan lebih banyak gambar daripada kita. 

Sebagai contoh, mereka dengan mudah melihat tanda - tanda elektronik pada paparan TV di bandingkan manusia. Ini adalah bakat khas yang di berikan oleh Allah yang Maha Kuasa kepada semua kucing. Hal ini kerana kucing menangkap mangsa mereka mengikut objek yang bergerak. 

Detail dan ragam yang mengagumkan di ciptakan Allah bagi kucing.
Mata kucing di ciptakan dengan karakteristik luar biasa seperti makhluk lain. Ketika struktur dan ciri-ciri mata di uji secara individu, maka akan nampak fungsi-fungsi yang berbeza dan ini merupakan bukti dari kepelbagaian hasil ciptaan Allah. 

Variasi ini tidak dapat dikatakan sebagai hasil dari mutasi ataupun pilihan semula. Allah telah memberikan mata yang sesuai dengan keperluan hidup dan nutrisi makhluknya. Mempunyai pengetahuan tentang sistem yang menakjubkan ini merupakan kesempatan bagi setiap orang untuk melihat kekuasaan dan pengetahuan Allah yang telah menciptakan makhluknya. 

 Kita harus berterima kasih kepada Allah yang telah menciptakan alam semesta ini. Adapun bagi orang - orang yang yang menolak ayat - Nya, Allah menggelarnya "pendusta", seperti di dalam ayat; Siapakah yang lebih zalim daripada orang - orang yang telah di peringatkan dengan ayat - ayat Tuhannya, lalu dia berpaling darinya dan melupakan apa yang telah di lakukan oleh kedua-dua tangannya? (QS. Al - Kahfi 57) 

Kucing di ciptakan dalam bentuk yang ideal sesuai dengan persekitaran mereka, mereka perlu bernafas, makan, memburu dan mempertahankan diri agar tetap hidup. Oleh kerana itu, mereka harus mengenal dunia mereka, dan membezakan antara musuh dan mangsa mereka. Dengan demikian, mereka memerlukan penglihatan khas untuk melihat persekitaran mereka.

Bagaimanapun, Allah yang Maha Kuasa, Tuhan dari semua dunia, telah memberikan ciri-ciri yang mengagumkan seperti mata yang mempunyai struktur khas, bentuk dan ketajaman penglihatan untuk kucing. Penciptaan mata untuk kegunaan kucing merupakan pelajaran bagi orang - orang yang beriman sebagaimana di sebutkan di dalam Al - Qur'an; Dan disana terdapat pelajaran bagi kamu (Surah Al - mu'miniin 21)

Ciri-ciri mata kucing berfungsi sesuai dengan undang-undang yang di tetapkan Allah. Allah menciptakan mata ini dan setiap detailnya tanpa contoh lain. Hal ini dapat dilihat di dalam ayat - ayat bahawa Allah adalah pencipta semuanya; Allah menciptakan semua jenis haiwan dari air, maka sebahagian ada yang berjalan di atas perutnya dan sebahagian lagi berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa yang Dia kehendaki. Sungguh, Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu. (QS. An - Nuur 45)

---------------------------------------------------------------------------------------- 
p/s: Segala komentar yang Anda berikan disini merupakan tanggungjawab diri Anda sendiri.. Harap Maklum...
----------------------------------------------------------------------------------------

Tulang Sulbi Manusia dan Kebenaran Hadis

Posted by Admin2u 0 comments
Assalamualaikum w.b.t... 
@ BismiLLAH hir Rahman nir Rahim @

TULANG SULBI (TULANG EKOR) MANUSIA dan KEBENARAN HADIS NABI SAW

Bismillahir-Rahmaanir-Rahim …
Teman-teman tahu tulang sulbi manusia? Ya, itu tulang yang berada pada setiap manusia. Mau tahu seperti apa? 

Coba dilihat di bawah ini: Tulang sulbi atau dengan bahasa Inggrisnya adalah Coccyx ini adalah bagian tulang dari tubuh manusia. Terletak pada bagian terbawah dari tulang belakang. Tulang sulbi ini adalah tulang yang pertama kali ketika manusia diciptakan oleh Allah.

Dari tulang inilah nantinya manusia dibangunkan pada hari akhir. Hebatnya lagi tulang sulbi ini tak akan hancur dimakan tanah. 

Tulang sulbi sering disebutkan dalam hadits yaitu, dari Abu Huairah Nabi bersabda, “Sesungguhnya bagian tubuh manusia akan rusak, kecuali “tulang sulbi”, dari tulang ini pertama kali manusia diciptakan, dan dari tulang ini manusia dibangunkan dari kematian di hari akhir” (HR. Bukhari, Nasa’i, Abu Dawud, Ibnu Majah) 

Dan ada satu lagi hadits tentang tulang sulbi ini: Dari Abu Huairah Nabi bersabda, “Ada satu tulang yang tidak akan dimakan tanah. Mereka bertanya,”tulang apa ya Rasul?” Nabi menjawab” Tulang Sulbi”. (HR. Bukhari, Nasa’i, Abu Daud, Ibnu Majah) 

Yakin sama hadits yang di atas tadi? Masih ragu? Hmm, Masih belum percaya. Akan ditunjukkan bahwa Allah itu maha benar. Dan Nabi itu tidak keliru dengan apa yang ia ucapkan. Dan membuktikan fakta, bahwa hadits ini benar. Seorang dokter yang berama Dr. Othman Al-Djilani dan syaikh Abdul Majid melakukan sebuah eksperimen terhadap tulang sulbi ini. Pada bulan Ramadhan 1423 atau sama dengan 2002 di tahun Masehi di Yaman. 

