Kereta Terbalik di Depan Rumah

Posted by Admin2u Tuesday 28 January 2014 0 comments
Alor Gajah: “Saya menjerit apabila terdengar dentuman di halaman rumah lalu berlari mencari anak kembar yang disangka bermain di luar. Pada masa sama saya nampak seorang lelaki keluar dari keretanya yang terbalik,” kata Mariah jani, 30, 

Selepas kereta dipandu seorang mekanik terbabas dan terbalik di halaman rumahnya di Kampung Rembia, Lebuh ALor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ), di sini, pagi semalam.

Mariah berkata, dalam kejadian jam 11 pagi itu, PROTON Iswara dipandu Yunus Zakaria, 28, turut merempuh PROTON Saga miliknya yang baru dibeli kira-kira tiga bulan lalu.

“Nasib baik ketika kejadian anak kembar saya tiada di luar dan pemandu kereta berkenaan juga tidak mengalami kecederaan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, semalam.

Sementara itu, Yunus berkata, ketika kejadian dia bersama abangnya berusia awal 30-an dari Paya Rumput mengambil sebuah kereta rosak di sekitar Alor Gajah untuk dibaiki sebelum pulang ke bengkel menaiki kereta secara berasingan.

“Setibanya di tempat kejadian, kedengaran bunyi seperti benda meletup di hadapan sebelum melihat ada percikan api dan pada masa sama kereta bergerak kiri dan kanan jalan.

“Tiba-tiba stereng kereta terus kaku menyebabkan ia terus membelok ke arah kiri lalu menyusur laju merempuh pokok dan tangga batu sebuah rumah penduduk sebelum menjunam ke bawah tebing,” katanya di lokasi, di sini, semalam.

Menurut Yunus, hatinya berdebar kerana bimbang kereta merempuh rumah penduduk namun bernasib baik kerana tersekat dan terbalik empat tayar ke atas selepas terlanggar kereta seorang penduduk.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Mohammad Laham mengesahkan kemalangan membabitkan dua kenderaan dan kesemua mangsa terselamat.

0 comments:

Post a Comment


Bagi Mereka yang Sedang Mencari Domain Website dan Server.. Atok Cadangkan Pakai Service Server dibawah ni.. Terbaik!!.. Malaysia Web Hosting

Terima Segala Posting Terbaru dari ATOK Melalui Facebook...