Bila Tok Guru Berkata2 - Pandangan TG ttg Isu Dun Kajang

Posted by Admin2u Wednesday 29 January 2014 0 comments
Pandangan TGNA tentang isu DUN N25 Kajang

Ramai yang menghubungi saya untuk bertanyakan pandangan tentang isu DUN Kajang yang dikosongkan oleh wakil rakyatnya. Saya tidak tahu menahu tentang strategi atau isu yang berlaku sehingga membawa kepada pengosongan tersebut. 

Justeru, saya perlu menunggu penjelasan dari pihak PKR sendiri yang tentunya mempunyai sebab-sebab tertentu sehingga langkah ini terpaksa dilakukan. Dalam hal ini, sikap PAS tentunya lebih wajar diputuskan oleh Tuan Guru Presiden PAS selaku kuasa eksekutif di dalam parti berdasarkan pertimbangan-pertimbangan semasa.

Bagaimanapun, saya muak dengan akhbar-akhbar pro UMNO yang memainkan isu kononnya langkah mengosongkan kerusi itu ialah langkah memanipulasi demokrasi. 

Barangkali UMNO lupa, langkah mereka di Perak pada tahun 2009 itulah langkah yang benar-benar jijik iaitu membelakangkan terus demokrasi dan merampas kerajaan melalui pintu belakang. UMNO jangan berlagak baik sedangkan dosa-dosa mereka di Perak masih segar dalam ingatan.

Saya suka mencabar UMNO dan Barisan Nasional, jika mereka berpandangan pengosongan kerusi di DUN Kajang itu satu pembaziran dan penghinaan terhadap proses demokrasi, jangan sekali-kali mereka meletakkan calon di dalam pilihanraya kecil itu nanti. TGNA

Atok Memang Tabik Springlah bila Tok Guru Berkata2... Jauh benar Beza org ada Ilmu Agama dengan Org tak ada Ilmu agama bila berckp (Menteri Kangkung dan Kabinetnya). Org ada Ilmu in kalau berkata mesti PADAT dan PEDAS tapi penuh dengan makna Tersurat dan Tersirat (Tak semua org faham)... Ape2 pun Tok Guru kalau bukak mulut jer.. Memang kene lah jawabnya.. Terbaik!!!


Bagi Mereka yang Sedang Mencari Domain Website dan Server.. Atok Cadangkan Pakai Service Server dibawah ni.. Terbaik!!.. Malaysia Web Hosting

Terima Segala Posting Terbaru dari ATOK Melalui Facebook...