Mereka berdua memanggang tulang punggung berikut juga dengan tulang sulbi. Dengan gas selama 10 menit hingga sampai benar-benar terbakar (tulang-tulang berubah menjadi mereha kemudian menghitam). Kemudian mereka berdua meletakkan potongan-potongan yang telah gosong itu pada kotak steril. 

Kemudian kotak steril itu mereka bawa ke labolatorium analisa terkenal di Sanaa, Yaman. Nama labolatorium itu adalah (Al Olaki Labolatory) –> Oke, tak perlu dihapal, tidak ada dalam UN kok. Hehe Dr. Al Olaki, juga merupakan seorang professor di bidang histologi dan pathologi di Sanaa University, di Yaman.

Ia menganalisa hasil potongan-potongan tulang tersebut dan menemukan bahwa sel-sel pada jaringan tulang sulbi (coccyx) dapat bertahan terhadap pembakaran. Ternyata hanya sel-sel otot, sumsum, dan jaringan lemak saja yang terbakar. Sementara sel-sel tulang sulbi tidak terpengaruh. 

Percobaan yang diatas ini membuktikan bahwa, hadits itu benar. Tulang sulbi akan tetap akan. Tak dimakan tanah, tak hancur terbakar, tahan pada kondisi apapun. Luar biasa bukan? Itulah, hebatnya Allah. Jika kita gali ilmu-ilmu-Nya betapa kecilnya kita ini dihadapan Allah. Dunia saja ibarat butiran-butiran pasir. Bagaimana dengan kita yang lebih kecil daripada bumi? 

Sungguh Allah itu maha besar maha mengetahui. 1400 tahun yang silam Nabi sudah bersabda tentang tulang sulbi ini. Sudah terbukti hingga sekarang! So, kenapa harus ragu sama Allah? :) Keep istiqomah wal hamasah. Semoga ilmunya bermanfaa

--------------------------------------------------------------------------- 
p/s: Segala komentar yang Anda berikan disini merupakan tanggungjawab diri Anda sendiri.. Harap Maklum... 
---------------------------------------------------------------------------

Tangan Pecah Handphone Meletup..

Posted by Admin2u 0 comments

Hi Peminat Atok (Poyo)... 

Atok taktau lah nak kata apa tentang gambar ni.. Alkisah Alsebbnya tak ada info sgt berkenaan dengan gambar ni selain dok pi post mai share mai sahaja... 

Tapi tak ape.. Atok nak cerita mai dari pembacaan dan pemerhatian dan pengalaman Atok selama 70thn nih... Ada yg kata gambar ni gambar edit la.. gambar kecederaan yg dialami oleh budak yg main Mercun dan sbagainya.. 

Tapi Atok ni jenis positif dan meletakkan keadaaan bahawa ianya disebbkan Telefon yg meletup semasa sedang digunakan (Berckp) dan dalam masa yang sama dicas (Tak sabor2 :P ).. dan ianya bukan disbbkan meraikan Hari Raya Cina apatah lagi Hari Raya Aidilfitri yg sudah lama lepas... :P

So memang pernah dengar kisah ni berlaku. Tapi mulut ke mulut.. dan kalau gambar ni gambar sebenar so inilah yang terjadi bukan? so tak apa.. Dari segi kajian pulak. Tak ada lah pulak mengatakan masa charge tak boleh pakai.. (Setahu Atok).. dan kebarangkalian nak berlaku pun memang kurang.. 0.01% mcm tu lah kot.. or kurang dari tu... Sbb Atok selama 70 tahun ada gak buat kerja tak senonoh mcm ni :P .. 

Releks jer.. Ok jer. (Masa muda2 lah.. Time ngorat2)... So langkah berjaga2.. Tak payah lah nak bergayut pakai hset yang sedang di charge tu.. tak berbaloi kene mcm ni.. Awek yg digayutkan pun lari lepas tu :P ... 

Beli 2 hset atau 2 bateri kan senang.. Habis bateri je Tukar :) 

Apa pun.. harap kita ambil perhatian.. Wslam dari Atok :P

Budak Perempuan Mati diKelar Bapa

Posted by Admin2u 0 comments
Semalam Atok dok main2 FB (Apa ko ingat ko sorg je pandai FB?? Atok Umur 70++ pun pandai gak lor).. So ternampak lah jugak posting by Personal by Someone direct yang mengenali dan melihat apa keadaan (Selepas kejadian) yang berlaku... So dipostkan gambar Keluarga kisah ni... 

Ahli Keluarga ni ramai jugak lah .. laki 2 org dan 4 org popuan.. (Lebih kurang.. Atok cari tak jmpa dah).. so mgkin yang ni lah kot kisahnya... Ayah mengelar Anak2 dia.. hurmm..Tak tau lah Atok nak kata Apa.. Setiap org mengalami keadaan yang berlainan... Semoga Kita terlindung dari segala Bala Bahaya di Dunia dan Akhirat.... Akhir kata Atok... Salam Takziah buat keluarga ni.. 

BANGI - Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di sini, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.

"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.

Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah teres dua tingkat itu.

"Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.

"Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis," katanya.

Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan.

Polis menjumpai mayat anak perempuannya yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu

"Mayatnya dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat," katanya.

Menurutnya semasa kejadian itu, ibu mangsa berada di tempat kerjanya di Cyberjaya.

Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.

"Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian," katanya.

Abd Rahim berkata polis turut merampas sebilah parang daripada lelaki itu.

Lelaki itu yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental, katanya.

Sementara itu, seorang jiran keluarga itu, yang enggan dikenali, berkata ibu mangsa kini berada di Hospital Kajang bagi menemani anak-anaknya yang cedera.

