Rata2 Rakyat Malaysia Gunakan Telefon utk Tugasan

Posted by Admin2u Wednesday 29 January 2014 0 comments
Tujuh daripada 10 syarikat di Malaysia melaporkan majoriti pekerja menggunakan peranti komputer peribadi seperti telefon pintar dan tablet di tempat kerja, menurut kaji selidik Avanade, penyedia perkhidmatan dan penyelesaian teknologi perniagaan global. 

Berbanding purata 54 peratus di seluruh dunia, 76 peratus syarikat Malaysia melaporkan majoriti pekerja menggunakan telefon pintar untuk melakukan kerja asas pejabat seperti memeriksa emel dan dokumen atas talian. 

Penggunaan tablet di tempat kerja juga semakin meningkat di Malaysia di mana 60 peratus pekerja menggunakan peranti ini untuk pelbagai fungsi tugas asas, hampir dua kali ganda berbanding purata global sebanyak 33 peratus. 

Dapatan kajian juga menunjukkan penggunaan teknologi yang meluas ini memberi pengaruh besar kepada cara perniagaan dijalankan dan hasil yang diperoleh. Menurut Avanade, lebih 96 peratus syarikat di Malaysia mengubah proses perniagaan sekurang-kurangnya sekali berbanding 71 peratus purata global untuk mendapat manfaat teknologi mudah alih.

Antara perubahan yang dilakukan termasuk pengurusan teknologi maklumat, jualan dan pemasaran, sumber manusia dan perkhidmatan pelanggan. Sumber

Bagi Mereka yang Sedang Mencari Domain Website dan Server.. Atok Cadangkan Pakai Service Server dibawah ni.. Terbaik!!.. Malaysia Web Hosting

Terima Segala Posting Terbaru dari ATOK Melalui Facebook...