Rahsia Wanita Mengikut Kedudukan Ahli Keluarga

Posted by Admin2u Tuesday 28 January 2014 0 comments
Assalamualaikum w.b.t... 
@ BismiLLAH hir Rahman nir Rahim @

RAHSIA WANITA MENGIKUT KEDUDUKAN DALAM AHLI KELUARGA 

Mungkin tidak ramai diantara kita yang pernah mendengar bahawa kita mempunyai beberapa sifat yang dipengaruhi oleh unsur-unsur alam seperti tanah, air, api dan angin. 

Perkara ini merupakan petua orang-orang Melayu bagi memilih pasangan. Bagi lelaki yang berunsur api elakkan dari memilih pasangan yang mempunyai unsur sepertinya. 

Tapi itu hanyalah pandangan orang tua-tua. Penentuan unsur seseorang ditentukan melalui anak ke berapa dalam keluarga. 
i) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan 
ii) Air - kedua, Keenam, kesepuluh  
iii) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas  
iv) Angin - keempat, kelapan, kedua-belas  

Wanita berunsur Tanah:- anak pertama, kelima, kesembilan  
Tanah yang subur mempu membuahi tanaman yang hijau dan mekar. Wanita yang bersifat tanah biasanya mempunyai sifat-sifat seperti:
  • Rendah diri di hadapan suaminya serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban demi kasih sayangnya kepada suami.
  • Sebahagian sifat tanah, wanita jenis ini tidak cerewet, tidak suka bercakap meninggikan diri, tidak menyombong dan bukan seorang pemarah.
  • Tenang dan mengamankan jiwa suami, selalu memberi galakan dan sokongan dan tidak suka membantah atau membangkang.
  • Orang yang berperawakan manis dan lemah lembut, pembersih dan sentiasa menjaga kecantikan untuk suami.
Wanita berunsurkan Air :-kedua, Keenam, kesepuluh 
Air sifatnya bersih dan suci, sejuk, nyaman serta menghilangkan dahaga. Air juga sifatnya mencambahkan benih, menyuburkan serta menyegarkan. Wanita bersifat air mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
  • Menghidupkan hati suami menjadikan suami sentiasa bersemangat.
  • Mengambil berat tentang suami dan kebajikan anak-anak serta tidak membiarkan anak-anak hanyut dibawa arus hidup.
  • Hatinya bersih serta boleh membahagiakan suami dan anak-anak.
  • Menenangkan hati suami bila si suami menghadapi masalah.
Wanita yang berunsurkan Api :-ketiga, ketujuh, kesebelas  
Api sifatnya panas dan membakar tapi menerangi kegelapan malam. Ia juga menghangatkan kedinginan malam serta digunakan untuk memasak. Wanita bersifat api:
  • Cintanya sentiasa hangat membara kepada suami serta kuat cemburu.
  • Cergas dan cepat dalam geraklaku menjadikan dia seorang yang cekap dalam menguruskan hal-hal rumahtangga.
  • Penasihat yang baik kepada suami.
  • Pandai dan cekap menguruskan rumahtangga. Pandai menghias diri agar kelihatan cantik dan menarik dihadapan suami.
  • Sentiasa waspada dan cepat bertindak bagi menyelamatkan keadaan.
Wanita berunsur Angin :- keempat, kelapan, kedua-belas  
Angin meredakan kehangatan, menjadi sumber tenaga. Wanita yang berunsurkan angin:
  • Mempunyai sifat lemah lembut dan menyenangkan suami.
  • Pandai memujuk rayu suami dengan kata-kata yang indah.
  • Mempunyai perilaku yang bersopan-santun dan berpekerti mulia dan tidak suka menyusahkan suami.
  • Pandai mewujudkan suasana selesa dlam rumahtangga agar ia sentiasa dipenuhi kegembiraan dan ketenangan
Sumber FB Mawar Cinta
------------------------------------------------------------------
 p/s: Segala komentar yang Anda berikan disini merupakan tanggungjawab diri Anda sendiri.. Harap Maklum... 
------------------------------------------------------------------


Bagi Mereka yang Sedang Mencari Domain Website dan Server.. Atok Cadangkan Pakai Service Server dibawah ni.. Terbaik!!.. Malaysia Web Hosting

Terima Segala Posting Terbaru dari ATOK Melalui Facebook...