Wanita itu berkata keluarga mangsa sangat dihormati oleh jiran-jirannya kerana mereka sekeluarga rajin solat berjemaah di surau kawasan perumahan itu. - Bernama


Tambahan 01.02.2014 ----------------------

BANGI - “Salah seorang mangsa (anak suspek) yang cedera lari dan masuk ke dalam rumah saya,” kata salah seorang jiran menceritakan detik kejadian itu.

Jiran yang enggan dikenali itu berkata, melihat mangsa berumur 12 tahun itu cedera serta berlumuran darah, dia meminta isterinya membawa mangsa ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan. 

Lelaki yang berumur lingkungan 70-an itu berkata, beliau meminta tiga orang jirannya mengangkat mangsa masuk ke dalam kereta sebelum dibawa ke hospital. Menurutnya, sejurus selepas itu, dia hendak ke rumah suspek namun dihalang jiran yang mengatakan suspek berada di rumahnya sambil memegang parang.

Seorang lagi jiran yang enggan dikenali berkata, keluarga suspek dikenali oleh penduduk setempat sebagai orang baik-baik dan alim.

“Mereka selalu solat berjemaah hampir setiap waktu di surau berdekatan rumah mereka,” katanya.

Namun, beliau berkata, setiap kali solat jemaah, suspek bersama tiga anak lelakinya tidak akan solat bersebelahan jika mereka berjemaah.

“Sekiranya suspek berada di tengah saf, ketiga-tiga anak lelakinya mungkin berada di sebelah kiri atau kanan saf tersebut,” katanya ketika ditemui di rumah suspek di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, di sini, semalam.

Ditanya adakah suspek mempunyai masalah keluarga dengan anak-anaknya, lelaki berumur lingkungan 20-an itu menepis dakwaan sambil mengatakan suspek rapat dengan salah seorang anak perempuannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, semua mangsa berada dalam keadaan stabil di Hospital Kajang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).  Menurutnya, ibu jari tangan kiri mangsa berumur 10 tahun itu putus dan kini sedang dirawat di Hospital Kajang.

“Seorang lagi mangsa berumur 12 tahun mengalami kecederaan di belakang tengkuk dan sedang dirawat di HKL,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan Islam Sungai Tangkas, Kajang, semalam.

Menurut Ab Rashid, suspek kini dirawat di bawah pengawasan polis di Hospital Kajang. Polis juga sedang menunggu laporan hospital sama ada suspek mengalami masalah mental atau tidak.

Katanya, suspek tidak mempunyai rekod masalah mental dan dia direman selama seminggu bermula semalam untuk membantu siasatan. Cubaan wartawan untuk mendapat penjelasan daripada keluarga mangsa gagal kerana keluarganya enggan ditemubual serta mengelak untuk bertemu pihak media.

Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Tangkas, Kajang, kira-kira jam 3 petang semalam disaksikan keluarga serta jiran terdekat mangsa.

Sumber Sinar Harian

Muslimah PAS Bertudung Seluar Pendek?? Ish2...

Posted by Admin2u 0 comments
Berikut merupakan posting yang diletakkan oleh FanPage Oh Media di Facebook. 

Kalau tengok dari sini Afiq KLTown kata ni adalah Muslimah PAS Pulau Pinang... ?? 

Fuh Atok sendiri tengok pun tak adalah nak menuduh2 mcm tu sekali selagi mana tak ada bukti.. Tapi dari segi logik akal yang Atok ada.. Takkan lah org nak pakai Tudung seluar pendek kot.. akai ker ape? (Atok pernah tengok versi lain sblum ni.. ada tu ada lah kot.. tapi 99.9% tak ada lah).. Kecuali org tu bukan Islam atau baru nak kenal islam kot... 

Bertudung dan seluar pendek memang tidak kene sama sekali.. Seumpama Mulut utk berckp.. Mata utk melihat.. tapi yang hakikatnya Bertudung utk tutup aurat.. dan Maksud Aurat.. Apa itu Aurat dan bagaimana utk menutup aurat .. sudah pasti lah ianya melibatkan perbuatan bertudung dan sekali gus menutup apa yang dituntut spt mana makna Aurat itu sendiri... 

So org yang berfikir takkan sebar dan apatah lagi mengatakan yg bukan2 tentang gambar yg disebarkan tu...

Setelah itu Oh! Media diberi Info penjelasan tentang gambar ni spt berikut:

"Assalamualaikum krew Oh! Media yang dihormati. Tolong lah post gambar ni sebelum semua orang salah faham dan difitnah. Gambar ni real, tp situasi sebenarnya di mana 2 org perempuan ni adalah orang cina pulau pinang. Mereka sertai berkempen untuk cuba memakai tudung bersama org islam yang lain di situ. Sblum gmbr ni terus disebarkan pihak x bertanggungjawab menimbulkan fitnah, sy minta jasa tuan krew oh! Media tlg perbetulkan dengan cerita sebenar. Sekian"

Psst: Sumber dari rakan WhatsApp Oh! Media. Jadi sebahagian dari penyampai maklumat di Oh! Media dengan berkongsi ke WhatsApp 012 923 1562

Adalah Tidak pelik kalau bertudung berseluar pendek BAGI ORG BUKAN ISLAM yang mana masa tu BERLANSUNGnya Xtvt utk mengalakkan pakai tudung kpd  org Islam dan memberi peluang kepada bukan islam utk mencuba.. 

Adalah menjadi lumrah manusia utk mencuba dan melihat perubahan.. Mana tau bila mana org bukan Islam nampak comel bertudung dia cuba utk mendekati islam itu sendiri... TIDAK ADA ISU MENGHINA AGAMA ISLAM... Sbb mereka mencuba utk mendapat kebaikan.. dan mereka tidak tahu.... 


