Awas Jangan Sesekali Letak Laptop Atas Katil

Posted by Admin2u Wednesday 29 January 2014 0 comments
Sepasang suami isteri kehilangan anak mereka yang berusia 25 tahun dalam kebakaran di rumah mereka. Mangsa baru sahaja berkelulusan MBA dari University of Wisconsin-Madison dua minggu sebelum pulang ke rumah untuk sementara waktu.

Beliau telah makan tengah hari bersama bapanya di rumah dan membuat keputusan untuk kembali bagi membersihkan bilik asrama. Ketika itu, bapanya memberitahu beliau tunggu seketika, untuk bertemu dengan ibunya.

Beliau memutuskan untuk tidur sebentar sementara menunggu ibunya pulang dari kerja.
Beberapa lama kemudian jiran-jiran mereka menghubungi 911 apabila mereka melihat asap hitam keluar dari rumah.

Malangnya, mangsa yang berusia 25 tahun meninggal dunia di rumah yang berusia tiga tahun. Pihak bomba mengambil masa beberapa hari penyiasatan untuk mengetahui punca kebakaran. Dan akhinya, telah dikenalpasti bahawa api itu adalah disebabkan oleh komputer riba yang diletakkan di atas katil. 

Kipas laptop berkenaan tidak mendapat udara cukup untuk menyejukkan komputer lalu menjadi semakin panas dan terbakar. Mangsa meninggal dunia kerana terhidu karbon monoksida.

Jangan gunakan komputer riba di atas katil yang terdapat juga selimut dan bantal. - Nizarazu

P/s: Ada juga laptop yang mempunyai security sendiri di mana laptop akan tertutup sendiri jika panas melampau, tapi kalau yang tiada tu, berwaspadalah selalu mana tahu perkara seperti ini boleh berlaku! Mohon sebarkan berita ini kepada orang ramai supaya tiada lagi yang menjadi mangsa.

Bagi Mereka yang Sedang Mencari Domain Website dan Server.. Atok Cadangkan Pakai Service Server dibawah ni.. Terbaik!!.. Malaysia Web Hosting

Terima Segala Posting Terbaru dari ATOK Melalui Facebook...