Budak Perempuan Mati diKelar Bapa

Posted by Admin2u Friday 31 January 2014 0 comments
Semalam Atok dok main2 FB (Apa ko ingat ko sorg je pandai FB?? Atok Umur 70++ pun pandai gak lor).. So ternampak lah jugak posting by Personal by Someone direct yang mengenali dan melihat apa keadaan (Selepas kejadian) yang berlaku... So dipostkan gambar Keluarga kisah ni... 

Ahli Keluarga ni ramai jugak lah .. laki 2 org dan 4 org popuan.. (Lebih kurang.. Atok cari tak jmpa dah).. so mgkin yang ni lah kot kisahnya... Ayah mengelar Anak2 dia.. hurmm..Tak tau lah Atok nak kata Apa.. Setiap org mengalami keadaan yang berlainan... Semoga Kita terlindung dari segala Bala Bahaya di Dunia dan Akhirat.... Akhir kata Atok... Salam Takziah buat keluarga ni.. 

BANGI - Seorang lelaki mengelar hingga mati anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan mencederakan dua lagi anak perempuannya di rumah mereka di Seksyen 4 Bandar Baru Bangi di sini, petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abd Rahim Jaafar berkata dalam kejadian 4.15 petang itu, lelaki berkenaan mencederakan anak-anak perempuannya yang berusia 10 dan 12 tahun di tengkuk dan tangan hingga menyebabkan seorang daripadanya putus jari.

"Polis masih lagi mencari jari itu di dalam rumah suspek," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata seorang lagi anak perempuannya yang berumur 15 tahun dan anak lelakinya yang berusia 17 tahun dapat menyelamatkan diri daripada bapa mereka, yang bersenjatakan sebilah parang dalam kejadian itu.

Menurutnya anak perempuannya berusia 15 tahun itu, yang baru pulang dari sekolah menengah agama, terkejut apabila melihat bapanya sedang berdiri dengan memegang sebilah parang di dalam rumah teres dua tingkat itu.

"Budak perempuan itu melihat ada kesan darah di ruang tamu dan mendapati adik-adiknya cedera. Dia terus menjerit dan memanggil abangnya yang berada di tingkat atas.

"Abangnya meluru keluar dari bilik dan melihat keadaan di tingkat bawah lalu meminta adiknya itu segera berlari ke tingkat atas dan bersembunyi di dalam bilik sebelum dia menghubungi polis," katanya.

Abd Rahim berkata ketika tiba, polis mendapati dua anaknya yang cedera berada di ruang tamu dan segera membawa mereka ke Hospital Kajang dekat sini untuk rawatan.

Polis menjumpai mayat anak perempuannya yang dikelar di leher, di bilik tingkat bawah rumah itu

"Mayatnya dihantar ke Hospital Kajang untuk dibedah siasat," katanya.

Menurutnya semasa kejadian itu, ibu mangsa berada di tempat kerjanya di Cyberjaya.

Susulan kejadian itu, polis mencari lelaki berusia 44 tahun itu dan menemuinya di tebing sungai di belakang kawasan perumahan itu kira-kira 6 petang.

"Suspek dijumpai dalam keadaan murung, basah dan cedera di kepalanya. Polis percaya suspek telah terjun ke dalam sungai tetapi naik ke tebing kemudian," katanya.

Abd Rahim berkata polis turut merampas sebilah parang daripada lelaki itu.

Lelaki itu yang menganggur sejak dua tahun lepas, tidak mempunyai rekod jenayah dan mungkin mengalami masalah mental, katanya.

Sementara itu, seorang jiran keluarga itu, yang enggan dikenali, berkata ibu mangsa kini berada di Hospital Kajang bagi menemani anak-anaknya yang cedera.

Wanita itu berkata keluarga mangsa sangat dihormati oleh jiran-jirannya kerana mereka sekeluarga rajin solat berjemaah di surau kawasan perumahan itu. - Bernama


Tambahan 01.02.2014 ----------------------

BANGI - “Salah seorang mangsa (anak suspek) yang cedera lari dan masuk ke dalam rumah saya,” kata salah seorang jiran menceritakan detik kejadian itu.

Jiran yang enggan dikenali itu berkata, melihat mangsa berumur 12 tahun itu cedera serta berlumuran darah, dia meminta isterinya membawa mangsa ke Hospital Kajang untuk mendapatkan rawatan. 

Lelaki yang berumur lingkungan 70-an itu berkata, beliau meminta tiga orang jirannya mengangkat mangsa masuk ke dalam kereta sebelum dibawa ke hospital. Menurutnya, sejurus selepas itu, dia hendak ke rumah suspek namun dihalang jiran yang mengatakan suspek berada di rumahnya sambil memegang parang.

Seorang lagi jiran yang enggan dikenali berkata, keluarga suspek dikenali oleh penduduk setempat sebagai orang baik-baik dan alim.

“Mereka selalu solat berjemaah hampir setiap waktu di surau berdekatan rumah mereka,” katanya.

Namun, beliau berkata, setiap kali solat jemaah, suspek bersama tiga anak lelakinya tidak akan solat bersebelahan jika mereka berjemaah.

“Sekiranya suspek berada di tengah saf, ketiga-tiga anak lelakinya mungkin berada di sebelah kiri atau kanan saf tersebut,” katanya ketika ditemui di rumah suspek di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi, di sini, semalam.

Ditanya adakah suspek mempunyai masalah keluarga dengan anak-anaknya, lelaki berumur lingkungan 20-an itu menepis dakwaan sambil mengatakan suspek rapat dengan salah seorang anak perempuannya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, semua mangsa berada dalam keadaan stabil di Hospital Kajang dan Hospital Kuala Lumpur (HKL).  Menurutnya, ibu jari tangan kiri mangsa berumur 10 tahun itu putus dan kini sedang dirawat di Hospital Kajang.

“Seorang lagi mangsa berumur 12 tahun mengalami kecederaan di belakang tengkuk dan sedang dirawat di HKL,” katanya ketika ditemui di tanah perkuburan Islam Sungai Tangkas, Kajang, semalam.

Menurut Ab Rashid, suspek kini dirawat di bawah pengawasan polis di Hospital Kajang. Polis juga sedang menunggu laporan hospital sama ada suspek mengalami masalah mental atau tidak.

Katanya, suspek tidak mempunyai rekod masalah mental dan dia direman selama seminggu bermula semalam untuk membantu siasatan. Cubaan wartawan untuk mendapat penjelasan daripada keluarga mangsa gagal kerana keluarganya enggan ditemubual serta mengelak untuk bertemu pihak media.

Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Sungai Tangkas, Kajang, kira-kira jam 3 petang semalam disaksikan keluarga serta jiran terdekat mangsa.

Sumber Sinar Harian

0 comments:

Post a Comment


Bagi Mereka yang Sedang Mencari Domain Website dan Server.. Atok Cadangkan Pakai Service Server dibawah ni.. Terbaik!!.. Malaysia Web Hosting

Terima Segala Posting Terbaru dari ATOK Melalui Facebook...