Ulasan Bekas Mubaligh Kristian Tentang Isu Kalimah Allah

Posted by Admin2u Tuesday 28 January 2014 0 comments

Isu kalimah Allah telah menjadi suatu isu terbesar dan modal politik sesetengah pihak dalam menonjolkan imej sebagai "pembela Islam" serta menjadi bahan untuk menakut-nakutkan rakyat agar menjadi cenderung menyokong mereka.

Ia juga dilihat menjadi "bahan terbaik" untuk menutup isu kenaikkan harga barang dan perkhidmatan yang berlaku dengan kerap dan mendadak serta isu kelemahan dan ketirisan dalam urus tadbir ekonomi negara.

Di dalam artikel kali ini, saya kongsikan video berkenaan dengan isu yang berkaitan dengan kalimah "Allah", yang diulas oleh seorang bekas mubaligh kristian dari Sarawak. Maksud mubaligh ini boleh difahamkan sebagai pendakwah atau jurucakap bagi sesuatu pihak.



Komen :
Kalimah atau perkataan "Allah" adalah ekslusif (khas) untuk agama Islam sahaja kerana pemahaman istilah "God" (Tuhan) di dalam agama kristian dan di dalam agama Islam adalah berbeza.
Bagi ajaran Islam, Allah adalah satu sifat yang esa atau tunggal (satu). Tidak beranak dan tidak diperanakkan, manakala bagi ajaran kristian, God atau Tuhan berkonsepkan "trinity" iaitu 3 dalam 1.

Sumber: http://smskey.blogspot.com

Bagi Mereka yang Sedang Mencari Domain Website dan Server.. Atok Cadangkan Pakai Service Server dibawah ni.. Terbaik!!.. Malaysia Web Hosting

Terima Segala Posting Terbaru dari ATOK Melalui Facebook...