Cara dan Tektik Nak Mengorat Awek Zaman Moden

Posted by Admin2u Tuesday 28 January 2014 0 comments
Assalamualaikum w.b.t... 
@ BismiLLAH hir Rahman nir Rahim @

Di malam yang agak santai ni chawi nak berkongsi tips-tips untuk jejaka yang single mingle ni 'testing' korang punya power rangers untuk mengorat aweks-aweks zaman moden ni. Ni zaman moden bro, bukan zaman 80-an, 90-an dah. So, ubah la cikit cara nak mengorat tu.huhuu.. 

1. Sajak? puisi? pantun? mana orang pakai dah benda-benda ni. Ntah-ntah korang pon tak tau apa benda tu.huhu.. Ni zaman 3D HD colour la. Cuba try test korang tunjuk kad kredit platinum ke, kad kredit emas ke, confirm awek-awek beratur tunggu giliran untuk jadi awek korang. Medical card tak payah la nak tunjuk.haha.. 

2. "Errr..cik adik, tumpang tanya, jam pukul berapa ye?" Adoi..ada lagi ke yang guna ayat ni? Tak maju langsung la korang ni. Ayat tu simpan dalam muzium je. Kena kalau dia keluarkan jam kat iphone 4 dia tu, kan dah malu korang. Cuba try tanya macam ni, "Errr..cik adik, sekarang ni dah masuk waktu isyak ke?". Fuh! memang awek tu boleh cair woo tengok alim-alim kucing korang tu.haha.. 

3. Bagi sejambak bunga? Huh. ingat apa? Awek tu lebah madu ke? Cuba kalau bagi sejambak laptop ke, serumpun wang kertas RM100 ke, nescaya awek tu melompat-lompat keriangan. 

4. Mula-mula jadi adik angkat. Cait! Zaman kuno dah ni. Apakata korang angkat je duit simpanan korang tu lepas tu tunjuk pada beliau. Bukan setakat adik angkat, bini nombor 4 pon dia sanggup.haha.. 

5. Surat dari abang posmen. Surat2 ni pon korang boleh jadikan manuskrip dah. Tak payah guna pon takpa. Sekarang ni gentle la cikit mintak nombor telefon dekat fb. Add je aweks-aweks yang agak cun kat fb tu. Ramaikan? 

 6. "Apa kenyit-kenyit mata? Sakit mata ke?." Tak payah la nak kenyit-kenyit mata ni. Lebih baik korang kenyitkan korang punya alat penggera kereta Nissan Fairlady atau Mazda RX8. Tak perlu diajak, awek tu pandai-pandai la dia masuk sendiri dalam kereta sport korang tu.huhuhu.. So, dah dapat tips ni. Cuba la amalkan ye. Mana tau kot-kot berkesan.huhu..

 p/s: Cerita ni hanyalah rekaan semata-mata, tapi kalau nak cuba apa salahnya.miahaha...

------------------------------------------------------------------------------
p/s: Segala komentar yang Anda berikan disini merupakan tanggungjawab diri Anda sendiri.. Harap Maklum... 
------------------------------------------------------------------------------

Bagi Mereka yang Sedang Mencari Domain Website dan Server.. Atok Cadangkan Pakai Service Server dibawah ni.. Terbaik!!.. Malaysia Web Hosting

Terima Segala Posting Terbaru dari ATOK Melalui Facebook...