Tersentuh Hati Anak Minta utk Bertudung - Ziana Zain

Posted by Admin2u Saturday 25 January 2014 0 comments

Diva bervokal lantang Ziana Zain, 46, tersentuh hati apabila anak lelakinya Mohd Aiman, meminta beliau supaya memakai tudung.

Menurut penyanyi yang popular dengan lagu seperti Madah Berhelah dan Kekal ini, niatnya mahu berhijab telah lama timbul di dalam hati. Namun beliau menantikan masa yang sesuai untuk dirinya melakukan perubahan tersebut.

“Anak sulung saya Aiman pernah tanya saya, katanya, “mama, bila mama nak pakai tudung. Saya jawab, “bila tiba masanya nanti, InsyaAllah… mama akan pakai. Niat tu memang dah lama ada dalam hati”, katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Teaterikal Suara Kita, di Istana Budaya, baru-baru ini.

Tambah pemilik nama sebenar Siti Roziana Mohammad Zain ini sejak menghantar Aiman ke sekolah Agama letak di Sabak Bernam Selangor, anak sulungnya itu sering menegurnya dari segi pemakaian dan imej.

“Pernah sekali tu, Aiman ikut saya pergi beli kuih di warung berdekatan rumah. Masa tu saya pakai skirt paras bawah lutut. Masa saya beli kuih tu, si Aiman yang berdiri kat sebelah terus tutup lencana baju dia dengan tangan.

“Saya tanya dia kenapa Aiman tutup lencana tu? Dia jawab, mama, “Mama, jangan malukan sekolah Aiman. Mama tak tutup aurat tu…”, ceritanya sambil tersenyum mengenangkan gelagat anaknya yang berusia 14 tahun itu.

Selain Aiman, Ziana mempunyai anak lelaki, Mohamad Amar (11 tahun) dan sepasang Muhammad Ariel dan Siti Nour Kaseh yang kini berusia 5 tahun.

Sementara itu, menyentuh pula mengenai Konsert Teaterikal Suara Kita, Ziana berkata dia teruja saat Awie mengemukan idea projek tersebut kepadanya.

Lebih-lebih lagi apabila peminat berjumpa dan memberitahu beliau yang mereka seronok bila menonton kembali filem-filem lakonannya seperti Sembilu, Sembilu 2 dan Maria Mariana.

“Selama ni ada ramai peminat beritahhu saya mereka seronok bila filem macam Sembilu atau Maria Mariana diulang tayang di TV. Ramai juga yang minta untuk kami bertiga kembali semula ke layar perak. Jadi dengan adanya konsert ini, sekurang-kurangnya mengubat rindu dan mengembalikan semula nostalgia mereka.

“Saya pun sebenarnya seronok dan tak sabar nak mulakan sesi latihan. Rasa rindu nak berkumpul dengan kawan-kawan. Jadi, ini juga boleh dikira sebagai reunion kami bertiga iaitu saya, Awie dan Erra Fazira .

“Babak paling saya tak sabar sekali babak saya peluk Awie. Tapi tak tahu lagi sama ada pengarah Eirma Fatimah akan selitkan babak itu atau tidak”, katanya.

Konsert Teaterikal Suara Kita akan berlangsung pada 3 hingga 9 Mac depan itu, di Istana Budaya.


Atok: Oklah Tu Kak Ziana... Bagus dah Anak tu.. Alhamdulillah Kerana Mendidik Anak dengan jayanya... Tapi apa salahnya Kalau benda elok kita ikutkan... Sapa tak sayang Anak..dan bergitu juga Sapa tak sayang Ibu.. Takkan Anak nak tengok dan biarkan Ibu lalai dan terbiar di dalam Api......... Semoga Kak Zi leh dengar cakap Anak Ka Zi tu.. Iklas tak Iklas .. seru tak seru tu blakang kira.. sbbnya Benda Wajib ni.. IKlas ke Tak Iklas ke tak penting.... 





Bagi Mereka yang Sedang Mencari Domain Website dan Server.. Atok Cadangkan Pakai Service Server dibawah ni.. Terbaik!!.. Malaysia Web Hosting

Terima Segala Posting Terbaru dari ATOK Melalui Facebook...