Apakah Alam Semester Seperti "Trompet" Israfil ???

Posted by Admin2u Wednesday 29 January 2014 0 comments
Assalamualaikum w.b.t... 
@ BismiLLAH hir Rahman nir Rahim @

“Dan pada hari ditiup sangkakala (trompet), maka terkejutlah semua yang ada di langit dan semua yang di bumi, kecuali mereka yang dikehendaki Allah. Dan mereka semua datang menghadap-Nya dengan merendahkan diri.”

Sebelum ini, manusia menyangka alam semesta ini bentuknya rata, luas terbentang. Ada juga kajian yang berpandangan bahawa alam ini bundar seperti donat. Namun, kajian terbaru yang dilakukan oleh sekempulan saintis dari sebuah universiti di Jerman lebih menarik. 

Hasil permerhatian yang di ketuai oleh Profesor Frank Steiner menggunakan teknologi cangih milik NASA, mereka menemui sesuatu yang menakjubkan! Kumpulan saintis itu mendapati bahawa alam semesta ini berbentuk seperti TROMPET! Penelitian mereka mendedahkan bahawa bahagian hujung belakang trompet (alam semesta) adalah bahagian yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar (unobserveable). 

Manakala bahagian hadapan alam semesta pula tempat terletaknya bumi dan seluruh sistem suria masih boleh dilihat manusia (oberserveable), sama ada melalui penglihatan, alat teleskop mahupun pencerapan. Cuba perhatikan gambar diatas. Alam semesta dibahagikan kepada lima bahagian. Bahagian 1, 2, 3, dan 4 merupakan tempat letaknya sistem suria termasuk bumi. 

Manakala bahagian 5 dikategorikan sebahagian unobserveable, sesuatu yang tidak dapat dilihat oleh manusia. Apa pula kaitan hadis di bawah dengan penemuan kumpulan saintis tersebut? 

Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Ketika Allah S.W.T. telah selesai menjadikan langit dan bumi, Allah S.W.T. jadikan sangkakala dan diserahkan kepada malaikat Israfil. Kemudian ia meletakkan di mulutnya sambil melihat ke Arasy menanti bilakah ia diperintahkan untuk meniupnya."

Lalu sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, apakah sangkakala?” Jawab Rasulullah: “Bagaikan tanduk dari cahaya.” 

Sahabat bertanya lagi: Bagaimanakah besarnya?” Jawab Rasulullah: “Sangat besar bulatannya, demi Allah yang mengutusku sebagai Nabi, besar bulatannya itu seluas langit dan bumi, dan akan ditiup hingga tiga kali . Pertama Nafkhatul faza’ (untuk menakutkan). 

Kedua Nafkhatus sa’aq (untuk mematikan). Ketiga Nafkhatul ba’ats (untuk membangkitkan).” Hadis diatas menyebutkan sangkala atau trompet malaikat Israfil itu bentuknya seperti tanduk dan diperbuat daripada cahaya. 

Saiz bulatannya pula seluas langit dan bumi, ibaratnya terbentang daripada alam nyata hingga ke alam ghaib. Persoalannya, mungkinkah “trompet” penemuan para saintis ini ada kaitan dengan “trompet” yang bakal ditiup malaikat Israfil? 

Bayangkan, jika trompetnya sahaja sudah sebesar alam semesta, bagaimana agaknya apabila malaikat Israfil meniupnya? Hanya Allah S.W.T. saja yang lebih mengetahui rahsianya. Yang pasti, trompet itu sudah sekian lama tersedia di bibir malaikat Israfil. Hanya menanti arahan-Nya untuk ditiup. Sudah sediakah kita untuk mendengar bunyi trompet itu? 

-----------------------------------------------------------------------
p/s: Segala komentar yang Anda berikan disini merupakan tanggungjawab diri Anda sendiri.. Harap Maklum... 
------------------------------------------------------------------------

Bagi Mereka yang Sedang Mencari Domain Website dan Server.. Atok Cadangkan Pakai Service Server dibawah ni.. Terbaik!!.. Malaysia Web Hosting

Terima Segala Posting Terbaru dari ATOK Melalui Facebook...