Sebagai conto xtvt yang dijalankan di luar negara spt berikut:



Firman Allah Tentang Rezeki di Dalam Al-Quran

Posted by Admin2u Thursday 30 January 2014 0 comments
“Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” 
Surah at-Thalaq : ayat 3

“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukurnescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” Surah Ibrahim : ayat 7 

"Tetapi mereka telah mendustakan (tidak patuh kepada hukum Islam), maka kami rampas dari mereka apa-apa yang telah mereka usahakan.” Surah Al-A’raf : ayat 96 

“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan kesudahan yang baik adalah bagi orang bertakwa.” Surah Thahaa : ayat 132 

“(Nabi Hud berkata: wahai kaumku, minta ampun kepada tuhanmu dan bertaubatlah kepadaNya, nescaya ia akan menghantar kepada kamu air hujan yang lebat dan menambahkan kekuatan kamu, dan jangan kamu kembali menjadi orang-orang yang berdosa.” Surah Huud : ayat 52 “dan nikahkanlah orang-orang bujang dari kalangan kamu, dan orang-orang soleh dari hamba lelaki dan hamba perempuan kamu. Dan jika mereka orang-orang yang fakir nescaya Allah akan menjadikan mereka kaya, dan Allah sangat luas dan sangat mengetahui.” Surah An-Nur : ayat 32 

“Katakanlah: “Sesungguhnya Tuhanku melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya dan menyempitkan (siapa yang dikehendakiNya)”. 

Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezeki yang sebaik-baiknya.”. Surah Saba’ : ayat 39 

“Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh kamu berbuat kejahatan (bakhil); sedang Allah menjanjikan untukmu ampunan daripadaNya dan kurnia. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui.” Surah Al Baqarah : ayat 268 

(Berinfaklah) kepada orang-orang fakir yang terikat (oleh jihad) di jalan Allah, mereka tidak dapat (berusaha) di muka bumi, orang yang tidak tahu menyangka mereka orang kaya kerana memelihara diri dari meminta-minta. Kamu kenal mereka dengan melihat sifat-sifatnya, mereka tidak meminta kepada orang secara mendesak. Dan apa saja harta yang baik yang kamu nafkahkan (di jalan Allah), maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.” Surah Al -Baqarah : ayat 273 

“dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperolehi (balasan) yang lebih banyak.” Surah Al Muddatsir : ayat 6 

Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, nescaya mereka mendapati di muka bumi ini tempat hijrah yang luas dan rezeki yang banyak” Surah An Nisaa’ : ayat 100 

“Wahai sekalian manusia, makanlah dari apa yang ada di muka bumi yang halal lagi baik”. Surah al-Baqarah : ayat 168

Hadis2x Berkenaan Rezeki: 
Dari Abu Hurairah r.a katanya,:Rasulullah SAW bersabda: ”Hai manusia! Sesungguhnya Allah itu baik. Dia tidak menerima sesuatu melainkan yang baik. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kepada orang-orang mukmin seperti yang diperintahkan-Nya kepada para Rasul. Firman-Nya:” 

Wahai para rasul, Makanlah makanan yang baik-baik (halal) dan kerjakanlah amal soleh. Sesungguhnya Aku Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (al-Mukminun:51) 

“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah rezeki yang baik-baik yang telah kami rezekikan kepadamu...”(al-Baqarah:172) 

Kemudian Nabi SAW menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya perjalanan yang ditempuhnya sehingga rambutnya kusut masai dan berdebu. Orang itu menadah tangannya ke langit dan berdoa:”Wahai Tuhanku! Wahai Tuhanku! “. 

Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari yang haram, pakaiannya dari yang haram dan dia diasuh dengan makanan yang haram. Maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya.” (Muslim) Sahih Muslim dari Abdullah bin Mas'ud r.a, katanya: Rasulullah s.a.w seorang yang benar serta dipercayai bersabda: 

Kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Sebaik sahaja genap empat puluh hari kali kedua terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari kali ketiga bertukar pula menjadi seketul daging. 

Kemudian Allah s.w.t mengutuskan malaikat untuk meniupkan roh serta memerintahkan supaya menulis empat perkara iaitu ditentukan rezeki, tempoh kematian, amalan serta nasibnya samada mendapat kecelakaan atau kebahagiaan. Maha suci Allah s.w.t di mana tiada tuhan selain-Nya. (Kitab Takdir, Bab Peringkat Kejadian Manusia Di Dalam Perut Ibunya, Termasuk Penentuan Rezeki, Tempoh Kematian, Amalan, Juga Mengenai Nasibnya Samada Mendapat Kecelakaan Atau Kebahagiaan dengan nombor 4781) Rasulullah s.a.w bersabda: (yang bermaksud)

"Janganlah berlengah-lengah di dalam usaha mencari rezeki, kerana seorang hamba tidak akan mati sehinggalah rezeki paling akhir (untuknya di dunia) diberikan untuknya (dari ketetapan Allah), maka takutlah kepada Allah, dan perelokkan (bersungguh-sungguh dalam usaha) mencari rezeki, ambillah sumber halal dan tinggalkanlah yang haram." (Sahih al-Jami’, nombor: 7325)

Kereta Terjatuh dari Parkir Pemandu Cedera Parah

Posted by Admin2u 0 comments
KOTA KINABALU - Seorang lelaki cedera parah selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya terjatuh dari parkir tingkat empat bangunan Asia City di sini awal pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 7 pagi ketika mangsa yang berumur 52 tahun itu sedang mengundurkan keretanya namun terbabas lalu terjatuh ke bawah.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata tiga tulang rusuk mangsa patah selain dia mengalami pendarahan pada paru-paru. 

Mangsa sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth 2 dan belum sedarkan diri. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata pihak mereka terpaksa mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta. - Bernama

Abam Beli Biskut Ye Bam.. Mcm Tak Biasa jer.....

