Mizz Nina Membuat Pusingan U

Posted by Admin2u Monday 27 January 2014 0 comments
KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan tahniah kepada artis Mizz Nina (gambar) kerana semakin komited dengan prinsip Islam malah berhasrat untuk membuat persembahan di hadapan penonton wanita sahaja.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat, Mumtaz Md Nawi ketika ditemuiHarakahdaily berkata, hasrat Mizz Nina sebenarnya selari dengan tuntutan agama. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mizz Nina yang tidak lagi mahu membuat persembahan di hadapan penonton berlainan jantina.

Semalam Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Tan Sri Azman berkata, beliau akan mengurangkan aktiviti nyanyian kerana akan menumpukan perhatian pada ibadat dan perniagaan semata-mata. Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Bengkel Word Hijab Day di sebuah pusat membeli belah semalam.

“Wanita perlukan hiburan dan suara merdu adalah anugerah Allah. Selayaknya kelebihan itu disesuaikan dengan syariat.

“Menyanyi di khalayak wanita sahaja dengan lirik yang bersesuaian, insya Allah akan dikira ibadat dan membawa keberkatan,” ujarnya.

Menurut Mumtaz (gambar), walaupun dengan kehadiran pelbagai genre lagu dan fesyen Barat, Mizz Nina membuat pusingan U untuk kembali kepada syariat.

“Pendirian itu perlu diberikan penghargaan dan sebagai seorang muslimah saya pastinya amat berbangga dengan perkembangan itu,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mendoakan supaya Mizz Nina istiqamah dengan prinsip Islam sebenar.

Bagi Mereka yang Sedang Mencari Domain Website dan Server.. Atok Cadangkan Pakai Service Server dibawah ni.. Terbaik!!.. Malaysia Web Hosting

Terima Segala Posting Terbaru dari ATOK Melalui Facebook...