Kereta Terjatuh dari Parkir Pemandu Cedera Parah

Posted by Admin2u Thursday 30 January 2014 0 comments
KOTA KINABALU - Seorang lelaki cedera parah selepas kereta Perodua Myvi yang dipandunya terjatuh dari parkir tingkat empat bangunan Asia City di sini awal pagi tadi.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 7 pagi ketika mangsa yang berumur 52 tahun itu sedang mengundurkan keretanya namun terbabas lalu terjatuh ke bawah.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun berkata tiga tulang rusuk mangsa patah selain dia mengalami pendarahan pada paru-paru. 

Mangsa sedang menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth 2 dan belum sedarkan diri. 

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata pihak mereka terpaksa mengeluarkan mangsa yang tersepit di dalam kereta. - Bernama

0 comments:

Post a Comment


Bagi Mereka yang Sedang Mencari Domain Website dan Server.. Atok Cadangkan Pakai Service Server dibawah ni.. Terbaik!!.. Malaysia Web Hosting

Terima Segala Posting Terbaru dari ATOK Melalui Facebook...