Posted by Admin2u 0 comments

Huhuhu... Itu je yang mampu Atok ckpkan... Ckp ke? tak jugak.. Gelak ada ler... Gelak sinis org panggil... Alahai kecoh satu dunia gambar PM kita En Najib Razak membeli belah di Econsave... Fuh.. tengok pada gaya tu memang pelik.. serius pelik... Mcm tak biasa jer.. Jarang pergi pasar raya yer Bang? .. 

Tapi tak ape lah.. kasi lah peluang utk PM kita turun padang... (Bil Elektrik 2X ganda dari sebelum ni ada org perasan tak???) ... Ya.. perasan bagi mereka yang menjadi ketua keluarga.. Ibu pada Anak2 dan sbagainya... Atok pun terkejut beruk... 2X ganda tuuu... Fuh... mengong sat rasanya... 

But Why!!!! ( Lari topik... tapi tak adalah lari.. PM tak ape ler.. org tanggung) 



Dialog Rasulullah dan Iblis Yg Dilaknat

Posted by Admin2u 0 comments
DIALOG RASULULLAH DAN IBLIS 

Suatu ketika Allah SWT memerintahkan seorang Malaikat menemui Iblis agar menghadap Baginda Rasul saw untuk memberitahu segala rahasianya, baik yang disuka maupun yang dibencinya. Hal ini dimaksudkan untuk meninggikan derajat Nabi Muhammad saw dan juga sebagai peringatan dan perisai umat manusia. 

Kemudian Malaikat itupun mendatangi Iblis dan berkata : “Hai Iblis! Engkau diperintah Allah untuk menghadap Rasulullah saw. Bukalah semua rahasiamu dan jawablah setiap pertanyaan Rasulullah dengan jujur. Jika engkau berdusta walau satu perkataanpun, niscaya akan terputus semua anggota badanmu, uratmu serta disiksa dengan azab yang amat pedih”. 

 Mendengar ucapan Malaikat yang dahsyat itu, Iblis sangat ketakutan, maka segera ia menghadap Rasulullah saw dengan menyamar sebagai orang tua yang buta sebelah matanya dan berjanggut putih 10 helai yang panjangnya seperti ekor lembu. Iblis pun memberi salam sampai 3 (tiga) kali salam, 

Rasulullah saw tidak juga menjawabnya, maka Iblis berkata : “Ya Rasullullah! Mengapa engkau tidak menjawab salamku? Bukankah salam itu sangat mulia di sisi Allah?” Maka jawab Nabi dengan marah : “Hai musuh Allah! Kepadaku engkau menunjukkan kebaikanmu? 

Jangan kau coba menipuku sebagaimana kau tipu Nabi Adam as sehingga beliau keluar dari syurga, kau hasut Qabil sehingga ia tega membunuh Habil yang masih saudaranya sendiri, ketika sedang sujud dalam sembahyang kau tiup Nabi Ayub as dengan asap beracun sehingga beliau sengsara untuk beberapa lama, kisah Nabi Daud as dengan perempuan Urya, Nabi Sulaiman meninggalkan kerajaannya karena engkau menyamar sebagai isterinya dan begitu juga beberapa Anbiya dan pendeta yang telah menanggung sengsara akibat hasutanmu. 

Hai Iblis! Sebenarnya salam itu sangat mulia di sisi Allah azza wa jalla, tapi aku diharamkan Allah menjawab salammu. Aku mengenalmu dengan baik wahai Iblis, Raja segala Iblis. Apa tujuanmu menemuiku?”. Jawab Iblis : “Ya Nabi Allah! Janganlah engkau marah. Engkau dapat mengenaliku karena engkau adalah Khatamul Anbiya. Aku datang atas perintah Allah untuk memberitahu segala tipu dayaku terhadap umatmu dari zaman Nabi Adam as hingga akhir zaman nanti. 

Ya Nabi Allah! Setiap apa yang engkau tanya, aku bersedia menerangkan satu persatu dengan sebenarnya, aku tidak berani menyembunyikannya”. 

Kemudian Iblispun bersumpah menyebut nama Allah dan berkata : “Ya Rasulullah! Sekiranya aku berdusta barang sepatahpun niscaya hancur leburlah badanku menjadi abu”. 

Ketika mendengar sumpah Iblis itu, Nabipun tersenyum dan berkata dalam hatinya, inilah kesempatanku untuk menyiasati segala perbuatannya agar didengar seluruh sahabat yang ada di majlis ini dan menjadi perisai seluruh umatku. 

Perrtanyaan Nabi (1) : “Hai Iblis! Siapakah musuh besarmu?” 
Jawab Iblis : “Ya Nabi Allah! Engkaulah musuhku yang paling besar di antara musuh-musuhku di muka bumi ini”. Kemudian Nabipun memandang muka Iblis dan Iblispun gemetar karena ketakutan. Sambung Iblis : “Ya Khatamul Anbiya! Aku dapat merubah diriku seperti manusia, binatang dan lain-lain hingga rupa dan suarapun tidak berbeda, kecuali dirimu saja yang tidak dapat aku tiru karena dicegah oleh Allah. 

Andaikan aku menyerupai dirimu, maka terbakarlah diriku menjadi abu. Aku cabut iktikad / niat anak Adam supaya menjadi kafir karena engkau berusaha memberi nasihat dan pengajaran supaya mereka kuat untuk memeluk agama Islam, begitu juga aku berusaha menarik mereka kepada kekafiran, murtad atau munafik. Aku akan menarik seluruh umat Islam dari jalan yang benar menuju jalan yang sesat supaya masuk ke dalam neraka dan kekal di dalamnya bersamaku”. 

