Apa Kata PAS Tentang Isu Kekosongan Kerusi Adun Kajang

Posted by Admin2u Tuesday 28 January 2014 0 comments
ISU KEKOSONGAN KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI KAWASAN KAJANG 

Ahli Ahli PAS Selangor diminta bertenang PAS Selangor mengikuti perkembangan politik di Selangor secara langsung dan berhati hati. PAS Selangor menganggap isu kekosongan kerusi Adun Kajang adalah isu dalaman PKR yang tidak ada kena mengena dengan jawatan dan kedudukan MB Selangor pada waktu ini. 

"Apa saja keputusan PKR untuk mengosongkan kerusi adun atau menentukan siapa calon, adalah hak PKR untuk menentukan nya dan PAS Selangor tidak akan terlibat campur" 

"Selagi isu jawatan MB Selangor tidak dikaitkan, maka PAS hanya menjadi pemerhati sahaja" 

"Namun sekiranya berlaku kekosongan pada jawatan MB, maka PAS Selangor akan mengambil bahagian dalam menentukan siapa calon yang akan di terima oleh rakyat.. Dan PAS Selangor akan turut menghantar senarai calon MB yang dirasakan layak dan sesuai. Ini termasuk menamakan YB Pesuruhjaya PAS Selangor sebagai calon utama kita" 

"kita akan hantar nama ini untuk pertimbangan PAS Pusat. Terserah kepada kepimpinan pusat untuk menentukannya kemudian" 

"Mengapa kita hantar calon kita? Kerana kita juga memiliki kerusi terbanyak dalam Dewan Undangan Negeri" 

"Dengan itu PAS Selangor mintak ahli-ahli PAS di semua peringkat untuk terus bertenang dan menunggu arahan terus dari PAS Selangor dari masa ke semasa". 

Apa pun keputusan kita dalam Pakatan Rakyat kita yakin ia mestilah membawa kepada kestabilan kerajaan negeri selangor yang di pimpin oleh Pakatan. MOHD KHAIRUDDIN OTHMAN Setiausaha Pas Negeri Selangor 0172245351

Atok: Tengok jer lah dulu.... 

Bagi Mereka yang Sedang Mencari Domain Website dan Server.. Atok Cadangkan Pakai Service Server dibawah ni.. Terbaik!!.. Malaysia Web Hosting

Terima Segala Posting Terbaru dari ATOK Melalui Facebook...