Pertanyaan Nabi (2) : “Hai Iblis! Apa yang kau perbuat terhadap makhluk Allah?” 
Jawab Iblis : “Adalah satu kemajuan bagi perempuan yang merenggangkan kedua pahanya kepada lelaki yang bukan suaminya, setengahnya hingga mengeluarkan benih yang salah sifatnya. Aku goda semua manusia supaya meninggalkan sholat, berbuai dengan makanan dan minuman, berbuat durhaka, aku lalaikan dengan harta benda, emas, perak dan permata, rumahnya, tanahnya, ladangnya supaya hasilnya dibelanjakan ke jalan yang haram. Demikian juga ketika pesta di mana lelaki dan perempuan bercampur. 

Di sana aku lepaskan godaan yang besar supaya mereka lupa peraturan dan akhirnya minum arak. Apabila terminum arak itu, maka hilanglah akal, fikiran dan malunya. Lalu aku ulurkan tali cinta dan terbukalah beberapa pintu maksiat yang besar, datang perasaan hasad dengki hingga perbuatan zina. Apabila terjadi kasih antara mereka, terpaksalah mereka mencari uang hingga menjadi penipu, peminjam dan pencuri. 

Apabila mereka sadar akan kesalahan mereka lalu hendak bertaubat dan berbuat amal ibadah, akan aku rayu supaya mereka membatalkannya. Semakin keras aku goda supaya mereka berbuat maksiat dan mengambil isteri orang. Jika hatinya terkena godaanku, datanglah rasa ria’, takabur, iri, sombong dan melengahkan amalnya. Jika lidahnya yang tergoda, maka mereka akan gemar berdusta, mencela dan mengumpat. Demikianlah aku goda mereka setiap saat”. 

Pertanyaan Nabi (3) : “Hai Iblis! Mengapa engkau bersusah payah melakukan pekerjaan yang tidak mendatangkan faedah bahkan menambah laknat yang besar dan siksa yang besar di neraka yang paling bawah? Hai yang dikutuk Allah! Siapa yang menjadikanmu? Siapa yang melanjutkan usiamu? Siapa yang menerangkan matamu? Siapa yang memberi pendengaranmu? Siapa yang memberi kekuatan anggota badanmu? 
Jawab Iblis : “Semuanya itu adalah anugerah dari Allah Yang Maha Besar. Tetapi hawa nafsu dan takabur membuatku menjadi jahat sebesar-besarnya. Engkau lebih tahu bahwa diriku telah beribu-ribu tahun menjadi Ketua seluruh Malaikat dan pangkatku telah dinaikkan dari satu langit ke langit yang lebih tinggi. Kemudian aku tinggal di dunia ini beribadah bersama para Malaikat beberapa waktu lamanya. 

Tiba-tiba datang firman Allah SWT hendak menjadikan seorang Khalifah di dunia ini, maka akupun membantah. Lalu Allah menciptakan manusia yang pertama (Nabi Adam as) dan seluruh Malaikat diperintah supaya memberi hormat sujud kepada lelaki itu, hanya aku saja yang ingkar. Oleh karena itu, Allah murka kepadaku dan wajahku yang tampan rupawan dan bercahaya itu berubah menjadi keji dan menakutkan. Aku merasa sakit hati. 

Kemudian Allah menjadikan Adam raja di syurga dan dikaruniakan seorang permaisuri (Siti Hawa) yang memerintah seluruh bidadari. Aku bertambah dengki dan dendam kepada mereka. Akhirnya aku berhasil menipu mereka melalui Siti Hawa yang menyuruh Adam memakan buah khuldi, lalu keduanya diusir dari syurga ke dunia. Keduanya berpisah beberapa tahun dan kemudian dipertemukan Allah (di Padang Arafah), hingga mereka mendapat beberapa orang anak. 

Kemudian kami hasut anak lelakinya Qabil supaya membunuh saudaranya Habil. Itupun aku masih belum puas dan berbagai tipu daya aku lakukan hingga hari kiamat kelak. Sebelum engkau lahir ke dunia, aku beserta bala tentaraku dengan mudah dapat naik ke langit untuk mencuri segala rahasia, tulisan yang menyuruh manusia berbuat ibadah dan balasan pahala serta syurga mereka. 

Kemudian aku turun ke dunia dan memberitahu manusia yang lain tentang apa yang sebenarnya aku dapatkan dengan berbagai tipu daya hingga tersesat dengan berbagai kitab bid’ah dan kehancuran. Tetapi ketika engkau lahir ke dunia ini, maka aku tidak diijinkan oleh Allah untuk naik ke langit dan mencuri rahasia karena banyak Malaikat yang menjaga di setiap lapisan pintu langit. 

Jika aku memaksa untuk naik, maka Malaikat akan melontarkan anak panah dari api yang menyala. Sudah banyak bala tentaraku yang terkena lontaran Malaikat itu dan semuanya terbakar menjadi abu, maka semakin beratlah pekerjaanku dan bala tentaraku untuk menjalankan tugas menghasut manusia”.

Pertanyaan Nabi (4) : Rasullullah bertanya “Hai Iblis! Apa yang pertama kali kau tipu dari manusia?” Jawab Iblis :  “Pertama kali aku palingkan iktikad / niatnya, imannya kepada kafir dan juga dari segi perbuatan, perkataan, kelakuan atau hatinya. Jika tidak berhasil juga, akan aku tarik dengan cara mengurangi pahala. Lama-kelamaan mereka akan terjerumus mengikuti kemauanku”. 

Pertanyaan Nabi (5) : “Hai Iblis! Jika umatku sholat karena Allah, apa yang terjadi padamu?” 
Jawab Iblis : “Sungguh penderitaan yang sangat besar. Gemetarlah badanku dan lemah tulang sendiku, maka aku kerahkan berpuluh-puluh iblis datang menggoda manusia pada setiap anggota badannya. Beberapa iblis datang pada setiap anggota badannya supaya malas sholat, was-was, lupa bilangan raka’atnya, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, merasa terburu-buru supaya cepat selesai sholatnya, 

hilang khusyuknya, matanya senantiasa melirik ke kanan dan ke kiri, telinganya senantiasa mendengar percakapan orang dan bunyi-bunyi yang lain. Beberapa iblis yang lain duduk di belakang badan orang yang sembahyang itu supaya tidak kuat sujud berlama-lama, penat waktu duduk tahiyat dan dalam hatinya selalu merasa terburu-buru supaya cepat selesai sholatnya, itu semua membuat berkurangnya pahala. Jika para iblis tidak dapat menggoda manusia itu, maka aku sendiri akan menghukum mereka dengan hukuman yang berat”.

Pertanyaan Nabi (6) : “Jika umatku membaca Al-Qur’an karena Allah, apa yang terjadi padamu?” 
Jawab Iblis :  “Jika mereka membaca Al-Qur’an karena Allah, maka terbakarlah tubuhku, putuslah seluruh uratku lalu aku lari dan menjauh darinya”. 

Pertanyaan Nabi (7) : “Jika umatku mengerjakan haji karena Allah, bagaimana perasaanmu?” 
Jawab Iblis :  “Binasalah diriku, gugurlah daging dan tulangku karena mereka telah mencukupkan rukun Islamnya”. 

Pertanyaan Nabi (8) : “Jika umatku berpuasa karena Allah, bagaimana keadaanmu?” 
Jawab Iblis : “Ya Rasulullah! Inilah bencana yang paling besar bahayanya buatku. Apabila masuk awal bulan Ramadhan, maka memancarlah cahaya Arasy dan Kursi, bahkan seluruh Malaikat menyambut dengan suka cita. Bagi orang yang berpuasa, Allah akan mengampunkan segala dosa yang lalu dan digantikan dengan pahala yang amat besar serta tidak dicatat dosanya selama dia berpuasa. Yang menghancurkan hatiku ialah segala isi langit dan bumi, yakni Malaikat, bulan, bintang, burung dan ikan-ikan semuanya siang malam memohonkan ampunan bagi orang yang berpuasa. 

Satu lagi kemudian orang berpuasa ialah dimerdekakan pada setiap masa dari azab neraka. Bahkan semua pintu neraka ditutup manakala semua pintu syurga dibuka seluas-luasnya dan dihembuskan angin dari bawah Arasy yang bernama Angin Syirah yang amat lembut ke dalam syurga. Pada hari umatmu mulai berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekalian Malaikat dengan garangnya menangkapku dan tentaraku, jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. 

Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umatmu berpuasa, barulah aku dilepaskan dengan perintah agar tidak mengganggu umatmu. Umatmu sendiri telah merasa ketenangan berpuasa sebagaimana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut dibandingkan bulan biasanya”. 

Pertanyaan Nabi (9) : “Hai Iblis! Bagaimana seluruh sahabatku menurutmu?” 
Jawab Iblis : “Seluruh sahabatmu termasuk musuh besarku. Tiada upayaku melawannya dan tiada satupun tipu daya yang dapat masuk kepada mereka. Karena engkau sendiri telah berkata : “Seluruh sahabatku adalah seperti bintang di langit, jika kamu mengikuti mereka, maka kamu akan mendapat petunjuk”. Sayyidina Abu Bakar al-Siddiq sebelum bersamamu, aku tidak dapat mendekatinya, apalagi setelah berdampingan denganmu. 

Dia begitu percaya atas kebenaranmu hingga dia menjadi wazirul a’zam. Bahkan engkau sendiri telah mengatakan jika ditimbang seluruh isi dunia ini dengan amal kebajikan Abu Bakar, maka akan lebih berat amal kebajikan Abu Bakar. Lagipula dia telah menjadi mertuamu karena engkau menikah dengan anaknya, Sayyidatina Aisyah yang juga banyak menghafal Hadits-haditsmu. 

Adapun Sayyidina Umar bin Khatab, aku tidak berani memandang wajahnya karena dia sangat keras menjalankan hukum syariat Islam dengan seksama. Jika aku pandang wajahnya, maka gemetarlah seluruh tulang sendiku karena sangat takut. Hal ini karena imannya sangat kuat apalagi engkau telah mengatakan : “Jikalau ada Nabi sesudah aku, maka Umar boleh menggantikan aku”, karena dia adalah orang harapanmu serta pandai membedakan antara kafir dan Islam hingga digelar ‘Al-Faruq’. 

Sayyidina Usman bin Affan, aku tidak bisa bertemu karena lidahnya senantiasa membaca Al-Qur’an. Dia penghulu orang sabar, penghulu orang mati syahid dan menjadi menantumu sebanyak 2 (dua) kali. Karena taatnya, banyak Malaikat datang menghampiri dan memberi hormat kepadanya karena Malaikat itu sangat malu kepadanya hingga engkau mengatakan : “Barangsiapa menulis Bismillaahirrahmaanirrahiim pada kitab atau kertas-kertas dengan tinta merah, niscaya mendapat pahala seperti pahala Usman mati syahid”. 

Sayyidina Ali bin Abi Thalibpun aku sangat takut karena hebatnya dan gagahnya dia di medan perang, tetapi sangat sopan santun, alim orangnya. Jika iblis, syaitan dan jin memandang beliau, maka terbakarlah kedua mata mereka karena dia sangat kuat beribadah dan beliau adalah golongan orang pertama yang memeluk agama Islam serta tidak pernak menundukkan kepalanya kepada berhala. Bergelar ‘Ali Karamullahu Wajhahu” dimuliakan Allah akan wajahnya dan juga ‘Harimau Allah’ dan engkau sendiri berkata : “Akulah negeri segala ilmu dan Ali itu pintunya”. Lagipula dia menjadi menantumu, aku semakin ngeri kepadanya”. 

Pertanyaan Nabi (10) : “Bagaimana tipu dayamu kepada umatku?” 
Jawab Iblis : “Umatmu itu ada 3 (tiga) macam. Yang pertama, seperti hujan dari langit yang menghidupkan segala tumbuhan yaitu ulama yang memberi nasihat kepada manusia supaya mengerjakan perintah Allah dan meninggalkan laranganNya seperti kata Jibril as : “Ulama itu adalah pelita dunia dan pelita akhirat”. Yang kedua, umat tuan seperti tanah yaitu orang yang sabar, syukur dan ridha dengan karunia Allah. Berbuat amal saleh, tawakal dan kebajikan. 

Yang ketiga, umatmu seperti Fir’aun, terlampau tamak dengan harta dunia dan dihilangkan amal akhirat, maka akupun bersuka cita lalu masuk ke dalam badannya, aku putarkan hatinya ke lautan durhaka dan aku ajak kemana saja mengikuti kemauanku. Jadi dia selalu bimbang kepada dunia dan tidak mau menuntut ilmu, tidak pernah beramal saleh, tidak mau mengeluarkan zakat dan malas beribadah.

Lalu aku goda agar manusia minta kekayaan lebih dulu dan apabila diizinkan Allah dia menjadi kaya, maka aku rayu supaya lupa beramal, tidak membayar zakat seperti Qarun yang tenggelam dengan istana mahligainya. Bila umatmu terkena penyakit tidak sabar dan tamak, dia selalu bimbang akan hartanya dan berangan-angan hendak merebut kemewahan dunia, benci dan menghina kepada yang miskin, membelanjakan hartanya untuk kemaksiatan”. 

Pertanyaan Nabi (11) : “Siapa yang serupa denganmu?” 
Jawab Iblis :  “Orang yang meringankan syariatmu dan membenci orang yang belajar agama Islam”.

Pertanyaan Nabi (12) : “Siapa yang membuat mukamu bercahaya?” 
Jawab Iblis : “Orang yang berdosa, bersumpah bohong, saksi palsu dan suka ingkar janji”. 

Pertanyaan Nabi (13) : “Apa yang kau rahasiakan dari umatku?” 
Jawab Iblis : “Jika seorang Muslim buang air besar dan tidak membaca do’a terlebih dahulu, maka aku gosok-gosokkan najisnya sendiri ke badannya tanpa dia sadari”. 

Pertanyaan Nabi (14) : “Jika umatku bersatu dengan isterinya, apa yang kau lakukan?” 
Jawab Iblis : “Jika umatmu hendak bersetubuh dengan isterinya dan membaca do’a pelindung syaitan, maka aku lari dari mereka. Jika tidak, aku akan bersetubuh dahulu dengan isterinya dan bercampurlah benihku dengan benih isterinya. Jika menjadi anak, maka anak itu akan gemar berbuat maksiat, malas pada kebaikan, durhaka. Ini semua karena kealpaan ibu bapaknya sendiri. Begitu juga jika mereka makan tanpa membaca Bismillah, aku santap makanannya lebih dulu daripadanya. Walaupun mereka makan, tidaklah mereka merasa kenyang”. 

Pertanyaan Nabi (15) : “Apa yang dapat menolak tipu dayamu?” 
Jawab Iblis :  “Jika berbuat dosa, maka cepat-cepatlah bertaubat kepada Allah, menangis menyesal akan perbuatannya. Apabila marah, segeralah mengambil air wudhu’, maka padamlah marahnya”. 

Pertanyaan Nabi (16) : “Siapakah orang yang paling engkau sukai?” 
Jawab Iblis : “Lelaki dan perempuan yang tidak mencukur atau mencabut bulu ketiak atau bulu ari-ari (bulu kemaluan) selama 40 hari. Di situlah aku mengecilkan diri, bersarang, bergantung, berbuai seperti pijat pada bulu itu”. 

Pertanyaan Nabi (17) : “Hai Iblis! Siapakah saudaramu?” 
Jawab Iblis :  “Orang yang tidur meniarap / telungkup, orang yang matanya terbuka di waktu Subuh tetapi menyambung tidur lagi. Lalu aku lenakan dia hingga terbit fajar. Demikian juga pada waktu Dzuhur, Asar, Maghrib dan Isya’, aku beratkan hatinya untuk sholat”. 

Pertanyaan Nabi (18) : “Apa yang dapat membinasakan dirimu?” 
Jawab Iblis : “Orang yang banyak menyebut nama Allah, bersedekah dengan tidak diketahui orang, banyak bertaubat, banyak tadarus Al-Qur’an dan sholat tengah malam”. 

Pertanyaan Nabi (19) : “Hai Iblis! ?” Apa yang dapat memecahkan matamu?” 
Jawab Iblis : “Orang yang duduk di dalam masjid dan beri’tikaf di dalamnya”. 

Pertanyaan Nabi (20) : “Apa lagi yang dapat memecahkan matamu?”
Jawab Iblis : “Orang yang taat kepada kedua ibu bapaknya, mendengar kata mereka, membantu makan, pakaian mereka selama mereka hidup, karena engkau telah bersabda : Syurga itu di bawah tapak kaki ibu”.

(Dikutip dari : KH. Abdullah Gymnastiar, Muhasabah Kiat Sukses Introspeksi Diri, Penerbit Difa Press, September 2006)



Bagi Mereka yang Sedang Mencari Domain Website dan Server.. Atok Cadangkan Pakai Service Server dibawah ni.. Terbaik!!.. Malaysia Web Hosting

Terima Segala Posting Terbaru dari ATOK Melalui Facebook...